Showing posts with label Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Rujukan. Show all posts

Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook

Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook



Ramai di antara kita pernah cuba menukar nama glamor mereka bukannya sekali tapi mungkin beberapa kali. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka suka menukar nama 'Page Name'  dalam tempoh 6 bulan sekali, atau 3 bulan sekali.

Ada juga yang menukar nama dengan kerap dalam jangka masa yang pendek, iaitu sebulan sekali. Pihak Facebook bukannya tidak bagi, akan tetapi tertalu kerap untuk menukar nama akan menimbulkan kecurigaan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut. Pihak Facebook menganggap bahawa akaun Facebook tersebut merupakan 'spammer".

Apa maksud 'spammer'? Spammer merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki oleh penerima. Ia biasa dihantar menerusi e-mel, Facebook dan media social yang lain.

Akaun Facebook tersebut mungkin digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebar berita palsu, gambar atau video lucah, mempromosikan sesuatu seperti iklan, menjalankan kegiatan haram seperti menjual dadah dan judi, serta menjadi platform untuk serangan siber.

Serangan siber merupakan senjata baru yang akan mengancam keselamatan negara. Serangan siber juga boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bo, e-mel, spam, gangguan, ancaman penggodam,serangan virus, penafian perkhidmatan dan pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan maklumat sulit syarikat mahu pun kerajaan.

Sebab itu lah pemilik akaun Facebook tersebut suka menukar-nukar nama 'Page Name' mereka dengan lebih kerap supaya tidak mudah dikesan oleh pihak tertentu.

Oleh itu syarat-syarat untuk menggunakan Facebook telah ditingkatkan dan dikuatkuasakan dari masa ke semasa supaya dapat menjamin keselamatan maklumat peribadi akaun pemilik atau akaun penerima.

Kenapa saya tidak boleh menukar 'Page Name' Facebook saya


Penukaran nama boleh dilakukan menerusi komputer riba (laptop) ataupun telefon bimbit (handphone). Namun sejak Januari 2020, ramai orang telah merungut bahawa tidak dibenarkan berbuat demikian lagi menerusi telefon bimbit mereka. Skrin akan menunjukkan 'Content Not Found' menunjukkan pertukaran nama TIDAK dibenarkan seperti gambar di bawah.


Pertukaran nama TIDAK dibenarkan menerusi aplikasi Facebook


Sebenarnya penukaran nama 'Page Name' menerusi applikasi Facebook dalam telefon bimbit adalah TIDAK dibenarkan. Jangan risau, anda masih boleh berbuat demikian dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Buka browser chrome dan tekan "m.facebook.com" seperti gambar berikut. Tekan username dan password untuk login masuk akaun Facebook anda seperti biasa.
2. Selepas login masuk akaun Facebook anda, tekan butang sebelah atas di kanan.


3. Tekan "Pages" untuk memilih page anda.



4. Pilih page yang diperlukan untuk menukar nama.


5. Setelah memilih page yang diperlukan, tekan butang "More".
6. Pilih butang "Edit Page" untuk menukar nama seperti gambar di bawah.



7. Seterusnya tekan "Page Info".


8. Masukkan nama baru di dalam petak "Name".


9. Setelah nama baru dimasukkan, fikir dengan teliti adakah nama dipilih itu betul sebelum menekan butang "Continue". Baca teliti tentang syarat-syarat yang tertera di sebelah bawah.


10. Ia akan dihantar untuk proses pengesahan dan biasanya akan mengambil masa 2-3 hari. Kadang-kala maklumat tambahan diperlukan untuk proses seterusnya. Jika tiada masalah besar, nama baru "Page Name" anda akan ditukar dalam masa 2 jam sahaja.



6 cara untuk menangani anak anda kerap terjaga malam

6 cara untuk menangani anak anda kerap terjaga malam


Kita sebagai ibu bapa, akan melindungi anak pada bila-bila masa saja walaupun pada waktu tengah malam. Kekadang anak-anak akan terjaga pada waktu malam, sama ada meminta susu ataupun secara terkejut dan menangis. Maka perkara ini akan berterusan dan menyebabkan masa tidur ibu bapa tidak mencukupi, kualiti kehidupan juga akan terjejas.

