Cakoi Pandan Hatyai - Raja Cakoi di KL
Kali pertama nampak kawan-kawan meletak dan komen post di FB tentang cakoi pandan Hatyai ni, akhirnya dapat merasainya hari ini.
Cakoi digoreng dengan saiz yang kecil, lebih sedap lagi dimakan ketika ia masih panas. Ia bukan saja sedap dimakan begitu saja, malahan lebih dirasai nikmatnya apabila dicicah kuah specialnya iaitu kuah pandan hijau yang meleleh.
Cakoi dijual dengan harga RM3.00 untuk sepuluh biji, manakala RM5.00 untuk dua puluh biji. Bagi setiap bungkus sepuluh biji akan disertai sekali dengan 1 bekas kuah pandan spesialnya, 2 bekas kuah dengan pembelian dua puluh biji cakoi tersebut. Namun anda boleh menambah kuah pandan meleleh itu dengan harga RM1.00 sebekas.
Dengan saiz yang bercampur-campur, ada yang berbentuk 4 bucu bintang (macam rama-rama), ada yang berbentuk tanduk, ada juga yang bulat. Tidak kira bentuk apa pun, janji dimakan dengan mencicah kuah pandan itu, baru laah best. Bagi saya, makan sepuluh biji pun sudah cukup kenyang.
Menurut pekerja gerai tersebut, resepi itu merupakan resepi original daripada Hatyai, Thailand. Seperti yang disyorkan oleh gerai, kuah pandan yang meleleh pada cakoi itu merupakan resepi utama menjadikannya lagi sedap dimakan.
Raja Cakoi di Kuala Lumpur
Cakoi pandan Hatyai tersebut juga dikenali sebagai Raja Cakoi turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai kaum. Menurut pekerja gerai, terdapat pembeli dari kawasan berdekatan mahupun jauh sehingga pusat bandar Kuala Lumpur.
(Foto dari Facebook)
Anda boleh memilih untuk makan di dalam gerai ataupun bungkus. Akan tetapi menurut pekerja gerai, tempahan menerusi penghantaran Lalamove pun boleh juga dan mendapat sambutan yang baik oleh pembeli baru-baru ini. Cuma anda perlu memesan penghantar Lalamove itu tolong membelikan terlebih dahulu, dan dibayar balik kepadanya kemudian.
Lokasi gerai tersebut terletak di tepi jalan saja, amat mudah mencari melalui google map. Ia berhampiran dengan Taman Beringin dan Taman Nanyang di Jinjang Utara.
Selain cakoi, terdapat juga nasi lemak yang saya belum lagi beli dan merasainya.
Sekiranya anda pun ingin merasai cakoi pandan Hatyai, anda boleh merujuk map seperti di bawah ini untuk menuju ke lokasi tersebut. Masa perniagaan adalah pukul 12 tengah hari sampai 7 malam setiap hari.
Disamping itu, Cakoi pandan Hatyai ini boleh juga didapati di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung yang terletak berhadapan dengan pasaraya Tesco.
Cakoi Pandan Hatyai
1680 / 1681, Jalan Benteng Timur,
Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur.