Anak Baru Lahir Tak Boleh Bin Bapa Sendiri, JPN Bagi Pilih 99 Nama Allah, Aku Pasrah…

 

Anak baru lahir tak boleh bin bapa sendiri, JPN bagi pilih 99 nama Allah, aku pasrah.. SETIAP pasangan yang berumahtangga pasti berdepan dengan pelbagai cabaran.

Bagi mana-mana wanita, dugaan terpaksa berjauhan dengan suami atas dasar tugas mencari rezeki pasti sukar dilalui namun terpaksa diteIan.

Sebagaimana dikongsikan di media sosiaI, wanita bernama Iffah Nur Dini ini pasrah apabila melahirkan anak sulung tanpa suaminya Aidie Fitri, 27, di sisi kerana urusan kerja.

“Lapan bulan pertama mengandung suami ada di sisi. Namun ketika tempoh tinggal lagi sebulan nak bersalin, suami dapat panggilan untuk rekrut polis.

“Jadi dia tak ada waktu saya bersalin,”.

Malah dugaan wanita berusia 27 tahun ini tidak terhenti di situ apabila anaknya, Adlee Mustaqim yang dilahirkan pada 12 Disember 2021 tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya

“Saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan ibu bapa lewat mendaftar nama anak. Jika tidak akan didenda. Saya tak nak banyak masaIah, saya daftar sijil lahir anak tanpa kad pengenalan ayahnya.

“Disebabkan tak dapat berikan kad pengenalan asal suami, JPN minta saya guna salah satu daripada 99 nama Allah. Bahagian maklumat bapa kepada anak saya terpaksa dikosongkan,” imbas Iffah.

Menurut Iffah, suaminya yang melapor diri pada 7 November 2021 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur hanya mengetahui tentang keIahiran anak pertama mereka setelah segalanya selesai.

Jelasnya yang kini menetap di Kelantan bersama suami dan anaknya, dia terpaksa membuat laporan di balai polis untuk memberi khabar gembira itu.

Katanya yang kini sudah berumah tangga hampir dua tahun, anaknya pada ketika itu terpaksa memakai nama sementaranya iaitu Adlee Khairul Mustaqim Abdul Rahman.

“Masa saya dah dekat hospital nak bersalin memang suami tak tahu apa-apa langsung. Dekat Pulapol memang tak boleh pakai telefon jadi saya kena buat report di balai polis sahaja untuk sampaikan berita saya sudah beranak.

“Sepatutnya dia dapat balik tapi masa tu SOP masih ketat jadi dia tak dibenarkan pulang. Jadinya ‘perjumpaan’ mereka kali pertama hanyalah melalui panggilan video saja.

“Selepas suami habis rekrut dalam tempoh lima bulan, barulah mereka dapat berjumpa secara berdepan dekat Pulapol. Kami pun sama-sama selesaikan segala urusan sijil lahir anak sama-sama dengan berikan segala bukti dokumen dekat JPN,” katanya lagi.

Setelah kira-kira sebulan menunggu, akhirnya segala urusan menukarkan bin suaminya kepada nama anak sulung mereka berjaya didaftarkan secara sah.

Perkongsian di TikT0k mengenai liku-liku rumah tangganya ini meraih perhatian apabila jumlah tontonan video mencecah lebih 1 juta.

Terdapat beberapa netizen turut bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Iffah malah ada juga yang turut mengalami situasi sama dikongsikan di ruangan komen.

“Sekarang punya undang-undang macam ni. Selagi tak ada kad pengenalan asal ayah memang tak boleh masukkan maklumat bapa.

“Aduh, harap JPN buat peraturan baharu. Kalau bapa pergi rekrut, bertugas luar Malaysia… ada surat pengesahan pun dah okey,” kata beberapa netizen.

Sumber GD

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.