Perkara ini berlaku pada anak-anak yang tidur di bilik berasingan atau sebilik dengan ibu bapa. Menurut pakar pediatrik, terjaga malam merupakan sebahagian daripada kitaran tidur yang biasanya dialami semua orang termasuk kanak-kanak. Bagi mereka yang dewasa dan terjaga, tahu bagaimana untuk kembali tidur tanpa bantuan. Malangnya kanak-kanak adalah sukar untuk menanganinya.

Sekiranya anak terjaga tidur dan perkara pertama yang akan dia fikir adalah jumpa ibu bapanya. Dia akan masuk ke dalam bilik ibu bapanya dan mengejutkan mereka di tengah malam. Ada yang tengah menangis dan ada juga yang senyap dalam keadaan ketakutan. Itu tandanya mungkin mereka memerlukan bantuan daripada ibu bapanya supaya boleh kembali lelap.

Bagi kanak-kanak yang menangis minta susu, itu perkara biasa berlaku pada semua keluarga. Namun jikalau kanak-kanak dalam ketakutan seperti mimpi ngeri dengan raksasa, hantu atau benda lain yang boleh membuatkan anak sukar untuk tidur kembali.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun, lebih cenderung untuk berlari keluar dari bilik tidur mereka apabila terjaga dari mimpi buruk pada waktu tengah malam. Pada pengalaman saya, 5 cara yang perlu diamalkan untuk membantu anak saya menangani masalah terjaga pada waktu tengah malam. Kekerapan pun semakin berkurangan sejak umurnya berusia 2 tahun.

Cara-cara untuk membantu ibu bapa menangani perkara tersebut.


1. Membantu anak anda mengatasi masalah takut keseorangan
Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah tidur berseorangan, mereka rasa tidak selesa setelah terjaga malam dan tiada bantuan tidur atau sokongan di tangan. Sokongan atau dikenali sebagai teman bagi mereka adalah seperti patung haiwan, bantal panjang, bantal peluk yang disukainya atau barangan istimewa bagi kanak-kanak. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan supaya meletak barangan tersebut di atas katil, jadikannya sebagai rutin dan kebiasaan bagi mereka.

Amalkan lampu tertutup waktu tidur sejak umur anak berusia 1 tahun. Akan tetapi pastikan terdapat tingkap di bilik tersebut supaya dia berasa tidak kesunyian dan berada dalam bilik tertutup. Secara psikologi, manusia yang berada dalam keadaan satu bilik tanpa sebarang tingkap akan menimbulkan kerisauan dan berasa tidak selesa.

2. Jangan bermain keterlaluan pada siang hari
Kanak-kanak suka bermain sama ada dengan orang dewasa atau kanak-kanak yang lain. Ketika anak jiran atau anak saudara-mara yang datang melawat,  pastinya mereka akan berkumpul untuk bermain antara satu dengan lain. Mereka akan kejar-mengejar, nyanyi bersama-sama, menjerit dan sebagainya. Adakalanya kanak-kanak ini bermain kertelaluan sampai tidak melepaskan yang lain selepas pemergian masing-masing. Ada juga yang bermain sampai berpeluh-peluh, ini akan menyebabkan mereka bermimpi ngeri dan terjaga secara terkejut pada waktu tengah malam

3. Mengamalkan waktu tidur yang pendek pada siang hari
Amalkan masa tidur yang pendek bagi kanak-kanak. Selepas anak saya balik dari tadika, makanan ringan kegemarannya disediakan untuk mengisi kelaparan tengahari. Kemudian saya akan memandikan anak saya sebelum disuruh pergi tidur untuk seketika sama ada 2 jam atau 3 jam. Mengikut piawaian pakar pediatrik, kanak-kanak memerlukan masa tidur selama 10 - 11 jam sehari.

