Amalan Ilmu Hitam, Janin Dipanggang & Disalut Cecair Emas, Dijadikan Azimat Supaya Pemiliknya Beroleh Kesenangan


 Amalan ilmu hitam sejak dulu telah dipraktikkan di serata dunia dan ia masih diteruskan di zaman moden ini.

Di Asia Tenggara, salah satu amalan hitam ialah menjadikan janin manusia sebagai azimat untuk kesenangan hidup. Janin itu dipanggang kemudian disalut dengan cecair emas sebelum dijual.

Pernah dahulu aktiviti penjualan azimat janin ini terb0ngkar apabila seorang lelaki warga Britain ditangkap di sebuah hotel di Bangkok, ThaiIand. Turut dirampas bersamanya ialah enam janin manusia yang dalam keadaan kering dan berwarna keemasan. Berdasarkan pada rupa bentuk dan saiz, janin-janin itu dianggarkan berumur di antara dua hingga tujuh bulan.

Lelaki itu mengaku menyimpan janin itu dalam sebuah bagasi untuk di seludup ke Taiwan. Dia membeli janin-janin itu daripada seorang lelaki Thailand pada harga 200,000 Thai Baht, dan mahu menjualnya di Taiwan dengan harga sekitar USD6,300 untuk setiap satu janin.

Penjualan janin itu ada kaitan dengan unsur-unsur pemujaan. Sesetengah komuniti di Thailand yang mengamalkan ritual ilmu hitam sangat percaya bahawa janin ini boleh menterbalikkan nasib malang, seterusnya mengubah nasib seseorang menjadi lebih baik. Ini termasuklah memberi perlindungan daripada sebarang keceIakaan dan membantu tuannya mencapai kejayaan dan memiliki kemewahan.

RituaI itu dinamakan sebagai ‘Kuman Thong’ atau dalam bahasa Thailand bermaksud ‘bayi emas’. Ia merujuk kepada roh kanak-kanak yang telah dijadikan azimat atau tangkal. Roh-roh si kecil ini dipercayai bukan roh j4hat. Sesetengah kanak-kanak yang dijadikan janin emas itu merupakan bayi yang telah mati akibat penyakit, kemalangan, dibuang, kegugµran dan penggµguran.

Berdasarkan kepercayaan hukum karma mereka, roh-roh tersebut tidak boleh dilahirkan semula setelah meninggal dunia. Sekiranya roh kanak-kanak itu tidak menerima karma baik atau dilahirkan semula dengan cara baik, satu perkara burµk akan berlaku ke atas roh-roh tersebut. Perkara burµk yang dimaksudkan itu ialah roh-roh itu akan terus merayau dan berkeliaran kerana berasa tidak tenteram.

Bagi membantu roh bayi mendapatkan kelahiran semula, satu-satunya cara ialah melakukan upacara Kuman Thong. Dalam upacara itu, mayat janin atau bayi itu akan dipanggang di atas api sehingga kering. Dan sebagai menghormati may4t, proses memanggang perlu dilakukan di kawasan tanah perkµburan secara tertib.

Setelah selesai proses memanggang, janin itu dicat dengan Ya Lak, iaitu sejenis cecair berwarna keemasan. Kemudian, janin itu dibalut ke dalam daun emas atau dalam bahasa Thailand disebut sebagai Wiwat Kumchumnan.

Ketua pengamal akan sentiasa memberikan kata-kata peringatan, amaran dan semangat kepada roh janin selama proses memanggang dan mengecat dilakukan. Antara pesanannya, mengharapkan agar roh janin berbuat baik, melindungi pemiliknya dan menjaga mereka daripada sebarang bahaya.

Tapi ada syaratya iaitu pemilik janin ini perlu mempunyai niat baik. Sekiranya tuan kepada tangkal tersebut berniat jahat atau menyalah gunakannya, maka pemilik dan r0h janin akan menerima karma buruk atas perbuatan mereka.

Justeru bagi mengelakkan perkara tidak diingini itu terjadi, pemilik harus berkhidmat sebagai ibu bapa yang baik kepada janin-janin berkenaan. Dan menjaga bayi emas ini dengan baik seolah-olah seperti memelihara anak sendiri. Tapi sekiranya tuan yang membeli janin itu tidak menjaganya dengan baik, kuasa Kuman Thong dikatakan akan hilang dengan sendirinya.

Seiring dengan peredaran zaman dan penguatkuasaan undang-undang, kebanyakan pengamaI sudah tidak menggunakan janin manusia untuk dijadikan Kuman Thong. Kini, ritual itu digantikan dengan anak patung kecil menyerupai manusia.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membµnuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tudµhan z!na.”

Sumber Aneh & Pelik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.