Saya Sebenarnya MuaIaf, Kevin Zahri Dedah Dalami Islam Pada Usia 12 Tahun

 

Jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan popular Kevin Zahri sering kali muncul di laman sosiaI TikT0k berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini beliau turut menjawab persoalan yang diajukan warganet termasuk berhubung agama dan mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf.

Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.

“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).

“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke ger3ja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.

Namun ternyata hidayah itu milik Allah. Segala berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun.

“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.

“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.

Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.

“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.

“Diharapkan dalam video yang lain saya akan kongsikan tentang penghijrahan sebagai seorang MuaIaf.Apa pun Alhamdulillah saya seorang Muslim kini,” katanya

Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan kesyukuran dan memuji Tindakan beliau menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.

Ujar mereka:

-“Masya-Allah, Tabarakallah, bapa coach mendapat hidayah dan membimbing anak-anak, Alhamdulillah.”

-“Suka cara dan penerangan coach, terperinci dan tenang walaupun soalan agak sensitif.”

-“Pernah tengok Coach Kevin khatam al-Quran.”

-“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!”

-“Alhamdulillah, sebaik-baiknya begitulah perjalanan hidup seseorang mualaf.”

-“Syukur ayah Coach sedar kesilapan dan berusaha untuk betulkan apa yang salah.”

Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber TikT0k Kevin Zahri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.