Kanak-kanak harus disuruh supaya masuk bilik tidur pukul 8 malam dan bangun pukul 7 pagi pada hari berikutnya. Namun kanak-kanak zaman sekarang hanya akan tidur selepas pukul 10 malam, ada yang tangguh masa tidur sampai pukul 12 larut malam. Oleh itu kanak-kanak perlu menggantikan masa tidur tersebut pada waktu petang sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari.

4. Pujukan atau tawaran
Kadangkala anak akan terjaga tidur secara mengejut mungkin disebabkan mimpi ngeri atau terdengar bunyi kuat di luar rumah. Sebagai contoh anak saya akan terkejut bangun oleh bunga api yang kuat pada musim perayaan. Setelah terjaga tidur dengan terkejut, anak akan menjadi mamai dan menangis tanpa henti. Untuk memujuk anak kembali ke katil dia, saya berjanji akan membeli patung haiwan atau kartun kegemaran dia pada hari keesokannya. Selain itu, tawaran untuk memberi sebotol susu menjadi cara yang paling efisen dan berkesan supaya kembali tidur dengan sendiri.

5. Tiada gajet untuk waktu tidur
Kanak-kanak akan bermimpi bahawa mereka seakan-akannya berada dalam situasi tengah bermain dengan gajet mereka pada siang hari. Secara tiba-tiba mereka akan terjaga dan mencari gajet mereka pada waktu tengah malam.
Ketagihan gajet itu merupakan "penyakit" kepada semua kanak-kanak zaman sekarang.

6. Amalkan kasih sayang setiap malam
Setiap malam waktu tidur, saya akan memastikan anak saya mengucap kepada ibu bapanya. Pastikan anak memberi ciuman dan memeluk ibu bapanya supaya dia mengetahui ibu bapanya sentiasa berada di sisinya. Maka anak akan kembali ke katil mereka walaupun terjaga pada waktu malam.

Kadang-kala saya juga akan berkongsi bilik tidur dengan anak pada masa-masa tertentu. Ia akan membuat anak berasa dia sentiasa berada dalam kasih sayang ibu bapanya. Maka kekerapan terjaga tidur akan berkurangan mengikut tahap usianya yang meningkat.

Adalah disarankan untuk ibu bapa supaya tidur bersama anak anda terutama pada waktu anak masih bayi. Namun apabila anak anda semakin berginjak usianya, anda mungkin perlu membuat pengasingan bilik tidur untuknya. Sebagai pandangan atau pengalaman, saya akan cuba mendukung dan memindahkan ke bilik tidurnya secara perlahan-lahan pada permulaannya.

Elakkan meletak bahan-bahan ini dalam kereta anda

Elakkan meletak bahan-bahan ini dalam kereta anda


Kita biasa ternampak ada kereta terbakar secara tiba-tiba, sama ada di tengah jalan raya atau di tempat parkir kereta. Di antara punca-punca kebakaran kereta seperti tidak membuat pemeriksaan minyak enjin mengikuti jadual, mengubahsuai aksesori dalam kereta dan lain-lain.

Terdapat juga punca lain kebakaran kereta yang biasanya disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri yang sebenarnya ia dapat dielakkan.

Ada juga pemandu beranggapan kereta sebagai rumah bergerak bagi mereka. Ia menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang suka meletak bahan-bahan yang biasa dipakai dalam seharian, namun sikap itu akan membawa padah terhadap kereta malah nyawa penumpang di dalamnya.

Salah satu punca yang menyebabkan kereta terbakar adalah meninggalkan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam kereta. Bahan-bahan tersebut terdedah di bawah pancaran matahari yang terik dengan masa yang lama, dan seterusnya ia menjadi panas dan terbakar di dalam kereta.


Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kebakaran kereta.

1. Bateri Bergerak (Powerbank)

Powerbank lebih dikenali sebagai bateri bergerak atau pengecas mudah-alih dimana ia digunakan untuk mengecaj telefon bimbit dengan mudah tanpa perlu memasang wayar di soket elektrik. Ia memberi kemudahan kepada kita ketika telefon bimbit mengalami kekurangan bateri terutamanya waktu kecemasan.

