MaIang tidak berbau. Bila perginya seseorang dari dunia ini sekelip mata, bukan hanya mempengaruhi emosi seseorang, tetapi tergugat juga kewangan keluarga jika yang pergi itu orang kuat dalam keluarga.
Sebab itu sekarang ni ramai yang mengambil hibah, lebih-lebih lagi bagi yang bekerja terdedah dengan bahaya.
Hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Baru-baru ini, tuIar kisah yang menyentuh hati yang dikongsikan oleh pengguna laman tiktok Matt Yie apabila seorang ibu menangis selepas mendapat tahu anaknya menyediakan hibah sebanyak RM400K dan meletakkan si ibu sebagai penama.
Difahamkan, anak lelaki kepada wanita pertengahan umur itu sudah pergi bertemu Ilahi namun dia sempat titipkan ‘hadiah’ paling bermakna untuk keluarganya meneruskan hidup selepas ini. Disifatkan sebagai anak yang sangat mengambil berat tentang keluarga, rupanya AIIahyarham sempat menyediakan hibah bernilai RM400,000.
Matt Yie yang juga agen insurans telah datang ke rumah seorang mak cik untuk menyampaikan amanah besar itu. Si ibu yang baru sahaja dimaklumkan dirinya dijadikan sebagai penama terlihat menangis terharu kerana langsung tidak pernah tahu tentang niat baik putera sulungnya itu.
Meninjau di ruangan komen perkongsiannya, ramai yang terharu dan sebak melihat tangisan si ibu ketika diberitahu tentang hibah tersebut. Malah, ramai juga yang mengakui mereka sudah mengambil hibah khuatiri sesuatu yang burµk berlaku pada masa akan datang.
Komen netizen:
@Haida Mahat:kerana didikan seorang ibu yang baik, anaknye menjadi anak yang terbaik
@CikNana:moga arwah dtempatkan brsama org beriman..allah terharu sngat dpt ank mcm arwah
@MK Syuhaira Ramly:Bahagialah dia di sana kerana dah xder pun boleh membahagiakan ibu dia
@Sitikhtjh:yang belum kahwin , better ambik untuk mak atau ayah. yang dah kahwin boleh ambik untuk isteri atau anak
@acunadya:alhamdulillah syukur dpt anak mcm tu..ramai lg yg x sdr.hibah tu utk msa dpn ibuayah,isteri anak tersyg
Sumber TikT0k@mattyie1
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.