Gempar apabila ada penduduk mendakwa melihat kɛlibat poc0ng berkeliaran di kampung mereka. Bukan sekali, tetapi berkali-kali makhluk ini memunculkan diri pada waktu malam.
Kemunculannya mengundang rasa seram di kalangan penduduk, terutama bagi mereka yang terpaksa pulang malam dari tempat kerja, atau yang ingin berjemaah di surau. Segala aktiviti di waktu malam menjadi terhad dek kerana tidak mahu bersua muka dengan si poc0ng.
Tidak dapat dipastikan daripada mana dan kenapa ia muncul. Namun mengikut kata-kata orang lama, poc0ng hanya akan muncul apabila tali punjut yang mengikat di bahagian kepalanya, tidak dilepaskan sewaktu dikɛbumikan. Seolah-olah bangkitnya si may4t ini menjadi poc0ng, kerana tidak aman disemadikan dan berharap akan ada yang akan membantu melepaskan tali punjutnya.
Kisah berkaitan may4t bangkit daripada kubvr menjadi poc0ng turut dipaparkan dalam sebuah filem dari negara seberang Indonesia. Sinopsisnya berkisar seorang lelaki yang sebelum m4ti mewasiatkan kepada anaknya, supaya tidak membuka tali ikatan kafan sewaktu dikɛbumikan. Tujuannya tidak lain, untuk bangkit kembali menjadi pocong, lantaran membalas dendam atas kem4tiannya.
Benarkah may4t akan bangkit daripada kubvr menjadi pocong, sekiranya ikatan kain kafan tidak dibuka sewaktu dikɛbumikan?
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan, namun menurut kata Abdul Razak Darus, Ketua Lajnah Pengurusan Jɛnazah dan Perkubvran Masjid Jamek Bandar Kajang yang sudah 15 tahun menguruskan pelbagai jɛnazah, dia belum pernah mendengar lagi may4t bangkit daripada kubvr menjadi poc0ng dek kerana tidak membuka tali ikatan kafannya.
Bahkan baginya, sukar untuk diterima akal apabila seseorang yang sudah m4ti akan kembali bangkit, apatah lagi menjadi h4ntu poc0ng. Dalam al-Quran juga sudah jelas menyatakan, orang yang sudah m4ti tidak akan dapat kembali semula ke dunia.
Ini dikhabarkan oleh Allah SWT dalam surah al-Mu’minun ayat 99-100 yang bermaksud, “(Demikianlah keadaan orang k4fir itu) hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebaikan yang telah aku tinggalkan. Sesungguhnya itu adalah dalih yang diungkapkannya sahaja. Dan di hadapan mereka ada barz4kh sampai pada hari mereka dibangkitkan.”
Barz4kh yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah alam kubur. Setiap manusia di sana merasai sama ada nikmat atau az4b sɛksa, sementara menanti hari kebangkitan. Bahkan menurut Imam Mujahid dan Ibn Zaid, barzakh adalah seperti tembok besar yang menghalang orang yang sudah m4ti kembali ke dunia.
Tambah Abdul Razak lagi, untuk mengatakan bahawa may4t yang tidak dibuka tali ikatan kafannya akan bangkit menjadi poc0ng, adalah satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Bahkan turut bertɛntangan dengan logik akal.
Ditanya lagi bagaimana kaedah pengurusan jɛnazah secara tepat mengikut syariat Islam, jelasnya, apabila jɛnazah sudah dimandikan, mereka akan dikafankan dengan kain putih. Sebaik-baiknya bagi jɛnazah lelaki menggunakan tiga lapis kain putih manakala bagi jenazah wanita afdalnya dengan lima lapis kain.
Sunat menggunakan kain yang berwarna putih bersandarkan pada hadis Baginda SAW “Pakailah olehmu kain yang putih kerana sesungguhnya kain putih itu kain yang sebaik-baiknya dan kafankanlah jɛnazah dengan kain itu.” HR Abu Daud
Seusai itu, jɛnazah akan diikat dengan tali di lima bahagian anggota iaitu bahagian kepala, dada, pinggang, lutut dan kaki. Tujuan diikat agar kafan yang dipakai jɛnazah kelihatan rapi dan kemas, di samping mengelak daripada anggota tubuh jɛnazah terkeluar daripada kafan tatkala diangkat menuju ke perkuburan. Ia sebagai bentuk perlindungan kepada si m4ti, terutama jika jenazah tersebut dalam keadaan tidak sempurna hingga mendedahkan aibnya.