Oleh itu, powerbank menjadi salah satu bahan penting bagi semua pengguna telefon bimbit. Hampir setiap orang akan memiliki dan menggunakannya setiap hari sama ada di dalam kereta ataupun semasa sedang membeli belah.

Setelah menggunakan powerbank, ramai akan meninggalkannya di dalam kereta. Mengikut buku panduan pengguna, powerbank tidak boleh digunakan atau disimpan di dalam suhu yang tinggi.

Bateri jenis Lithium adalah tidak bertahan dalam keadaan panas seperti kereta yang di bawah pancaran matahari dengan masa yang agak lama. Oleh itu risiko kebakaran powerbank itu akan bertambah tinggi, ada juga yang akan menyebabkan keletupan powerbank itu terutamanya powerbank tiada kualiti yang dijual dalam pasaran.

2. Pemetik Api (Lighter)

Bagi sesiapa yang suka merokok, pastikan pemetik api tidak ditinggalkan di dalam kereta. Jika anda suka meninggalkan pemetik api di dalam kereta maka perlu lebih berhati-hati.

Maklumlah cuaca di negara kita panas terik sepanjang tahun. Bagi mereka  yang meletak kereta di tempat parkir yang terbuka, maka suhu di dalam kereta itu boleh meningkat mencecah sehingga 50°C.

Suhu yang amat panas itu akan menyebabkan gas di dalam pemetik api berkembang dan mudah meletup. Seterusnya ia akan membakar bahagian dalam kereta seperti dashboard atau kerusi duduk.

3. Minyak Wangi

Minyak wangi atau perfume merupakan bahan keperluan bukan sahaja bagi wanita malah lelaki juga gemar menggunakanya. Biasanya minyak wangi adalah selamat disimpan di bawah suhu 45°C.

Kebanyakan minyak wangi dibuat dengan campuran alkohol sama ada kandungan tinggi atau kurang, ia tetap mempunyai tahap yang mampu menyebabkan ia terbakar sendiri. Bahan-bahan kimia dalam minyak wangi akan bertindak balas dengan suhu yang panas, dan seterusnya menghasilkan api.

Adalah dinasihatkan supaya jangan menyimpan minyak wangi di dalam kereta anda terutamanya di bawah matahari yang panas.

4. Cermin Mata / Kanta Pembesar

Untuk pengetahuan semua, cermin mata yang biasa dipakai oleh kita merupakan sejenis kanta atau lensa. Kanta itu merupakan sejenis alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerapkan cahaya. Biasanya ia diperbuat daripada kaca dan mempunyai struktur berbentuk dua kelengkungan di kedua-dua permukaan depan dan belakang.

Jika anda suka meletak cermin mata anda pada permukaan dashboard atau kerusi duduk. Terdapat pemandu yang suka mengamalkan kebiasaan meletak cermin mata di kerusi duduk setelah mereka sampai ke destinasi mereka. Jika kereta diletak di bawah pancaran matahari dengan masa yang lama, ia boleh membawa kebakaran terhadap kereta anda.

Cahaya atau haba daripada matahari akan melalui kanta cembung pada cermin mata dan tertumpu pada satu titik tumpuan. Dengan masa yang lama, titik tumpuan itu akan menjadi semakin panas dan seterusnya akan membakar dashboard, kertas dokumen atau kerusi duduk kereta anda.

Kanta pembesar juga akan memberi kesan yang sama dengan cermin mata.

5. Cecair Sanitasi Tangan (Hand Sanitiser)

Pada musim sekarang pandemik Covid-19, ramai orang digalakkan supaya selalu mencuci tangan atau membersihkan tangan. Oleh demikian, ramai orang telah menyediakan hand sanitiser iaitu cecair sanitasi tangan di sisi badan kita.

Ada juga yang menyediakan cecair sanitasi itu di dalam kereta terutamanya bagi pemandu e-hailing. Mereka merupakan salah satu barisan hadapan yang terdedah dalam risiko Covid-19. Cecair sanitasi amat penting untuk mengelapkan permukaan di pintu dan kerusi duduk penumpang.

