Kisah benar kali ini berlaku ketika aku masih di sekolah rendah dulu. Di kampung tempat aku tinggal di pekan T, Seberang Perai ketika itu, ada seorang jiran sekampung yang dikenali sebagai Pak Arif. Pak Arif ada hubungan dar4h dengan keluarga aku. Dia pangkat dua pupu kepada mak aku. Sebab itu dia aku panggil Paksu walaupun dia bukan saudara seayah seibu dengan mak aku.
Paksu antara orang yang dihormati di kampung kami. Selain dari orang tua, dia dihormati kerana jawatannya. Paksu seorang tandil estet Maloff, iaitu ladang getah yang terbesar di kampung kami. Tandil adalah perkataan dalam bahasa Tamil bermakna supervis0r.
Kebanyakan pekerja ladang Maloff adalah penduduk-penduduk kampung kami dan kampung sekitarnya. Sebagai tandil estet, Paksu adalah orang perantaraan antara pihak pengurµsan ladang yang diketuai oleh Mr Chooi dan pekerja estet. Paksu sangat dihormati oleh pihak pengurusan ladang dan pekerja-pekerjanya kerana walaupun tegas tetapi dia seorang yang berperwatakan lembut, ramah dan suka berjenaka.
Namun perwatakan Paksu yang ceria dan lembµt di kampung kami kadang-kadang boleh bertukar gan4s seperti harimaµ jika kena masa dan ketikanya.
Suatu hari aku pergi menziarahi nenekku Tok Timah yang sedang s4kit. Jarak rumah nenekku, Tok Timah dengan rumah orang tuaku tidak jauh. Lebih kurang 200 meter saja jaraknya. Nenek tinggal bersendirian di rumah itu selepas kem4tian datukku, Tok Puteh.
Sudah hampir seminggu nenek s4kit. Pergi klinik sudah. Berubat melalui dukµn pun sudah. Namun nenek masih berbaring, s4kit seperti jarum yang menyµcuk-nyµcuk tubuhnya masih tidak berkurang. Selama beberapa hari nenek s4kit, selama itu juga nafsµ makannya pupµs sama sekali. Dia hanya mampu minum air saja.
Mak aku beritahu, dukµn sebelumnya yang berubat nenek pernah cakap nenek kena buatan orang. Nenek disih1r kerana dend4m lama disebabkan cembµru.
Masuk saja ke dalam rumah, aku terus menuju kearah nenek yang berbaring di ruang tamu. Mak aku dan beberapa orang jiran lagi, kebanyakannya perempuan juga berada di ruang tamu rumah.
“Tok..tok nak makan dak?” tanyaku, “Kalau nak makan, mai suapkan. Makan la sikit ya tok?”
Nenek hanya menggeleng-gelengkan kepala. Selama s4kit, nenek yang mulutnya pot pet pot pet itu jarang bercakap. Aku perhatikan wajah nenek. Matanya separuh pejam dan di hujungnya seperti ada takungan air mata. Kesian nenek, Allah SWT sedang mengujinya.
“Cuba hang picit-picit sikit badan Tok Timah tu,” cadang Cu Piah, jiran yang paling hampir dengan rumah nenek, “Kata tok hang, badan dia s4kit-s4kit. Lepas picit, selalunya kurang sikit s4kit badannya.”
Aku menyentuh tubuh nenek sebelum memicit-micit lembut badannya. Ketika itu terasa begitu panas badan nenek. Macam bara api rasanya. Mungkin selain dari sakit badan, nenek juga dem4m, fikirku.
“Katanya malam ni Pak Arif nak mai berubat Tok Timah, kan?” terdengar suara mak cik Kiah, jiran kami yang sedang bersimpuh tidak jauh dari nenek.
“Haa…dia nak mai berubat malam ni. Lepas Isyak nanti dia mai..” jawab mak aku yang merupakan anak bongsu nenek.
Paksu sebenarnya bukanlah seorang dukµn. Dia lebih dikenali sebagai tandil estet Maloff berbanding gelaran seorang dukµn. Tapi di dalam keadaan terpaksa, bila ikhtiar berubat lain sudah habis, ramai kaum keluarga kami memanggil Paksu untuk berubat.
