Menjadi seorang isteri yang taat
Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya, kepatuhannya itu bukanlah di dalam kemaksiatan. Contoh ketaatan seorang isteri terhadap suaminya seperti memenuhi segala keperluan suaminya, bersopan santun semasa bercakap dengan suami, menghiaskan diri demi suami, mengelakkan diri daripada perbuatan curang, menguruskan rumahtangga dengan tersusun, sentiasa menjaga rahsia keluarga serta menjaga harta benda suami dengan baik.
Ia selalu merasa ikhlas dan puas dengan bahagian yang diterimanya daripada suaminya. Sebaliknya ia tidak pernah menuntut sesuatu yang di luar batas kemampuan suami untuk mengadakannya.
Seperti yang disebutkan tadi, sebagai seorang isteri harus bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga dengan baik dan tersusun. Ia mampu dalam membina dirinya sendiri mahupun untuk membina anak-anaknya ke arah kemajuan ummah.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, para isteri harus meminta maaf dengan suaminya 2 kali sehari.
Kali pertama harus dibuat apabila bangun pagi ketika suami nak pergi kerja, maka pegang tangan suami dan bercium serta meminta maaf terhadap suaminya. Ini kerana mungkin suami pergi kerja untuk kali yang terakhir dalam hidup dia balik nanti terbaring dalam keranda (mati).
Manakala kali kedua iaitu bila nak tidur malam, isteri juga harus meminta maaf, kadang kala suami mati dalam tidur, ataupun isteri yang mati dulu dalam tidur. Masa bangun pagi tengok, badan dah menjadi keras (mati).
Isteri yang solehah, Harta Terbaik kepada suami
Isteri yang solehah merupakan "Harta Terbaik" dimiliki oleh seseorang lelaki. Ini kerana isteri bertindak sebagai penyejuk mata, penawar hati serta menjadi penajam fikiran terhadap suami. Isteri juga selalu mengingatkan suami kepada Allah dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya"
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi.