5 Nutrien utama yang perlu dimakan untuk melindungi mata anda
Zaman sekarang ramai orang telah mengalami masalah rabun jauh (Miopia) terutamanya bagi golongan pekerja yang mesti selalu menghadapi komputer di persekitaran tempat kerja. Namun terdapat sesetengah orang juga perlu membawa pulang kerja-kerja 'paper work' untuk bersambung bekerja di rumah.
Selepas waktu bekerja, telefon pintar atau komputer tablet pula tidak pernah ditinggalkan tangan kita. Masa bagi mata kita menghadapi skrin gajet-gajet tersebut adalah melebihi masa rehat yang diperlukan oleh mata kita. Menjadikan mata kita berasa amat letih, kering dan kadang-kadang mengalami kesakitan. Seterusnya kesan Astigmatisme (penglihatan yang kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh) juga mungkin akan terjadi pada mata kita.
Bukan setakat orang dewasa mempunyai masalah rabun jauh, budak-budak pun mengalami masalah yang sama pada peringkat usia 5 atau 6 tahun. Budak-budak zaman sekarang mempunyai sekurang-kurangnya satu buah telefon pintar atau komputer pintar di rumah. Ada yang di antaranya memegang telefon pintar itu sampai waktu lewat malam sebelum tidur.
Oleh itu, kita haruslah membuat pemeriksaan berkala oleh pakar optik bagi membetulkan cara pergerakan postur dan mata. Namun ramai orang telah memilih untuk memasang spek cermin mata supaya dapat melihat pandangan yang lebih jelas. Walau bagaimanapun, ada juga yang mempunyai produk penjagaan kesihatan untuk perlindungan mata seperti EPA, DHA, lutein dan zeaxanthin.
Pernahkah anda tanya, adakah produk-produk penjagaan kesihatan ini adalah betul-betul berkesan untuk perlindungan mata dengan jangka masa yang lama?
5 Nutrien utama penjagaan mata
Terdapat banyak produk perlindungan mata di pasaran boleh dipilih oleh pengguna. Di sini kami akan memberi 5 Nutrien utama yang perlu dimakan untuk melindungi mata kita.
1&2. EPA dan DHA
Omega-3 dalam minyak ikan mengandungi EPA dan DHA yang tinggi. Di antaranya DHA dapat membekalkan nutrien yang boleh melintasi penghalang darah-otak dan penghalang retina darah, seterusnya memberi perlindungan pada otak dan retina.
EPA membantu meningkatkan keanjalan saluran darah, menghilangkan sistem vaskular dan keradangan. Oleh itu, EPA dan DHA sangat penting dan diperlukan dalam pengambilan produk perlindungan mata. Jika diperlukan, kandungan minyak ikan boleh ditambahkan.
Selain itu, anda juga boleh makan ikan berlemak seperti ikan salmon, makerel, sardin dan tuna yang mengandungi asid lemak omega-3 yang paling banyak. Bagi seorang individu dewasa (wanita hamil dikecualikan), sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 disyorkan. Saiz hidangan ialah 3.5 auns iaitu bersamaan dengan 99 gram.
3. Lutein
Lutein dapat membantu menunda penyakit mata yang disebabkan oleh penuaan, dan juga dapat membantu kesihatan otak. Lutein adalah karotena yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan perlu diambil dari tanaman atau alga. Lutein yang terserap dalam badan kita akan berkumpul terutamanya pada bahagian mata, otak dan kulit.
Makanan yang kaya dengan Lutein termasuk sayur bayam, wortel, kuning telur dan brokoli.
Lutein juga dapat membantu mata kita dalam penglihatan yang gelap iaitu penyesuaian gelap (kepekaan terhadap cahaya dalam kegelapan). Oleh itu, jika anda sukar untuk memandu pada waktu malam, pengambilan Lutein adalah penting. Namun sila rujuk nasihat daripada ahli farmasi, pakar nutrisi atau pakar mata dulu untuk kandungan pengambilan yang sesuai.
4. Zeaxanthin
Zeaxanthin merupakan karotena semulajadi. Seperti Lutein, Zeaxanthin juga perlu diperolehi dari diet permakanan dalam seharian. Ia mempunyai sifat antioksidan (bahan yang membantu melindungi sel-sel tubuh dari kesan buruk radikal bebas) yang bagus dan dapat mencegah degenerasi makula.
Kedua-duanya Zeaxanthin dan Lutein dapat membantu melambatkan atau mengelakkan kerosakan mata daripada cahaya biru (cahaya skrin telefon pintar atau komputer). Akan tetapi ia tidak dapat memperbaiki masalah rabun jauh tersebut.
Pengambilan jangka masa panjang Zeaxanthin akan bertindak sebagai perlindung mata terutamanya bagi mereka yang menghadapi komputer dan telefon pintar dengan masa yang lama.
5. Astaxanthin
Astaxanthin memberi kesan antioksidan pada mata adalah lebih tinggi daripada Lutein dan Zeaxanthin. Ia adalah pilihan terbaik untuk perlindungan mata terutamanya keletihan mata.
Ia merupakan karotena yang terbukti antara yang paling kuat di kelasnya. Astaxanthin dapat menyokong penglihatan mata dan sistem pertahanan badan kita. Astaxanthin juga berfungsi untuk mengelakkan mata daripada kerosakan radikal bebas (satu bahan kimia yang dihasilkan dari proses pencernaan makanan dalam tubuh kita) yang terbentuk di dalam tubuh.
Astaxanthin biasa dijumpai pada ikan salmon, udang dan ketam. Bertindak sebagai agen antioksidan, Astaxanthin dikatakan mempunyai banyak kelebihan untuk melindungi kulit, daya ketahanan, kesihatan jantung serta sakit sendi.