Apakah hukum seorang suami dipukul oleh isteri?
Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah.
Antara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan serta penuh pengertian.
Ia harus ditambah lagi dengan sifat patuh dan taat setia kepada suami, mengurus rumahtangga dengan tersusun dan baik. Selain itu, sebagai seorang isteri juga harus berhias dengan sesuai untuk suami, tapi jangan terlalu melampau.
Isteri kena berpakaian yang menurut ajaran Islam.
Tanggungjawab sebagai seorang isteri
Sebagai seorang isteri harus melayani suami dengan sopan dan sentiasa memberi motivasi terhadap cita-cita suami. Menggalakkan suami melakukan sesuatu benda dengan baik.Baca lagi : Isteri yang taat terhadap suami
Jika seorang isteri telah berani memukul suami sama ada suami telah melakukan apa-apa kesalahan ataupun tidak. Maka itu merupakan sifat kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya.
Menurut ayat yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairoh bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seandainya aku (dibolehkan) memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang lainnya pastilah aku perintahkan para isteri untuk bersujud kepada para suaminya kerana hak yang diberikan Allah kepada para suami itu terhadap para isterinya."
Maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, di antaranya adalah mentaati kepada suami.
Apakah tindakan yang wajar harus diambil
Memukul atau melakukan keganasan terhadap suami bukan suatu perkara yang normal dalam norma masyarakat dan Islam. Sebaliknya memukul isteri dibenarkan dalam Islam bagi tujuan mengajar. Ini dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka.Perbuatan tersebut boleh jatuh hukum derhaka bagi isteri yang melakukan keganasan.
Menurut Ustaz Fauwaz, ia boleh mendapat kebenaran tetapi perkara itu haruslah melalui mahkamah. Mahkamah yang akan memutuskan hukuman terhadap suami, bukan isteri yang bertindak sendiri melakukan keganasan memukul terhadap suami. Jadi isteri mempunyai hak untuk menasihati dan mengadu di mahkamah.
Namun kebanyakan kes kejadian isteri memukul suami dipercayai ekoran tindak balas terhadap keganasan yang membabitkan kaum lelaki terhadap isteri. Atas sebab mempertahankan diri, maka isteri akan bertindak agresif atau secara tidak sengaja melawan balik terhadap suami.
Oleh sebab itu, seandainya suami tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di Akhirat nanti. Wallahu A'lam.