Petua penjagaan kecantikan di setiap negara
seperti mana setiap gadis di negara lain akan cuba mendapatkan petua daripadanya.
Sebagai contoh kenapa orang Bulgaria menyukai minyak essence rose (Rose essence oil) dan orang Jepun mengemari air beras untuk mencuci muka. Mereka mempunyai pelbagai ramuan yang mudah diperolehi menerusi alam semulajadi.
Demi penjagaan kecantikan, jangan ketinggalan untuk mengejar dan mendapat info terkini daripada petua kecantikan di seluruh dunia. Mari kita lihat contoh-contoh seperti berikut.
1. Amerika Syarikat
Ramuan penjagaan semulajadi dari minyak kelapa merupakan rahsia penjagaan kecantikan yang disyorkan oleh penerbit majalah kecantikan di Amerika Syarikat.
Minyak kelapa (Coconut Oil) bukan sahaja mampu menjaga kulit badan, malahan rambut dan kuku menjadi sihat. Penerbit majalah kecantikan tersebut mengesyorkan bahawa minyak kelapa itu disapu ke atas setiap bahagian badan termasuk rambut. Ini kerana kulit yang kering akan menjadi lembap dan dilindungi serta memperbaiki kandungan lemak dalam kulit kita.
Minyak kelapa juga boleh digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kepala mengelupas. Ia berkesan untuk mengurangkan kelemumur jika dipakai dengan kerap.
2. Jerman
Di negara Jerman, daun herbal seperti Teh herba organik, buah Elderberry dan daun Jelatang (nettles) merupakan petua menjaga kecantikan yang diiktiraf oleh kaum mereka. Ia sesuai dan elok dimakan dengan kerap untuk pengedaran darah yang lancar. Bahan-bahan tersebut dicampurkan bersama lauk untuk memasak atau dijadikan sebagai minuman.
Selain itu, bunga elderberry juga dikenali sebagai Elderflower (Bunga Telang) sesuai dijadikan sebagai minuman teh untuk seharian. Teh bunga telang yang siap dibungkus atau dibotol boleh didapati di kebanyakan kedai organik atau di kedai farmasi.
Daun pudina (Peppermint) dan daun lemon balm juga banyak digunakan sebagai minuman, ia dipercayai dapat menenangkan fikiran. Dengan fikiran dan minda yang tenang, mereka akan menghabiskan sesuatu kerja dengan mudah dan cepat.
Aktiviti seperti berendam di dalam spa air sejuk adalah popular di kalangan masyarakat orang Jerman. Air sejuk dapat membantu dalam pengedaran darah dan menambah kekuatan imunisasi, oleh itu kesihatan badan serta kecantikan kulit dapat diamalkan oleh orang Jerman turun temurun.
3. Korea
Ginseng Korea amat terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan herba yang popular dalam perubatan tradisional orang cina. Ginseng banyak digunakan sebagai ubat dan sesuai untuk dijadikan penjagaan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu.
Ginseng Korea digunakan untuk merawat simptom sejuk seperti nadi lemah, sesak nafas, keletihan dan anggota badan yang sejuk. Ia sesuai direneh atau dimasak bersama daging ayam dijadikan sebagai sup panas. Ianya diminum ketika masih panas supaya mampu membantu untuk peredaran darah, memperbaiki aliran darah, melancarkan penafasan, meningkatkan produksi sel darah merah, dan menambah kecergasan kepada tubuh kita.
Disebabkan banyak manfaat terhadap tubuh, orang Korea akan menggunakan ginseng untuk memasak dan direneh sebagai sup. Orang Korea percaya bahawa ginceng dapat membantu pemulihan dari penyakit sekiranya dimakan secara kerap.
Oleh sebab itu, sel-sel badan yang sihat akan menjadikan kulit menjadi semakin licin dan cerah.
4. Bulgaria
Minyak bunga ros (Rose Rssential Oil) merupakan hasil pengekstrakan daripada bunga ros. Ia merupakan rahsia kecantikan utama bagi gadis-gadis di negara Bulgaria.
Sekiranya minyak bunga ros digunakan secara kerap pada kulit, ia mampu bertindak sebagai penghidrat kulit kering. Selain itu, ia dapat mengurangkan kesan jerawat yang jelas, menghilangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kesan parut pada kulit.
Orang Bulgaria gemar minum sejenis teh dipanggil Teh Chamomile (Chamomile Flower Tea). Bunga Chamomile banyak ditanam di negara jiran iaitu Jerman dan Itali. Setiap hari orang Bulgaria akan minum teh Chamomile sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Teh tersebut dipercayai dapat menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk tubuh.
