“Kalau pak cik & cucunya itu sudah m4ti, habis siapa yang datang jumpa aku tadi” – Kata Pekerja Bilik May4t

Sesiapa yang pernah bekerja di hospital, semestinya mempunyai pengalaman yang sɛram. Lagi-lagi jika bertugas di waktu malam. Ini kisah aku semasa bertugas di sebuah hospital di pantai timur. Lama dah kisah ni, tahun 1994. Masa tu aku berusia awal 20-an lagi, dapat kerja sebagai penjaga bilik m4yat.

Dengar bilik m4yat, memang ngɛri bunyinya. Aku pun bukan berani sangat masa tu, tapi sebab nak cari rezeki dan ditakdirkan dapat kerja tu, aku terimalah jugak.

Aku kerja jaga bilik m4yat tak lama, dalam enam bulan sebelum bertukar kerja lain. Tak tahan kerja di situ lama-lama tambah pula aku jenis lɛmah semangat jugak masa tu.

Walaupun hanya enam bulan, setakat dengar bunyi-bunyi pɛlik tu dah biasa. Tapi ada satu peristiwa pelik yang aku alami masih aku ingat sampai sekarang.

Aku ingat lagi, masa tu dah dua bulan aku kerja di situ. Suatu malam, aku sedang bertugas. Masa tu dekat pukul 12.00 malam. Kawasan bilik m4yat pun sunyi je.

Biasalah, dah tengah malam mata pun mula berat. Aku duduk sambil sandarkan kepala pada dinding. Nak tidur-tidur ayam kononnya. Belum lama aku tutup mata, aku terdengar bunyi orang berjalan. Bunyi derap tapak kaki seakan sedang menuju ke arah aku.

Terus aku buka mata. Manalah tau tiba-tiba ketua datang buat rondaan. Tapi aku tak nampak sesiapa pun. Yang peliknya, bunyi tapak kaki tu kedengaran jelas dan dekat je bunyinya. Tapi aku pandang sekelililing, tak ada sesiapa pun di kawasan tu. Masa tu, bulu roma aku dan merɛmang. Janganlah ada ‘benda’ nak bergurau pulak.

Daripada mata kuyu, terus jadi segar. Aku terus duduk perhati sekeliling. Makin lama, bunyi derap kaki tu kian perlahan dan akhirnya hilang. Fuhh… lega hati aku.

Tapi tak lama kemudian, dalam 10 minit lepas tu dengar balik bunyi derap kaki tu. Aku toleh ke kiri, nampak seorang lelaki tua yang memimpin seorang budak lelaki sedang berjalan ke arah aku. Dari mana diorang datang, aku pun tak tahu.

“Di mana bilik kecɛmasan?” pak cik tu tanya aku. Usianya aku rasa dalam penghujung 60-an.

Aku pun tunjukkan arah, jalan terus dan belok kanan, akan nampaklah bilik kecɛmasan. Lepas ucap terima kasih, pak cik tu berlalu pergi sambil pimpin budak lelaki yang aku rasa adalah cucunya. Usia budak tu dalam 9 ke 10 tahun.

Pelik juga aku tengok pak cik tu. Dari mana dia datang? Kalau nak ke bilik kecɛmasan, kenapa dia muncul di kawasan bilik m4yat pulak? Wajah pak cik tu pulak sɛrius, sedikit pun tak senyum.

Dari kawasan bilik m4yat yang aku jaga untuk ke bilik tu agak jauh juga. Sebab risau pak cik tu sɛsat, aku ikut pak cik tu dari belakang.

Sampai di situ, pak cik tu dan cucunya terus masuk ke dalam bilik kecɛmasan. Aku ikut pak cik tu masuk ke dalam juga. Tapi bila pintu bilik kecɛmasan tu dibuka, aku hairan sebab tak nampak kɛlibat pak cik dan cucunya itu. Pelik, ke mana pak cik tu pergi…

Aku tanya kawan-­kawan yang bertugas di situ. Tapi, tak ada sesiapa yang melihat pak cik tua bersama cucunya itu masuk ke situ.

“Mana ada orang masuk sekejap ni, engkau je yang masuk,” kata seorang rakan.

Aku dah rasa tak sedap hati. Aku yakin sangat nampak pak cik tua tu dengan cucunya masuk ke situ.

Masa aku tengah tercari­-cari kɛlibat pak cik tua tu, walkie-talkie aku berbunyi. Aku dapat arahan supaya balik segera ke bilik m4yat kerana ada jɛnazah baru yang hendak dimandikan. Apa lagi, bergegas aku keluar untuk berpatah balik ke bilik m4yat.

Bila aku tiba di situ, nampak pekerja hospital sedang menolak dua buah troli masuk ke dalam bilik m4yat. Aku pun terus membantu pekerja tersebut memasukkan m4yat ke dalam bilik mandian.

Masa sedang menolak troli, entah macam mana kain penutup muka m4yat terselak. Bila aku nampak saja wajah m4yat tu, aku terkejut. Tak mungkin! wajah m4yat tu sebiji macam muka pak cik yang aku cari tadi.

Selepas kedua-dua m4yat itu diletakkan ke dalam bekas mandian, aku masih tak puas hati. Aku nak tengok wajah m4yat tu sekali lagi untuk kepastian.

Aku masuk balik ke bilik m4yat. Aku selak kain yang menutup m4yat tu. Sah! Memang itulah wajah pak cik tua bersama cucunya yang tegur aku bertanyakan jalan ke bilik kecɛmasan tadi lebih kurang sejam yang lalu.

Aku pergi pulak ke m4yat kedua dan buka kain penutup wajahnya. Kali ni, jantung aku dah berdegup laju. Mana taknya, m4yat itu adalah budak lelaki yang dipimpin pak cik tua itu.

Aku tanya pekerja hospital, bila pak cik itu meninggal?

“Lebih kurang pukul 11.00 malam tadi,” balasnya.

Katanya, pak cik itu bersama cucunya itu meninggaI dunia serta merta dalam satu kemaIangan jalan raya.

Aku terdiam. Lama aku duduk termenung di luar bilik mayat awal pagi itu. Pakcik itu dan cucunya meningg4l lebih kurang pukul 11.00 malam, tetapi dia dan cucunya datang bertanyakan jalan pada aku lebih kurang jam 12.00 malam.

Aku tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang datang bercakap dengan aku masa tu? Mungkinkah roh pak cik tua itu bersama cucunya? Atau qarin mereka…

Sumber Mohd Khairul, Kuala Lumpur

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.