Namun kandungan kebanyakan cecair sanitasi tangan itu terdiri daripada alkohol sama ada kandungan banyak atau sedikit. Setahu kita alkohol adalah bahan mudah terbakar.

Baru-baru ini, terdapat banyak kes kereta terbakar adalah disebabkan oleh cecair sanitasi tangan. Oleh itu, adalah tidak digalakkan meletak cecair sanitasi tangan di dalam kereta anda terutamanya di bawah pancaran matahari.

6. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat terdiri daripada gas karbon dioksida. Terdedah di bawah pancaran matahari dengan masa yang lama akan menyebabkan tin minuman tersebut berkembang dan meletup. Kemungkinan lain yang lebih teruk ialah boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam kereta.

Hukum Seorang Isteri Menyesali Perkahwinannya

Hukum Seorang Isteri Menyesali Perkahwinannya


Apakah hukum sekiranya seorang isteri itu menyesali akan perkahwinannya apabila perangai suaminya yang  telah leka dengan hal dunia. Si suami juga jarang-jarang sembahyang dan berpuasa.

Biasanya perasaan menyesal itu datang apabila seorang isteri mengharapkan si suami boleh membimbingnya dan anak-anak mereka bukan setakat duniawi malahan akhirat. Akan tetapi harapan isteri terhadap suaminya menjadi kosong.

Menurut pandangan Islam, sebagai seorang suami haruslah bertanggungjawab dalam menjadi seorang ketua keluarga. Suami perlu menunjukkan teladan baik dan memberi bimbingan kepada isteri dan anak-anaknya. Namun begitu sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab dan sebagai isteri yang solehah, maka harus menjurus kepada memenuhi hak-hak seorang suami. Bukanlah setakat tahu menguruskan urusan hal rumahtangga semata-mata.

Kegagalan seorang suami itu melaksanakan tanggungjawabnya adalah sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Punca utamanya adalah disebabkan suami tidak memainkan peranannya sebagai seorang ketua keluarga. Inilah sebabnya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang beragama, bukannya setakat hensem sahaja.

Tidak wajar menyesali tentang perkahwinan

Tidak wajar seorang isteri itu menyesali tentang perkahwinannya dengan seseorang khususnya apabila suami diharapkan itu tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana sebuah perkahwinan itu bukanlah satu kesalahan, yang bersalah ialah suami yang dipilih itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

Oleh itu, tidak wajar bagi seorang isteri melahirkan penyesalannya kerana berkahwin dengan suami sedemikian. Sebaliknya hendaklah berusaha dengan cara yang halus dan teliti bagi menyedarkan suami tersebut. Contohnya seperti, menunaikan Solat Hajat, meminta nasihat dari orang yang berilmu, membuat aduan kepada Qadi dan lain-lain.

Ini adalah bertujuan bagi mendapatkan ayat atau kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi mendorong suami tersebut supaya sentiasa mengingati Allah.

Selain itu, isteri yang mempunyai masalah rumah tangga boleh meminta pandangan dan nasihat daripada para ulama, ibu dan ayah, saudara mara yang amanah serta rakan-rakan yang dipercayai. Cara yang terakhir jika masih belum menemui jalan penyelesaian adalah dengan merujuk kepada peguam, mahkamah syariah dan sebagainya.

Kami berpendapat bahawa amat penting untuk belajar serta mendalami hukum-hakam berkaitan perkahwinan terlebih dahulu sebelum berlangsungnya perkahwinan. Begitu juga, kami mengambil peluang di sini untuk menasihati agar berbincanglah dengan baik setiap permasalahan yang timbul dan mohonlah kepada Allah SWT agar diberi pertolongan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.

Kenapa orang memanggil kereta ini Bodo

Kenapa orang memanggil kereta ini Bodo

(Dipetik dari Facebook Bodo Electric Vehicles)

Kita selalu mendengari pelbagai nama panggilan yang pelik untuk sesebuah kereta yang baru diproduksikan dan dijual di pasaran. Kadang kala kita akan gelak ketawa tak habis-habis tentang satu nama kereta yang diberikan nama melucukan. Ia akan menjadi satu topik yang selalu dikatakan sepanjang pemasaran kereta tersebut. 

