Tahukah anda sinaran matahari boleh membasmi virus facemask

Tahukah anda sinaran matahari boleh membasmi virus facemask


Tajuk hari ini adalah menggunakan sumber sinaran matahari untuk membasmi virus yang berada di permukaan facemask fabrik kain sahaja, dan bukannya facemask berbentuk pakai-buang. Sila memahami topik keseluruhan dan artikel ini dipetik dari kajian selidik oleh pakar di luar negara. Ia cuma untuk perkongsian info sahaja dan tidak mewakili pandangan blogger di sini.

Baru-baru ini virus COVID-19 telah menyerang seluruh dunia dan menyebabkan semua orang terpaksa memakai penutup mulut dan hidung ( facemask) demi keselamatan diri. Memakai facemask cuma salah satu langkah pencegahan daripada virus memasuki ke dalam tubuh kita menerusi hidung dan mulut.

Facemask telah habis dijual  seketika semasa virus COVID-19 menyerang di negara kita. Ia bukan berlaku hanya di Malaysia, malah seluruh dunia juga mengalami situasi sama iaitu terputus bekalan stok termasuk facemask pembedahan, 3 lapis dan N95. Stok yang dijual pun adalah terhad kepada setiap individu.

Walau bagaimanapun masih terdapat satu jenis facemask yang berbentuk kain iaitu facemask fabrik kain. Ia boleh dicuci dan dipakai semula setiap hari, tidak seperti facemask disebutkan di atas yang merupakan jenis pakai-buang.

Ramai tertanya-tanya, adakah facemask fabrik kain selamat dipakai

Facemask Fabrik kain merupakan sejenis kain yang sesuai dipakai dengan selamat dan boleh dipakai berulang kali tanpa membuangnya. Seperti pakaian fabrik kain yang dipakai oleh kita iaitu baju yang dicuci setiap kali dan dipakai semula.

Serupa juga facemask fabrik kain dicuci dan harus dijemur kering di bawah matahari. Menurut kajian selidik dari University of Georgia, suhu dalaman kereta di bawah pancaran matahari cukup untuk membasmi virus pada permukaan facemask fabrik kain.

Sinaran matahari dapat ditembusi melalui cermin kereta dan membunuh segala kuman termasuk virus COVID-19 yang terdedah di atas permukaan dashboard kereta. Suhu dalam kereta boleh meningkat sehingga 50°C yang didedah di bawah matahari.

Kajian menjelaskan bahawa COVID-19 tidak tahan suhu panas

Menurut hasil kajian daripada Universiti of Georgia, virus adalah sukar hidup di bawah suhu yang semakin tinggi. Sebagai contoh, virus dapat hidup selama 1 hari di atas permukaan kertas dan kad nama dengan suhu 22°C. Manakala ia dapat hidup di atas permukaan plastik, keluli tahan karat (stainless steel) dan logam selama 4 hari

Sekiranya suhu ditingkatkan sehingga 54°C, masa diperlukan untuk membunuh 99.9% virus pada permukaan tersebut adalah 20 minit. Ketika suhu mencapai 65°C, masa diperlukan adalah 5 minit sahaja.

Kajian daripada saintis kesihatan menjelaskan bahawa virus COVID-19 tidak dapat bertahan lama sekiranya suhu melebihi 30°C.

Oleh itu, facemask yang diperbuat daripada fabrik kain adalah sesuai dan selamat didedah di bawah sinaran matahari walaupun belum dicuci bersih. Ia akan mengurangkan risiko jangkitan virus yang berbahaya termasuk virus COVID-19.

Jika cuaca yang tidak mengizinkan untuk menjemur facemask tersebut, ia boleh juga dicuci bersama baju yang lain dan dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering panas. Ini kerana suhu mesin pengering panas boleh mencapai sehingga 54°C.

Baca lagi : Cara pantas mengurangkan suhu panas dalam kereta

Akan tetapi, pengguna juga dinasihatkan supaya menyediakan 2 facemask fabrik kain berlainan untuk dipakai semasa 1 daripada facemask tersebut masih didedah di bawah sinaran matahari.

Segala kajian masih di bawah kajian dan penyelidikan, oleh itu pengguna facemask adalah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri dengan langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Jika anda berjumpa atau berdekatan dengan sesiapapun, jangan cuba merapati mereka dan sentiasa mengamalkan jarak dengan selamat iaitu 1 meter. Itu juga merupakan salah satu langkah pencegahan daripada jangkitan virus.