Kisah Ribut Tropika Greg 1996 Di Keningau, Antara Amµkan Alam Dan Seorang Tua Yang Meminta Air Kekal Misteri

 

Akhir-akhir ini kita berdepan dengan hujan lebat dan ribut petir ketika peralihan monsun. Tahukah anda salah satu tragedi bencana alam terburµk yang pernah berlaku dalam negara kita?

Tragedi ribut tropika Greg yang pernah melanda Sabah pada Disember 1996 merupakan salah satu bencana terburuk dalam negara. Ribut yang melanda telah membawa banyak kemusnahan di daerah Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar.

Difahamkan, lebih 200 mangsa meninggaI dunia dan 102 lagi gagaI dikesan sehingga hari ini, membabitkan kerµgian mencecah RM150 juta.

Mengikut kronologi, ser4ngan ribut yang menakutkan itu melanda daerah Keningau selama lima jam, bermula pada 26 Disember 1996 dari pukul 1:00 pagi dan berakhir sekitar 6:30 pagi. Dalam tempoh tersebut, kawasan bencana dikatakan mengalami hujan lebat berterusan dan tiupan angin mencecah sehingga 80 kilometer sejam.

Ekoran keadaan itu, sungai-sungai di sekitar daerah berkenaan seperti Sungai Pampang, Bayayo, Liawan serta Sinagang telah melimpah, menyebabkan sembilan buah kampung ditenggelami air, sekali gus memusnahkan 500 buah rumah penduduk berhampiran tebing sungai. Kesan daripada kejadian itu, dianggarkan kira-kira 3,000 orang penduduk di daerah tersebut hilang tempat tinggal.

Paling teruk dilaporkan adalah tiga buah kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang, Limbawan dan Batu Satu yang lenyap dalam sekelip mata selepas ditelan arus deras berlumpur.

Pada masa yang sama, laluan utama dari daerah Keningau ke Kota Kinabalu juga terputus hubungan ekoran dua buah jambatan utama yang terletak di Sungai Liawan dan Pegalan roboh selepas dihanyutkan arus deras.

Dalam pada itu juga, sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan runtuh lalu menutup jalan raya yang menghubungkan laluan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau.

Operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dilakukan sebaik ribut berakhir sekitar pukul 6:30 pagi. Pada hari pertama, pasukan penyelamat telah mengesahkan seramai 107 orang disahkan terkorban, manakala 150 lagi masih hiIang. Kesemua jumlah mayat mangsa dijumpai di sepanjang tebing empat sungai di sekitar daerah berkenaan.

Saat itulah, pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati kelihatan di sekitar kawasan bencana, apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa. Dipercayai, kesemua mangsa yang terk0rban sedang tidur ketika bencana alam itu berlaku.

Pada hari seterusnya, operasi tersebut berjaya menemui lagi 15 mayat mangsa. Jumlah penemuan mayat kian meningkat pada hari berikutnya dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa.

Selepas lebih dua minggu operasi mencari dilakukan, akhirnya ia dihentikan pada 12 Januari 1997. Dalam jangka masa tersebut, lebih 200 angka k0rban dicatatkan dan 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Berdasarkan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, tragedi ribut tersebut dipercayai berpunca akibat pemanasan global. Kebiasaannya, fenomena ini berlaku disebabkan aktiviti penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau yang tidak terkawal di seluruh dunia. Kesan keadaan itu telah menjejaskan proses kitaran alam yang mulai berubah dan menyebabkan pelbagai bencana alam yang sukar dijangka.

Mengikut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca ketika itu, tragedi ribut tersebut berlaku selepas kehadiran tiupan angin tropika dari arah Laut China Selatan yang berkelajuan 50 hingga 70 kilometer sejam menghala ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak.

Sebelum kejadian ribut ini berlaku, lokasi bencana dikatakan mengalami hujan lebat sejak awal pagi 24 Disember 1996 sebelum ribut Greg itu tiba ‘membaham’ kawasan tersebut.

Tinjauan di bahagian hulu Sungai Pampang selepas kejadian mendapati, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan yang membawa kepada pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan (yang kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg).

Hujan berterusan selama beberapa hari di kawasan itu menyebabkan air yang bertakung di kawasan tersebut melebihi had sehingga `pecah’ dan melimpahi Sungai Pampang pada pagi 26 Disember 1996.

Ada juga kisah misteri yang dikaitkan dengan tragedi ini. Kononnya, beberapa hari sebelum tragedi itu, seorang orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian.

Orang tua itu meminta air, namun tiada sesiapa yang mengendahkannya, sebaliknya orang tua itu diejek dan dicemuh.

Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air sebelum berlalu pergi. Dan selepas itu, berlaku limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang sehingga menyebabkan ramai terk0rban dan banyak kerosakan. Tidak dapat dipastikan kesahihan kisah ini.

Apa pun, selepas tragedi itu, tiada lagi penempatan dibina di sepanjang tebing sungai. Jika ada pun hanya sekadar rumah rehat atau pondok yang dibina para pekebun yang bertani di kawasan tepi sungai tersebut.

Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.