Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan

Hukum Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan


SoalanAda yang bertanya bahawa apakah hukum melihat gambar lucah ketika di bulan Ramadhan?

Jawapan: Fuqaha Syafi'iyah memakruhkan seseorang yang sedang berpuasa dengan sengaja membangkitkan atau memancing nafsu berahi, baik dengan berpandang-pandangan, berciuman atau saling mendengar kata-kata yang mengarah kepada perkara tersebut.

Perkara ini akan menjadi haram apabila dilakukan dengan orang yang dilarang syarak dia melakukan itu baik di luar puasa mahupun di dalamnya. Melihat gambar lucah ertinya sama sekali melihat aurat atau kemaluan orang lain. Perkara ini sudah jelas berdosa, tidak kiralah pada bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain.

Hukum melihat perkara lucah secara tidak sengaja

Manakala hukum melihat perkara yang lucah secara tidak sengaja adalah dimaafkan. Perkara lucah adalah melibatkan nikmat mata yang disalah-gunakan. Akses kepada bahan lucah ini seperti di majalah, TV atau internet. Jika melihat dengan sengaja BERDOSA dan tidak membatalkan puasa tetapi akan mengurangkan pahala puasa. Adapun jika tidak sengaja maka adalah dimaafkan.