Seperti di negara kita Malaysia, Perodua mempunyai nama panggilan burung dan ikan seperti Kelisa dan Kenari. Manakala Proton mempunyai banyak hero yang mempertahankannya seperti Proton Wira, Satria, Iswara dan Saga.

(Spec dan gambar dipetik dari Facebook Bodo Electric Vehicles)

Tidak hairan bagi kita semua, terdapat juga nama pengeluar kereta dipanggil sebagai Bodo di negara China. Jikalau mengikut bahasa kebangsaan kita, maksudnya adalah bodoh, tidak pandai atau lemah kemampuan belajar. Akan tetapi maksud Bodo bagi mereka membawa makna tentang Treasure Island iaitu harta karun. Bunyi bacaan Bodo juga dibaca sebagai Baodao membawa maksud yang sama.


Bodo juga merupakan satu nama tempat di bahagian utara negara Norway. Pemandangan "Arctic Light" iaitu Cahaya Kutub Utara yang amat cantik boleh dilihat di kawasan tersebut. Bodo juga menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia untuk melihat Cahaya Kutub Utara tersebut sepanjang bulan September hingga April.

Namun menurut pemandu pelancong di situ, bukan semua orang dapat melihat cahaya tersebut. Ia terpulang kepada cuaca tempatan, suhu dan waktu yang sesuai untuk melihat cahaya kutub utara di sana. Cuba bayangkan ia merupakan suatu perkara yang tidak dapat dilupakan bagi seumur hidup kita sekiranya ia dapat dilihat oleh mata kita sendiri.

Apa-apa pun, perkataan Bodo atau penggunaan perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan di seluruh dunia. Walaubagaimana pun adakah anda berharap kereta Bodo ini dibawa masuk ke dalam negara kita?

Menjadi seorang isteri yang taat

Menjadi seorang isteri yang taat


Sebagai seorang isteri, sejauh manakah sewajibnya taat isteri terhadap suaminya?

Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya, kepatuhannya itu bukanlah di dalam kemaksiatan. Contoh ketaatan seorang isteri terhadap suaminya seperti memenuhi segala keperluan suaminya, bersopan santun semasa bercakap dengan suami, menghiaskan diri demi suami, mengelakkan diri daripada perbuatan curang, menguruskan rumahtangga dengan tersusun, sentiasa menjaga rahsia keluarga serta menjaga harta benda suami dengan baik.

Ia selalu merasa ikhlas dan puas dengan bahagian yang diterimanya daripada suaminya. Sebaliknya ia tidak pernah menuntut sesuatu yang di luar batas kemampuan suami untuk mengadakannya.

Seperti yang disebutkan tadi, sebagai seorang isteri harus bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga dengan baik dan tersusun. Ia mampu dalam membina dirinya sendiri mahupun untuk membina anak-anaknya ke arah kemajuan ummah.


Menurut Ustaz Azhar Idrus, para isteri harus meminta maaf dengan suaminya 2 kali sehari.

Kali pertama harus dibuat apabila bangun pagi ketika suami nak pergi kerja, maka pegang tangan suami dan bercium serta meminta maaf terhadap suaminya. Ini kerana mungkin suami pergi kerja untuk kali yang terakhir dalam hidup dia balik nanti terbaring dalam keranda (mati).

Manakala kali kedua iaitu bila nak tidur malam, isteri juga harus meminta maaf, kadang kala suami mati dalam tidur, ataupun isteri yang mati dulu dalam tidur. Masa bangun pagi tengok, badan dah menjadi keras (mati).

Isteri yang solehah, Harta Terbaik kepada suami

Isteri yang solehah merupakan "Harta Terbaik" dimiliki oleh seseorang lelaki. Ini kerana isteri bertindak sebagai penyejuk mata, penawar hati serta menjadi penajam fikiran terhadap suami. Isteri juga selalu mengingatkan suami kepada Allah dan begitu juga sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya"
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi.

