Inilah kisah seorang gadis di sebalik mempunyai kaki terpanjang di dunia

Inilah kisah seorang gadis di sebalik mempunyai kaki terpanjang di dunia

(Maci Currin bersama ibunya)

Gadis mana yang tidak mengidamkan mempunyai sepasang kaki yang panjang dan cantik. Hampir semua setiap gadis mengidamkan untuk mendapat body yang slim, kaki panjang dan halus. Bukan setakat gadis sahaja yang mengidamkan malahan wanita juga terutamanya bagi mereka selepas bersalin.

Selalunya mereka mengadu kerana mempunyai kaki gajah. Setelah melihat gadis atau wanita lain mempunyai body yang slim, kaki cantik dan halus, mula lah nak diet, nak exercise jogging lah, macam-macam cara untuk menjadi seperti orang tersebut.

Namun lain pula bagi seorang gadis yang memiliki kaki yang terpanjang di dunia telah mengalami masalah-masalah yang merunsingkannya setiap masa. Maci Currin berasal dari Texas, Amerika Syarikat berumur 17 tahun telah memiliki kaki yang terpanjang di dunia setakat ini.

Mencapai Rekod Dunia Guinness 2021

Maci memiliki kaki kiri sepanjang 1.35 meter dan kaki kanan sepanjang 1.33 meter. Dia juga memecah dua (2) Rekod Dunia Guinness 2021 menjadikan dia memiliki kaki terpanjang kategori perempuan dan kaki terpanjang kategori remaja.

(Model Rusia Miss Ekaterina)

Rekod dunia kaki terpanjang sebelum ini dimiliki oleh bekas olahraga perempuan bola keranjang dari Rusia, Ekaterina Lisina dengan 1.32 meter. Kini Ekaterina menceburi dalam bidang model profesional di Rusia dengan ketinggian 2.06 meter.

(Sun Fang, perempuan tertinggi di dunia setakat ini)

Akan tetapi Maci tidak dapat mencapai rekod perempuan tertinggi (masih hidup) di dunia, rekod itu masih dimiliki oleh Sun Fang dari China dengan ketinggian 2.21 meter sejak tahun 1987.

Walaupun jumlah ketinggiannya mencapai 2.08 meter, namun bahagian kakinya telah mengambil 60% daripada jumlah ketinggian itu. Sejak usia 15 tahun, dia asik tidak menjumpai seluar yang sesuai dengan kakinya. Itu membuat Maci rasa dirinya dilihat sebagai orang special, kerana lain daripada lain. Sejak itu, setiap seluar yang dipakai oleh Maci mesti ditempah khas dari kedai.

Maci kadang-kadang menjadi kurang selesa dengan pandangan orang ramai terhadapnya yang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Selain itu sukar juga bagi Maci untuk memasuki pintu rumah atau pintu masuk utama kompleks pasaraya kerana terpaksa menundukkan kepala sebelum memasuki kawasan itu.

(Maci Currin dengan kaki panjangnya)

Maci mempunyai impian menjadi seorang model profesional antarabangsa. Dengan kelebihan kaki yang panjang itu boleh dijadikan satu aset khas kurniaan Tuhan untuk menunjukkan kepada dunia luar akan kecantikan yang lain daripada yang lain.