Tapi Paksu hanya berubat jika pes4kit adalah keluarga dan saudara mara terdekatnya. Kata mak aku, perubatan Paksu hanya berkesan jika dilakukan terhadap mereka yang ada pertalian dar4h dengannya. Kalau orang luar minta berubat, Paksu secara jujur akan beritahu ilmunya tidak mampu menyembuhkan mereka. Memandangkan nenek aku merupakan ibu saudara pupu kepada Paksu maka dia telah bersetuju untuk cuba berubat nenek.
Kira-kira 20 minit selepas solat Isyak terdengar bunyi deruan motor di depan rumah nenek.
“Assalamualaikum,” terdengar suara lelaki di luar rumah. Paksu sudah sampai ke rumah nenek rupanya.
Paksu masuk ke dalam rumah. Paksu memakai baju Melayu dan seluar serba putih. Dia kelihatan segak dengan songkok hitam yang terserlum di atas kepalanya.
“Sapa bagi ceramah Maghrib di masjid tadi Arif?” tanya ayah kepada Paksu. Paksu memang kaki masjid. Hampir setiap solat lima waktu Paksu mengerjakannya secara berjemaah di masjid.
“Ustaz Amin bagi ceramah tadi. Sedap ceramahnya. Rugi hang tak pi dengar tadi,” balas Paksu.
Paksu kemudian duduk berhampiran nenek.
“S4kit macam mana Long?” kata Paksu sambil memegang lengan nenek.
“Menyucµk satu badan. S4kit…,” kata nenek dengan mata berair sambil jarinya menekan-nekan perut.
“Bawa sirih pinang dan air sikit,” pinta Paksu.
Mak Kiah menghulurkan mangkuk berisi sirih pinang kepada Paksu. Paksu mula membaca sesuatu yang bunyinya macam bahasa Arab yang tidak kufahami maksudnya. Kadang-kadang ada terselit macam perkataan Melayu di antara bacaan bahasa Arab tersebut.
Aku memusatkan perhatian kepada Paksu. Itu bukan pertama kali aku melihat Paksu berubat orang. Sekejap lagi aku tahu skrip perubatannya yang menggerunkan akan berulang lagi seperti yang kulihat sebelum-sebelumnya.
Tidak sampai 10 minit, apa yang ku jangkakan berlaku pun berlakulah.
Tiba-tiba mulut Paksu mengeluarkan satu bunyi suara garaµ yang sangat aneh. Itu bukan suara Paksu yang kukenali. Itu suara orang lain. Aku sangat pasti…
Serentak dengan itu Paksu menggumpal penumbµknya sambil memukµl-mukµl lantai rumah. Lantai rumah nenek yang diperbuat dari kayu berdentµm dentam kuat akibat tumbµkan padu Paksu.
Aku berlari duduk jauh. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali aku menyaksikan kaedah perubatan Paksu, namun rasa gerµn dan takµt melihatnya tidak pernah hilang.
Perubatan tradisional seperti yang dilakukan Paksu itu dipanggil orang kampung kami sebagai ‘menµrun’. Dalam keadaan ‘menµrun’, pengamalnya langsung tidak sedar diri. Ini kerana ketika itu sesuatu entiti dari alam gh4ib sedang menguasai jiwa pengamalnya.
Suara garaµ luar biasa Paksu kemudian seperti memanggil nama tertentu yang aku tidak pernah mendengar kewujudan nama orang itu di kampung kami. Entah siapa nama orang yang dipanggilnya aku tidak tahu.
Tiba-tiba terdengar suara mengaµm dari mulut Paksu persis seratus peratus suara harimaµ. Mata paksu membeliak dan melilau ke kiri dan kanan rumah seperti sedang mencari sesuatu benda yang hilang.
Sambil mengaµm Paksu bergerak pantas dengan merangkak ke seluruh penjuru rumah. Caranya merangkak benar-benar menyerupai gerakan seekor harimaµ. Sambil merangkak, mata Paksu sentiasa meliar seperti sedang mencari sesuatu.
Sesekali Paksu menunduk sambil hidungnya mencium lantai rumah seperti aksi kucing yang sedang mengesan musµhnya. Gerak geri dan suara ngaumannya yang kuat betul-betul seperti harimaµ. Semua kami yang berada di ruang tamu rumah berhimpit di dinding untuk memberi ruang ‘harimaµ’ itu menjalankan kerjanya.