Apakah hukum seorang suami dipukul oleh isteri?

Apakah hukum seorang suami dipukul oleh isteri? 


Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah.

Antara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan serta penuh pengertian.

Ia harus ditambah lagi dengan sifat patuh dan taat setia kepada suami, mengurus rumahtangga dengan tersusun dan baik. Selain itu, sebagai seorang isteri juga harus berhias dengan sesuai untuk suami, tapi jangan terlalu melampau.
Isteri kena berpakaian yang menurut ajaran Islam.

Tanggungjawab sebagai seorang isteri

Sebagai seorang isteri harus melayani suami dengan sopan dan sentiasa memberi motivasi terhadap cita-cita suami. Menggalakkan suami melakukan sesuatu benda dengan baik.

Baca lagi : Isteri yang taat terhadap suami

Jika seorang isteri telah berani memukul suami sama ada suami telah melakukan apa-apa kesalahan ataupun tidak. Maka itu merupakan sifat kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya.

Menurut ayat yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairoh bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seandainya aku (dibolehkan) memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang lainnya pastilah aku perintahkan para isteri untuk bersujud kepada para suaminya kerana hak yang diberikan Allah kepada para suami itu terhadap para isterinya."

Maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, di antaranya adalah mentaati kepada suami.

Apakah tindakan yang wajar harus diambil

Memukul atau melakukan keganasan terhadap suami bukan suatu perkara yang normal dalam norma masyarakat dan Islam. Sebaliknya memukul isteri dibenarkan dalam Islam bagi tujuan mengajar. Ini dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka.

Perbuatan tersebut boleh jatuh hukum derhaka bagi isteri yang melakukan keganasan.

Menurut Ustaz Fauwaz, ia boleh mendapat kebenaran tetapi perkara itu haruslah melalui mahkamah. Mahkamah yang akan memutuskan hukuman terhadap suami, bukan isteri yang bertindak sendiri melakukan keganasan memukul terhadap suami. Jadi isteri mempunyai hak untuk menasihati dan mengadu di mahkamah.

Namun kebanyakan kes kejadian isteri memukul suami dipercayai ekoran tindak balas terhadap keganasan yang membabitkan kaum lelaki terhadap isteri. Atas sebab mempertahankan diri, maka isteri akan bertindak agresif atau secara tidak sengaja melawan balik terhadap suami.

Oleh sebab itu, seandainya suami tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di Akhirat nanti. Wallahu A'lam.

Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan

Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan


SoalanAda yang bertanya bahawa apakah hukum melihat gambar lucah ketika di bulan Ramadhan?

Jawapan: Fuqaha Syafi'iyah memakruhkan seseorang yang sedang berpuasa dengan sengaja membangkitkan atau memancing nafsu berahi, baik dengan berpandang-pandangan, berciuman atau saling mendengar kata-kata yang mengarah kepada perkara tersebut.

Perkara ini akan menjadi haram apabila dilakukan dengan orang yang dilarang syarak dia melakukan itu baik di luar puasa mahupun di dalamnya. Melihat gambar lucah ertinya sama sekali melihat aurat atau kemaluan orang lain. Perkara ini sudah jelas berdosa, tidak kiralah pada bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain.

Hukum melihat perkara lucah secara tidak sengaja

Manakala hukum melihat perkara yang lucah secara tidak sengaja adalah dimaafkan. Perkara lucah adalah melibatkan nikmat mata yang disalah-gunakan. Akses kepada bahan lucah ini seperti di majalah, TV atau internet. Jika melihat dengan sengaja BERDOSA dan tidak membatalkan puasa tetapi akan mengurangkan pahala puasa. Adapun jika tidak sengaja maka adalah dimaafkan.

Faktor-faktor Menyebabkan Nyamuk Suka Menggigit Anda

Faktor-faktor Menyebabkan Nyamuk Suka Menggigit Anda


Ada orang pernah tertanya-tanya, kenapa dia asik dijadikan sasaran digigit nyamuk walaupun bersama rakan-rakan lain. Adakah dia disebabkan bau badan yang busuk atau dia dikenali sebagai 'mesra nyamuk'?

Sebenarnya ini disebabkan hembusan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh tubuh manusia atau binatang lain, ia akan memberi 'signal' terhadap nyamuk bahawa organisma itu masih hidup. Selain itu, nyamuk juga akan mengesan haba tubuh atau peluh yang mengandungi asid laktik yang digemari nyamuk. Oleh itu nyamuk akan menumpu terhadap sasarannya, mendekati organisma tersebut dan cuba menghisap darahnya.

Jika anda selalu dijadikan sasaran digigit nyamuk berbanding orang lain yang bersama anda, ia sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut.

1. Saiz badan
Gas karbon dioksida akan dibebaskan dari badan kita sewaktu pembakaran tenaga menerusi proses metabolisme. Jumlah karbon dioksida yang banyak akan dibebaskan oleh mereka mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding orang lain. Nyamuk akan mengesan sasaran mereka dengan menggunakan gas karbon dioksida yang dibebaskan dari badan manusia walaupun dari jarak jauh 50 meter. Maka lebih basar badan anda, lebih besar peluang untuk digigit nyamuk.

2. Jenis darah
Jika anda mempunyai darah jenis O, maka anda lebih digemari oleh nyamuk. Menurut satu kajian, mendapati bahawa darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Ini kerana darah jenis O tersebut adalah lebih manis berbanding darah jenis lain. Sebaliknya jika anda mempunyai darah jenis A, peluang anda digigit nyamuk juga akan lebih rendah.

3. Pakaian gelap
Kita semua tahu bahawa nyamuk suka hinggap dan sembunyi di dalam kawasan yang gelap seperti pasu bunga, lubang tandas, dapur, taman bunga di luar rumah dan sebagainya. Ia juga suka melekat pada permukaan yang gelap dan hitam, berbanding dengan warna yang terang. Warna yang paling banyak memantul semula cahaya seperti warna terang merupakan warna yang tidak digemari nyamuk. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya memakai pakaian yang terang untuk mengelakkan digigit nyamuk.

4. Wanita yang hamil
Hembusan gas karbon dioksida yang lebih banyak turut berlaku pada wanita yang sedang mengandung. Menurut satu kajian di Afrika, wanita yang mengandung adalah 2 kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk atas sebab tersebut. Wanita sarat mengandung akan membebaskan 21% lebih banyak gas karbon dioksida berbanding wanita biasa.

5. Aktiviti fizikal yang keterlaluan
Kekerapan menghembus nafas iaitu kadar pernafasan yang lebih laju akan menarik perhatian nyamuk. Maka aktiviti fizikal seperti sukan atau bersenam akan menghembus banyak karbon dioksida berbanding orang lain. Senaman juga akan meningkatkan haba tubuh yang turut mengundangkan tarikan gigitan nyamuk. Bagi mereka yang menjalankan aktiviti fizikal yang kuat juga akan mengalami kuat berpeluh. Salah satu faktor tarikan kepada nyamuk adalah badan yang berpeluh.

6. Badan kuat berpeluh
Peluh merupakan cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia termasuk manusia. Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kalenjar di dalam tubuh kita. Semua orang juga akan berpeluh, sama ada kuat atau kurang berpeluh berdasarkan tubuh manusia masing-masing. Oleh itu, orang yang kuat berpeluh lebih cenderung menarik perhatian nyamuk untuk menggigitnya.

7. Unsur-unsur lain
Nyamuk tertarik dengan asid laktik yang dikesan dalam peluh kita. Kadar asid laktik akan meningkat ketika aktiviti seperti kegagalan jantung, jangkitan teruk atau kejutan. Ia akan mengurangkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan. Kadar asid laktik juga boleh meningkat apabila hati mengalami kecederaan atau penyakit yang teruk kerana hati adalah organ yang secara normal menguraikan asid laktik. Oleh itu, pesakit yang mengalami penyakit kronik tersebut lebih mudah terdedah kepada gigitan nyamuk.