Dalam syariat Islam, walaupun seseorang itu sudah m4ti, keperluan menjaga aib dan menghormati jɛnazah tetap dititik beratkan, sekalipun si m4ti merupakan seorang yang tidak beriman atau Islam. Kerana itu apabila menguruskan jenazah, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dan selembut mungkin supaya jɛnazah tidak tersɛksa dengan tindakan kita.
Selesai disolatkan, jɛnazah akan dibawa ke tanah perkubvran untuk dikebumikan. Untuk mengɛbumikannya pula, jɛnazah akan dibaringkan di atas lambung kanannya dalam keadaan menghadap kiblat.
Sesudah itu, ikatan yang mengikat jenazah akan dibuka atau dilonggarkan supaya mukanya mencecah tanah. Hukum membuka ikatan ini hanya harus sahaja. Jika tidak mahu ditanggalkan pun tidak menjadi masalah. Akhir sekali, barulah may4t akan dikambus dengan tanah.
MAINAN SYAlTAN.
Sementara itu dalam sunan Qubra, Imam Baihaqi menyatakan, terdapat satu hadis yang menceritakan tentang isu menguraikan ikatan kain kafan ketika dalam kubvr. Namun begitu kedudukan hadis ini dilihat sebagai dhaif. Hadis tersebut berbunyi, daripada Ma’qil b. Yasar, ketika Rasulullah SAW meletakkan jɛnazah Nu’aim bin Mas’ud di dalam kubvr, Baginda melepaskan ikatannya dengan mulutnya.”
Syaikh al-Baniy setelah mendhaifkan hadis ini dalam silsilah dhaifahnya memberikan pandangan, “Namun melepas ikatan pada kafan may4t adalah suatu amalan yang sudah biasa diamalkan oleh para salaf. Oleh kerana itu ulama Hanabilah mengikuti Imam Ahmad b. Hambal.”
Abu Daud pula berkata, “Aku bertanya kepada Imam Ahmad tentang mengurai ikatan kafan di dalam kubvr, maka imam Ahmad menjawab, “Ya”. Dan berkata putera Imam Ahmad, Abdullah bin Ahmad bin Hambal, “Saudaraku meninggal ketika masih kecil, ketika mayatnya diletakkan dalam kubur dan ketika itu bapaku berdiri di pinggiran kubvr berkata kepadaku, “Wahai Abdullah lepaskanlah ikatannya, maka aku pun melepaskan ikatan kafannya.”
Dalam Majmu’ Fatawa, ketika Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya tentang melepaskan ikatan pada kain kafan dalam kubur, beliau menjawab, “Dalam melepaskan ikatan terdapat atsar daripada sahabat Abdullah b. Masu’d katanya, “Jika kalian memasukkan may4t dalam kubvr lepaskanlah ikatannya.”
Manakala Syaikh b. Baz berpendapat, melepaskan ikatan may4t dalam kubvr lebih afdal, sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat R.A.
Oleh yang demikian, anggapan masyarakat apabila ikatan kain kafan yang tidak dibuka atau dilepaskan, menyebabkan mayat bangun menjadi poc0ng, adalah satu anggapan yang sama sekali tidak ada asasnya yang kukuh. Itu benar-benar merupakan satu tindakan yang sɛsat lagi menyesatkan serta bidaah yang begitu besar sekali.
Lalu bagaimana pula dengan kɛlibat poc0ng yang pernah dilihat oleh sebahagian masyarakat? Itu tidak lain adalah hɛlah dan t1pu daya yang memang sengaja direncanakan oleh para j1n dan syait4n bagi menyesatkan manusia.
Buktinya apabila ada yang percaya bahawa may4t yang tidak diikat kain kafan menjadi poc0ng, bermakna mereka (jin dan syait4n) ini telah berjaya men1pu dan memesongkan akidah manusia. Nauzubillah min zalik.
Sumber Kisah Ghaib
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.