Manfaat Tumbung Kelapa terhadap tubuh kita

Manfaat Tumbung Kelapa terhadap tubuh kita

Ramai orang pernah minum air kelapa, akan tetapi pernahkah anda makan tumbung yang berada dalam kelapa?

Tumbung merupakan embrio atau tunas kelapa yang tumbuh dalam isi buah kelapa tua, disimpan untuk proses percambahan. Seterusnya ia akan bertunas anak kelapa keluar melalui sabut di bahagian tangkai kelapa.

Tunas anak kelapa akan keluar ikut luar, sedangkan tumbung itu akan membesar di dalam bahagian dalam kelapa tua. Selain itu, tumbung kelapa juga menjadi pembekal zat keperluan kepada anak kelapa yang berada di luar tersebut.

Tumbung yang berwarna putih krim kekuningan itu akan menjadi semakin besar di dalam isi kelapa tua sehingga memenuhi sepenuh ruang. Semakin tumbung itu membesar, semakin menipis isi kelapa itu disebabkan zat-zat keperluan telah diserapnya.

Kaya dengan pelbagai khasiat utama

Ia dikatakan sebagai sejenis makanan yang unik dan kurang dikomersilkan untuk tujuan khusus seperti dalam industri perubatan atau pemakanan. Antara khasiat-khasiat utama seperti Vitamin A, Vitamin D, Omega 3, Zat Besi, Protein, Fosforus, Kalsium dan Vitamin B12.

Namun tidak ramai yang mengenali tentang tumbung atau pernah memakannya terutama mereka yang  menetap di kawasan bandar. Bagi mereka yang menetap dikawasan perkampungan, tentu sudah biasa mendengar dan makannya. Ia sering menjadi rebutan kanak-kanak di kampung kerana isinya yang ranggup dan manis.

Semakin kecil tumbung itu menjadi semakin elok dimakan. Ia ranggup, lembut, padat, manis bersari, segar dan berair, kaya khasiat dan sedap dimakan begitu sahaja.

Bagaimana pun bagi tumbung kelapa yang besar, ia tidak begitu sedap dimakan, ini kerana kandungan air kelapa semakin berkurangan sehingga habis semuanya dan menjadi tawar ketika dimakan.

Sebenarnya tumbung kelapa elok dimakan dengan kerap, ini kerana ia kaya dengan khasiat-khasiat yang boleh memberi faedah terhadap badan kita.

Antara manfaat-manfaat terhadap tubuh kita adalah:

1. Menguatkan daya fikiran

2. Meningkatkan minda

3. Mencegah selsema

4. Menurunkan kadar tekanan darah tinggi

5. Mengatasi masalah sukar tidur

6. Melegakan batuk kering

7. Menjaga kesihatan mata

8. Melegakan sakit kepala atau migrain

9. Mencegah radang selaput otak

10. Mencegah daripada lumpuh atau strok

11. Memperkuatkan tulang dan gigi

12. Mencegah penyakit jantung

13. Mencegah penyakit hati

14. Mengubati masalah sakit buah pinggang

15. Mengelak daripada kerosakan pada saluran darah

16. Mencegah penyakit Anemia