About

About

Hello, nama saya Hanif Okay. Berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia. 😘

Kenapa dipanggil Okay? Sebab saya rasa semua perkara yang kita buat harus betul dan okay. Buat apa yang kita patut buat dengan betul, seperti share info dan menerima teguran daripada orang lain secara terbuka dan sentiasa berfikiran positif. Itulah jadi semua benda pun okay je.

Tujuan saya buat blog Hanif Okay ini adalah ingin menambah ilmu sendiri dan berkongsi dengan semua pihak. Terdapat banyak ilmu yang kita tidak ketahui, hanya menerusi belajar dan terus belajar melalui pelbagai saluran yang sesuai. Jika kita tidak mengetahui atau tidak ingin mengetahui infomasi dengan cara betul, kita hanya akan terperdaya dan mudah terpengaruh oleh maklumat yang tidak tepat.

Selain itu, saya mendapati bahawa orang Malaysia tidak minat atau kurang peka untuk mendapat maklumat secara tepat. Maklumat seperti kesihatan dan info tentang DIY, tidak mendapat perhatian, mungkin disebabkan resource / punca maklumat yang amat kurang. Sebaliknya info yang berkaitan kesihatan yang didapati dalam website, kebanyakannya daripada negara jiran kita iaitu Indonesia.

Setengahnya pula dalam bahasa inggeris atau bahasa cina dan hanya golongan tertentu sahaja yang memahaminya. Sedangkan sebahagian mereka pun ingin mengejar trending belajar pada zaman sekarang. 

Teknologi zaman sekarang semakin canggih, gajet mudah alih amat luas dipakai oleh kita terutamanya seperti telefon bimbit, laptop dan pad telefon. Maklumat yang tidak tepat pun sentiasa diviralkan menerusi media sosial dan menyebabkan orang ramai mudah terpedaya dan mempercayainya.

Blog saya tidaklah 100% bagus dan sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya akan merujuk kepada pelbagai saluran di internet dan dari semasa ke semasa, saya akan sentiasa meningkatkan mutu blog saya.

Saya harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang anda ingin ketahui. Sila kongsi pendapat anda menerusi FB atau Gmail yang disediakan.

Terima kasih dan salam sejahtera.

Daripada : Kapten of the Okay Land