Antara manfaatnya seperti mengurangkan masalah migrain, membantu mereka mengalami kesukaran tidur, mengatasi masalah sembelit dan kegunaan lain.
Minyak Bunga Chamomile (Chamomile Extract Oil) juga merupakan salah satu bahan kecantikan yang digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik serta produk skincare bayi.
Orang Bulgaria akan menggunakan minyak ekstrak Chamomile untuk disapu pada muka atau kelopok mata. Kesannya menegangkan dan melicinkan wajah kulit. Ia juga sesuai digunakan sebagai pelembap kulit dan mencegah kulit menjadi kering dan lebih buruk lagi menjadi kulit gatal.
5. China
Sejak zaman dahulu, sarang burung layang-layang (Birdnest) merupakan suatu makanan eksklusif untuk golongan kerabat Di-raja di negara China. Ia bertujuan menjaga kejelitaan dan kecantikan kulit pada Maharaja, Permaisuri dan gundik-gundiknya. Bukan sebarang rakyat biasa mampu menikmatinya kerana harga yang terlampau mahal.
Namun pada zaman sekarang, sarang burung masih dikaitkan dengan kemampuan untuk mendapatkannya mengikut gred masing-masing. Pembuat produk-produk kecantikan sekarang telah banyak menggunakan kebaikan yang ada pada sarang burung untuk tujuan meningkatkan kualiti demi kecantikan.
Sarang burung bertindak sebagai agen anti-penuaan. Ia mampu melancarkan peredaran darah dan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah, membantu pembentukan tulang, menambah kelicinan kulit wajah, pembinaan semula sel yang sihat, menghilangkan kedut-kedut pada muka, menyegarkan minda, memulihkan tenaga dan stamina badan serta menguatkan tenaga batin.
Selain itu, serbuk mutiara juga merupakan satu rahsia kecantikan bagi orang China. Ia dianggap sebagai bahan kecantikan premium di China. Mutiara ditumbuk menjadi serbuk halus, dan boleh ditelan ataupun disapu pada muka.
Sesuai disapukan pada permukaan jerawat, kedut-kedut, kulit yang luka dan lain-lain. Kulit akan menjadi licin sekiranya dipakai dengan kerap.
6. Croatia
Serupa dengan orang Jerman, daun Jelatang (daun Nettles) juga merupakan satu rahsia kecantikan orang Croatia untuk menjaga rambut yang sihat.
Daun Jelatang juga digemari oleh orang Croatia sebagai perawat kecantikan rambut. Daun Jelatang dimasak dengan air mendidih dan dibiarkan menyejuk untuk dijadikan sebagai syampu rambut. Ia berkesan untuk merawat masalah kepala mengelupas dan kelemumur.
Orang Croatia banyak bergantung kepada minyak zaitun untuk memasak dan menjaga kecantikan. Minyak zaitun (Olive oil) dari Dalmatia, satu daerah di selatan Croatia yang menghasilkan minyak zaitun. Oleh itu, salah satu kegiatan pertanian yang terbesar di Croatia adalah menanam pokok minyak zaitun.
Minyak zaitun disapukan di semua bahagian badan seperti tangan, kaki, muka dan rambut. Dibiarkan selama 15 minit dan dicuci bersih dengan menggunakan air laut yang sejuk. Hasilnya kulit wajah menjadi licin dan kenyal, rambut juga menjadi lembut dan halus. Mereka akan mengamalkan cara kecantikan itu dengan kerap seminggu dua kali.
Ia juga dijadikan sebagai souvenir atau hadiah kepada saudara-mara dan kawan-kawan.
7. India
Rempah-ratus boleh digunakan untuk masakan dan boleh juga dijadikan sebagai ramuan kecantikan bagi orang India. Banyak rempah-ratus yang diketahui adalah elok dan bermanfaat untuk mencantikkan kulit seperti kunyit, kulit kayu manis, halia, lada, paprika, bunga cengkih, buah pala dan lain-lain.
Bahan-bahan tersebut misalnya mempunyai kandungan yang baik untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah.
Seperti contoh, kulit kayu manis dapat melancarkan peredaran darah dan berfungsi sebagai antibakteria. Ia juga mampu menurunkan jerawat dengan berkesan. Buah pala dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kurap dan dermatitis.
Jika memakan paprika segar dengan kerap, boleh membuatkan wajah awet muda. Manakala bunga cengkih akan menjadi pencuci yang efektif untuk membersihkan kulit daripada sisa solekan, kotoran dan bakteria. Baunya dapat menenangkan dan berfungsi sebagai aroma terapi.
