Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh

Juadah ramadan Restoran Rasamas di Sungai Buloh

Pemandangan dari luar

Tengahari tadi saya telah meminta pertolongan hubby, membawa saya pergi menghantar barang yang pelanggan telah tempah di sekitar Damansara Damai. Pelanggan tersebut telah memaklumkan saya mengenai kewujudan bazar ramadhan yang berdekatan. Saya sangat teruja mendengarnya, maklumlah bazaar ramadan tidak dibenarkan di mana-mana jua mengikut peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut kakak itu, dia telah rekomen satu restoran yang berada di Sungai Buloh, pelbagai kuih-muih dan makanan lain boleh didapati di dalam restoran tersebut. Ini sebab saudara kakak itu tinggal di kawasan berdekatan sana, biasanya restoran itu akan menyediakan hidangan makan dalam restoran. Akan tetapi sekarang hanya untuk menyediakan Take-Away sahaja di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelbagai lauk disediakan

Setelah sampai di depan restoran, para pelanggan perlu beratur mengikut jarak social-distancing 1 meter. Apabila sampai giliran, staf restoran akan membuat langkah-langkah keselamatan dengan mengambil suhu badan menggunakan thermometer dan memicit sanitizer ke atas tangan setiap pelanggan sebelum dibenarkan masuk.

Restoran Rasamas ini seolah-olah macam "mini bazaar ramadhan", mereka menyediakan lauk seperti ikan bakar, ikan goreng, ayam goreng, gulai ikan patin, kari ayam, kari ikan, rendang ayam, rendang kambing dan daging, laksam, pulut kuning ayam rendang, bihun goreng dan lain-lain.

Hasil pembelian hari ini

Selain daripada lauk dan nasi, pelbagai kuih-muih dan roti juga didapati di sini seperti akok, lompat tikam, gula melaka, tepung pelita, kuih koci, otak-otak, karipuff, putu bambu, kuih tahi minyak, bingka ubi, kuih lapis, donut, pulut bakar dan berbagai pilihan yang menarik lagi. Harga di antara di RM2.50 hingga RM5.00.

Bermacam-macam air boleh dipesan seperti biasa, kopi, teh panas ataupun milo ais. Air kelapa sejuk dan air tebu juga disediakan di dalam premis tersebut. Siap dibotolkan dalam saiz kecil ataupun besar dengan harga RM3.00 dan RM9.00

Biasanya anak saya suka makan tepung pelita, yang beli kat sini intinya mampat dan kurang lembik. Tepung pelita dijual di sini sesuai dimakan bila-bila masa tanpa meleleh ke bawah. Berbanding tepung pelita dijual di tempat lain selalu cair berair atau terlalu manis. Setiap kali mengecewakan anak saya kerana tiada yang kelihatan cantik dan mampat macam dijual di sini.


Macam mana nak sampai sana?

Senang saja, jika kita melalui Damansara Damai dan jalan terus lagi sampai terjumpa satu baris kedai berada di sebelah kiri. Ada kedai basikal, kedai runcit, kedai motorsikal dan sebagainya.
Restoran itu senang dijumpai ketika melalui Masjid Bandar Baru Sungai Buloh di sebelah kiri dari arah Kepong. Yang sebelah kanan adalah Kem Paya Jaras Markas Angkatan Tentera Malaysia. Restoran Rasamas itu berada di corner berhadapan dengan masjid tersebut. Jika tidak menjumpainya, sila rujuk pada peta di bawah.