Satu lagi kisah cinta "Perbezaan usia bukan penghalang"
Pasangan itu memasuki gerbang perkahwinan pada 11hb September, Jumaat lalu yang juga hari yang penuh berakah, telah menamatkan kehidupan janda selama lima tahun bagi pengantin perempuan tersebut.
Pengantin Datuk Zaleha Bujang yang berusia 62 tahun itu juga merupakan seorang ketua wanita UMNO bahagian Jasin, Melaka.
Menurut Asyraf yang merupakan seorang mualaf. Dia berasa amat bersyukur kerana sepanjang lima tahun ini, Zaleha yang banyak membantu dia mendalami Islam.
"Alhamdulillah, majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancar walaupun banyak ujian ditempuhi antaranya tentangan daripada keluarga dan perbezaan usia."
Pemuda berusia 28 tahun itu memilih Cameron Highlands sebagai destinasi untuk 'honey-moon' romantis bagi mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dilupakan.
Selama lima tahun perkenalan pasangan itu, telah menyakinkan Asyraf membuat keputusan menamatkan status bujangnya. Hubungan antara pasangan itu menjadi semakin rapat ketika bertugas di pilihan raya kecil Cameron Highlands pada bulan Januari 2019.
Baca juga : Menjadi seorang isteri yang taat
Zaleha mengatakan bahawa walaupun kedua-duanya berpisah setelah pilihan raya kecil itu, mereka tetap berhubung antara satu sama lain. Tambahan lagi, kedua-duanya bertemu semula dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, Johor pada bulan November 2019. Dalam pada itu, hubungan antara pasangan itu menjadi semakin erat dan lebih rapat lagi.
Bekas suami Zaleha telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu, dan mempunyai 3 orang anak yang berusia antara 30 hingga 45 tahun. Pada awalnya, perkahwinan mereka mendapat tentangan yang hebat daripada anak-anaknya. Namun setelah mendapat persefahaman, akhirnya pasangan itu mendapat restu daripada anak-anaknya.
Perbezaan usia bukanlah satu penghalang untuk mereka
Bagi Zaleha, perbezaan usia bukanlah satu penghalang untuk mereka. Yang paling penting adalah persefahaman dan kasih sayang antara satu sama lain.
Menurut Zaleha, Asyraf merupakan seorang lelaki yang mempunyai sifat penyayang dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, Asyraf telah cuba untuk melamar beberapa kali sebelum ini tetapi ditolak olehnya.
Dengan berkat kesabaran tanpa berputus asa dan akhirnya telah berjaya. Oleh itu dia memutuskan untuk memilih lelaki ini sebagai teman hidupnya. Dan Asyraf bersyukur kerana akhirnya isteri telah menerima cintanya.