Kunyit mengandungi curcumin yang berfungsi sebagai antikanser dan antioksidan. Sama seperti rahsia kecantikan orang Portugis, orang India mempercayai kunyit dapat menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan kulit daripada bahan tidak berguna yang melekat dibahagian permukaan.
8. Portugis
Kunyit (Turmeric) bukan setakat hanya digunakan dalam bidang perubatan, malah ia juga merupakan rahsia kecantikan bagi orang Portugis. Kunyit juga digunakan untuk melulur badan supaya kulit menjadi lebih cantik, membantu menanggalkan sel kulit mati dan daki degil di celah pelipat tubuh.
Atas permintaan banyak kali daripada seorang kawan Portugis, dia menawarkan ramuan kecantikan untuk membuat facial treatment. Dengan menggunakan tepung gandum, serbuk kunyit, madu dan susu. Semua bahan dicampurkan sekali dan digaulkan sebati, sapukan ke atas muka dengan serata dan dibiarkan selama 20 minit. Selepas itu, cuci muka dengan air sejuk. Muka akan menjadi lebih anjal dan bercerah.
Menurut tradisi, orang Portugis akan minum semangkuk sup sayuran sebelum mengambil sesuatu hidangan makanan. Di antara sup-sup portugis, sup sayuran hijau dipanggil sup Caldo Verde (juga dikenali sebagai Portugese Green Soup) adalah yang terkenal dan mempunyai ciri-ciri Portugis yang tersendiri.
Sup tersebut mula diperkenalkan dari daerah utara Portugis, terdiri daripada sayur, ubi kentang, minyak zaitun, garam dan lada hitam. Sup dimasak sehingga menjadi pekat. Jenis sayuran yang biasa terpilih untuk masakan sup Caldo Verde adalah kubis atau kailan (disebut Collard Greens di Eropah).
Ciri keistimewaan sup ini adalah kerana ia merupakan makanan ringan dan kaya dengan khasiat. Sup Caldo Verde menjadi salah satu menu hidangan yang wajib demi menjaga kesihatan dan kecantikan bagi orang Portugis.
9. Afrika Selatan
Shea Butter merupakan penyelamat bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering. Ia mampu memberikan kelembapan ekstra dan menyerikan kulit dengan menyapukannya ke seluruh bahagian badan.
Shea Butter ini adalah lemak putih yang diekstrak dan dihasilkan dari biji buah daripada pokok Shea yang banyak ditumbuh di sebelah selatan gurun Sahara, Afrika.
Orang Afrika Selatan menggunakan Shea Butter untuk menjaga kecantikan kulit dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Adakah anda semua tahu bahawa setiap bahan kosmetik dalam dunia ini mengandungi sebanyak 5-7% Shea Butter di dalamnya. Di dalam industri kosmetik untuk kulit dan rambut, Shea Butter selalu digunakan dalam pembuatan pelembap bibir (lip gloss), krim pelembap, losyen harian, losyen sunblock, conditioner rambut, sabun mandi dan sebagainya.
Ia dapat melembapkan kulit wajah, melindungi kulit dari sinaran UV matahari, menegangkan kulit, merawat rambut yang kusut dan bercabang, kulit mengelupas dan gatal, melembutkan kulit keras pada kaki atau tumit serta kegunaan lain-lain.
10. Jepun
Orang Asia lebih mengemari makan nasi sama seperti juga orang Jepun. Ketika mencuci beras, orang Jepun akan menyimpan air basuhan beras yang tertinggal itu untuk kegunaan lain seperti cuci tangan, cuci muka dan menyiram pokok bunga.
Menurut petua tradisi, orang Jepun akan menggunakan air basuhan beras sebagai penjagaan kecantikan. Ini kerana air beras mengandungi pelbagai khasiat yang tersembunyi. Air beras bukan setakat menjimat kos untuk membeli produk kecantikan yang mahal, namun ia adalah hasil dari alam semulajadi yang membuat kulit lebih licin.
Air beras bertindak sebagai pencuci muka untuk menyerlahkan warna kulit.
Ia mampu mengecilkan liang pori, membuat kulit wajah lebih segar dan anjal serta mencerahkan kulit muka. Ini dapat menunjukkan kenapa orang Jepun tidak mempunyai jerawat pada kulit wajah mereka.
Mereka juga akan merendam tangan kaki ke dalam air beras untuk mendapat hasil kecantikan yang sama.