Kemudian dengan suara ngaµman yang sangat kuat, Paksu menerpa ke arah nenek sambil mulutnya mengeluarkan lidah panjang dan dengan rakµs menjilat-jilat muka nenek.
Gerakan pantasnya di sisi nenek sampai satu tahap menyebabkan songkok Paksu terlucut dari kepalanya. Ayah bingkas bangun mengambil songkok Paksu dan meletakkannya di tepi dinding ruang tamu.
Nenek hanya memejamkan mata apabila mukanya dijilat-jilat ‘pak bel4ng’. Mungkin cara perubatan sebegitu sudah biasa kepada nenek. Kalau aku dalam keadaan nenek, mungkin sudah pengs4n barangkali.
Aku bertambah takµt melihat aksi penuh bertenaga Paksu kerana ia bukan Paksu yang sangat lemah lembut yang kukenali. Perutku tiba-tiba rasa memulas. Takµt kalau tiba-tiba ‘harimaµ’ itu tersilap dan ada saudara maraku yang menjadi m4ngsanya.
Tiba-tiba Paksu melepaskan jilatannya ke muka nenek. Dengan langkah pantas, Paksu bingkas keluar dari rumah dengan gerakan merangkak yang sangat laju seperti gerakan kucing yang sedang mengejar mangs4nya.
“Ligan dia. Ligan!!” terdengar suara ayah mengarahkan beberapa orang mengejar Paksu yang sudah berada di luar rumah.
Beberapa orang muda kelihatan mengejar Paksu. Mak pernah beritahu aku, dalam keadaan ‘menurun’ begitu Paksu sentiasa perlu didampingi dan diperhati kerana dibimbangi dalam keadaan tidak sedar seperti itu dia akan terceder4.
Aku seperti beberapa orang lain di dalam rumah cuba meninjau ke mana ‘harimaµ’ itu pergi. Aku keluar dari pekarangan rumah nenek sambil mata tercari-cari Paksu yang entah menghilang ke mana.
Dan akhirnya di bawah sinar bulan purnama ternampak jelas Paksu yang berpakaian serba putih sedang berada kira-kira 15 meter dari rumah nenek. Sambil mengaµm, Paksu merangkak dan melompat naik ke atas sebatang pokok setar yang berkedudukan condong 45°. Hairan sungguh bagaimana manusia boleh memanjat pokok dalam keadaan merangkak seperti itu. Kakinya seperti melekat di atas batang pokok tanpa menunjukkan tanda-tanda tidak dapat mengimbangi badan. Betul-betul persis gaya harimaµ.
Sesampai di bahagian hujung pokok, Paksu kemudian dengan pantas terjµn ke bawah. Sekali lagi aku hairan, dalam jarak ketinggian kira-kira 3 meter Paksu boleh terjµn ke bawah tanpa memperlihatkan dia ceder4 atau s4kit.
Kemudian Paksu dengan suara ngaµman yang sangat kuat berguling-guling atas pasir seperti lagak kucing yang sedang bergom0l. Cuma dengan siapa dia bergom0l aku tidak pasti kerana di mataku hanya nampak dia bersendirian ketika itu. Tapi cara dia bergom0l yang penuh bertenaga itu menampakkan dia pasti menang dalam pertarµngan tersebut.
“Pak Arif sedang mengg1git roh jah4t tu,” bisik Pak Leh kepada Usu Zam yang berdiri di sebelahku, “Nampak dak mulut Pak Arif macam sedang memb4ham benda tu. Sat gi mampµslah set4n tu kena bah4m.”
Selepas kira-kira 2-3 minit dalam aksi seperti kucing bergo0ol, Paksu kemudian kelihatan kembali tenang. Perlahan-lahan Paksu membetulkan kedudukannya.
Kini Paksu tidak lagi merangkak seperti harimaµ. Paksu duduk terjelepµk atas tanah sambil matanya memandang kosong orang-orang sekitarnya. Tiada lagi ngaumam keluar dari mulutnya. Tiada lagi aksi merangkak seperti haiw4n. Paksu sudah kelihatan boleh duduk seperti manusia normal. Cuma wajahnya seperti orang terkelirµ dan keletihan.
