Smoothie Apple Bersama Buah Strawberry

Smoothie Apple Bersama Buah Strawberry


Hari ini ternampak buah apple hijau yang banyak kat kedai buah-buahan ketika membeli barangan di farmasi bersebelah kedai buah itu. Tetiba datang ilham untuk membuat smoothie apple dan terus terbayang-bayang dalam otak.

Mengidamkan smoothie lama tidak diminum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Saya terus ambil saja buah apple dan masukkan ke dalam beg plastik, ada yang RM10 untuk 10 biji, ada juga RM10 untuk 8 biji. Cuma perbezaan saiz kecil dan seserhana sahaja. Selain itu, saya juga memilih sepeket buah strawberry yang cantik kulitnya, warna pun nampak merah kemerahan lagi. Jangan memilih yang berwarna merah lembik (macam dah terlebih masak), nanti sakit perut pula. Sekotak berharga RM8 lebih kurang 18 biji di dalamnya.

Mari kita lihat cara senang untuk menyediakan smoothie ini bagi penyediaan hidangan 3 cawan. Bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Buah apple hijau 5 biji sama ada kecil atau sederhana
  2. Buah strawberry lebih kurang 8 biji, yang suka rasa masam tu pilihlah strawberry masam, sebaliknya siapa suka manis tu pilihlah yang manis.
  3. Susu low-fat milk sekotak besar yang boleh dibeli di semua pasaraya, jika malas nak beli kat pasaraya, pakailah susu tepung dewasa seperti Fernleaf atau DutchLady pun boleh juga. Pastikan disimpan sejuk sebelum memulakan langkah seterusnya supaya ia rasa sujuk dan lagi sedap nanti.
  4. Gula 1 sudu atau madu disediakan untuk menambah sedikit rasa manis.
  5. Blender / pengisar dan 3 cawan kecil disediakan.

Langkah-langkah menyediakan Smoothie Apple Bersama Buah Strawberi


Potong buah apple menjadi kepingan kecil dan dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Buah strawberry juga dipotong menjadi kepingan nipis dan diletakkan di tepi.

Keluarkan susu dari peti sejuk dan campurkan susu itu ke dalam mangkuk pengisar tersebut, nyalakan pengisar itu selama 40 saat. Tambahkan 1 sudu gula atau madu ke dalam campuran itu sebelum dikisar. Tuangkan smoothie yang siap itu ke dalam beberapa cawan kecil.

Beberapa kepingan kecil strawberry diletak di atas permukaan smoothie tersebut di setiap cawan. Anda juga boleh menambah serbuk oreo ke atas permukaan smoothie supaya kelihatan lebih menarik.

Smoothie yang senang dibuat telah pun selesai, nikmatilah bersama ahli keluarga anda.