Kaedah pantas menyejukkan kereta yang panas terdedah matahari
Setelah siap membeli-belah dan dengan perasaan seronok menuju untuk mengambil kereta di tempat letak kereta terbuka. Alamak !!! Panas melampau pula di dalam kereta, tidak sabar-sabar kita akan membuka air-cond untuk menyejukkan kereta.
Perkara disebutkan seperti di atas sudah biasa berlaku pada anda atau kawan-kawan anda. Kebanyakan antara kita tidak tahu cara air-cond kereta berfungsi dan hasilnya penggunaan air-cond kereta yang tidak tepat.
Kereta terdedah di bawah cuaca yang panas terik dengan suatu masa yang agak lama, suhu di dalam kereta dijangka akan meningkat sehingga 54°C. Ia adalah jauh lebih panas daripada suhu di luar kereta iaitu antara 33-36°C sahaja.
Sebaik saja memasuki kereta, dengan segera kita akan membuka air-cond kereta terus kepada tahap 3 atau 4. Cara begitu adalah tidak tepat sebenarnya, malah akan merosakkan kompresor dan sistem penyejukan tersebut. Ini kerana sistem penyejukan akan mengalami kejutan ketika kita memilih tahap yang maksima tanpa mengikut mod tahap penyejukan dengan betul.
Ketika memasuki ke dalam kereta yang panas itu, bau busuk atau kuman yang telah lama terperangkap di dalam sistem penyejukan kereta juga akan dihidu oleh kita. Terdapat cara yang lebih sesuai untuk mengurangkan suhu di dalam kereta, tanpa merosakkan kompresor sistem penyejukan air-cond.
Langkah pertama, jangan start enjin dulu, pintu sebelah pemandu dibiarkan terbuka luas terlebih dahulu. Kemudian tingkap di sebelah penumpang depan saja diturunkan, tingkap yang berada di belakang itu jangan diusik.
Langkah seterusnya tutup pintu pemandu dan buka semula. Dengan mengulangi cara yang sama "buka-tutup" sebanyak beberapa kali, maka udara yang panas di dalam akan ditarik keluar daripada dalaman kereta menerusi pintu sebelah pemandu. Manakala udara yang sejuk akan diserap masuk menerusi tingkap sebelah penumpang. Suhu dapat diturunkan dengan segera mengikuti teori tekanan tinggi akan dipindah ke kawasan tekanan rendah.
Selepas itu barulah start enjin kereta dan memasang air-cond dengan mod tahap 1 selama 2 minit, kemudian tukar kepada mod tahap 2 dan seterusnya. Semoga cara ini dapat membantu anda untuk menjimat kos penyelengaraan sistem penyejukan kereta.

Kaedah mengulangi "buka-tutup" pintu kereta beberapa kali