Beberapa saat kemudian Paksu kelihatan merebahkan tubuhnya atas tanah. Matanya terpejam seperti gaya orang tidur.
Beberapa orang pemuda mengangkat dan mengusung Paksu dan membaringkannya di ruang tamu rumah nenek.
Aku dan beberapa orang keluarga terdekat dengan Paksu masuk ke dalam rumah nenek. Aku lihat wajah Paksu yang berbaring di ruang tamu menyerupai orang pengsan. Seluruh baju Paksu basah dan kesan kot0ran tanah melekat di banyak bahagian pakaiannya. Mata Paksu kelihatan terpejam rapat. Cuma nafasnya yang berbunyi seperti orang berdengkur mengesahkan Paksu masih hidup.
Tidak jauh dari Paksu kelihatan nenek yang sedang menggerak-gerak badannya seperti cuba hendak bangun dari pembaringannya.
“Eh eh..mak nak pi mana tu?” laung mak aku kepada nenek yang kelihatan berdiri dan kakinya bergerak menuju ke arah dapur.
Rupanya nenek yang sudah beberapa hari hanya berbaring tidak dapat bangun kini sudah boleh bangun!
“Alhamdulillah..tok dah boleh bangun. Tok dah sihat balik!” kataku riang sambil menerpa ke arah nenek yang kelihatan ceria menuju ke arah dapur.
“Mak bangkit nak buat apa tu?” ulang mak aku kepada nenek sambil memimpin tangan nenek balik ke tempat pembaringannya.
“Aku nak buat air kat Arif tu. Kesian kat dia. Dia mesti dahaga sejam lebih dok berubat aku,” jawab nenek sambil berpaling kepada Paksu yang masih terlena di ruang tamu.
“Tak pa, tak pa,” kata mak aku menonton tangan nenek dan memaksanya duduk, “Mak baru saja pulih. Jom mak rehat-rehat dulu. Biar orang buat air untuk Arif.”
Pagi-pagi esoknya aku sudah berada di dalam rumah nenek. Memang rumah nenek adalah tempat anak cucu berkumpul sejak dulu.
Seronok bila melihat wajah nenek yang sudah kembali segar selepas hampir seminggu asyik terbaring saja.
“Mak hang masak apa? Hang dah makan ka?” tanya nenek kepada aku.
“Tak makan lagi, tok..” aku bersuara jujur.
Hari itu hari Sabtu, memang aku tidak ke sekolah. Biasanya hari tidak bersekolah pada Sabtu dan Ahad, aku memang makan agak lewat.
“Elok la tu,” ujar nenek, “Sat gi teman tok makan. Kita makan sekali nasi pulut ikan kering. Sedap makan panas-panas!”
Nasi pulut parut kelapa campur ikan kering? Wauuu..itu memang makanan favourite aku tu!.
Dua hari kemudian ketika balik dari sekolah berjalan kaki, aku melintasi rumah Paksu. Di halaman rumah ternampak kelibat Paksu yang sedang meninjau-ninjau pokok bunga raya pelbagai warna di hadapan rumahnya. Paksu yang berketayap putih, mungkin baru lepas menunaikan solat Zohor, melambaikan tangan kanannya ke arahku.
“Jeff!” laung Paksu, “Singgah la rumah Paksu dulu. Mai pekena air sikit.”
“Tak payah la Paksu. Nak balik cepat ni..nak terkenc1ng!” jawabku sambil memerhatikan ke arah wajah Paksu yang seperti biasa sentiasa kelihatan ceria.
Aku tersenyum apabila terlihat kedua-dua belah tapak tangan Paksu yang kelihatan berbalut plaster di beberapa tempat.
Begitulah risik0 menjadi harimaµ jadi4n. Selepas berubat orang dengan menjadi harimaµ jadi4n, tangan dan lutut Paksu biasanya banyak terceder4. Ini kerana ketika merangkak seperti harimaµ tubuhnya akan terlangg4r semua benda yang berada di atas tanah: pakµ, kaca, kayu dan lain-lain di sekitar rumah orang yang diµbatinya.
Pernah juga kerana ceder4 terµk, Paksu terpaksa pergi ke klinik kesihatan di pekan T untuk mendapatkan rawatan kecederaannya. Kesian Paksu…
Sumber Jeff Hamz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.