Bangkit SeIepas KehiIangan Ibu Tersayang, Wanita Ini Buktikan Minat Juga Mampu Raih Perhatian GlobaI


 Ahli keluarga merupakan individu paling dekat dengan kita dan boleh dikategorikan sebagai insan terpenting dalam hidup.

Kehilangan mereka pastinya akan menyebabkan kehidupan berubah menjadi sυram dan berdυkacita.

Begitu juga dengan Lalita Ramasamy yang hampir mengalami kemurungan selepas ibunya, Kaliyanee Mayandi meninggaI dunia akibat k4nser pangkal rahim.

Menyedari sukar untuk menerima khabar kehilangan bonda tercinta, Lalita berusaha untuk mengubah fokusnya kepada hobi baharu.

Wanita berusia 52 tahun dan juga ibu tunggal itu mencari jalan untuk merawat kesedihannya dan bangkit semula.

“Saya menjaga ibu sepanjang sakit. Bahagian paling mencabar ialah untuk mengisi kekosongan setelah dia tiada. Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan perkara itu.

“Saya bersyukur tiga anak mendorong saya untuk fokus pada mengait,” jelas wanita berasal dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang itu.

Guna jarum dan benang

Melanjutkan cerita, Lalita menghabiskan masa antara empat hingga enam jam sehari untuk mengait bagi menjadikan perhiasan wanita.

Antara yang dihasilkannya, seperti anting-anting, beg dan topi beanies. Awalnya segala yag dihasilkan hanya dipakai oleh anak perempuanya, Yuveneswary Maheswaran, 27.

Sejak memiliki hobi itu, Lalita semakin bersemangat dan fokus terhadap aktiviti tersebut sehingga ia memberi kepuasan kepadanya.

Luaskan pasaran

Proses mengait dan mencipta corak merupakan satu cabaran. Kesabaran perlu agar dapat menghasilkan rekaan dengan teliti.

Lalita yang juga merupakan seorang bekas guru tadika memberitahu, dia mempelajari ilmu mengait daripada ibu saudaranya ketika di usia remaja.

Sejak itu, Lalita sudah menghasilkan produk seperti sarung kusyen, sarung tangan dan alas meja.

“Ketika itu mengait bukanlah aktiviti rutin yang saya lakukan kerana terikat dengan komitmen keluarga. Apabila anak sudah dewasa dan saya juga mempunyai banyak masa lapang, saya mula meluangkan masa untuk aktiviti ini,” katanya.

Perkongsian Yuveneswary di Instagram mula menarik minat orang ramai yang turut menginginkan produk daripada hasil tangan ibunya itu.

Tidak dinafikan pasaran dunia tanpa batasan membuatkan Lalita berjaya memasarkan produknya ke luar negara seperti Singapura dan Australia.

“Saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung pendapatan. Saya tidak boleh hanya bergantung harap kepada wang diberikan anak saja.

“Sesiapa yang memiliki kemahiran boleh menggunakan platform media sosial untuk memasarkan barangan atau mempelajari perkara baharu.

“Saya juga ada menonton beberapa video dalam talian untuk menguasai teknik mengait dengan lebih baik. Paling utama jangan mudah mengalah dan bersabar,” katanya yang turut menjual pes kari dan podi buatan sendiri.

Corak bentuk geometri dan daun antara menjadi pilihan Lalita. Dia juga membeli segala keperluan seperti benang secara dalam talian.

“Dalam sehari saya boleh siapkan kira-kira 10 pasang subang dan kebanyakan pelanggan sukakan warna terang seperti merah jambu, hijau zamrud dan biru laut,” kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu yang menjual karya seninya pada harga RM12.90.

Sumber The Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.