Resepi Salad Mango Cashew Nut

Resepi Salad Mango Cashew Nut


Resepi hari ni amat mudah disediakan, lagipun bahan-bahan mentah senang didapati menerusi tempahan online dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ia juga merupakan makanan berkhasiat yang sesuai dijadikan makanan diet dan sarapan pagi.

Bahan-bahan diperlukan:


  • Sos mayonis
  • 2 sudu Cuka beras putih (Rice vinegar)
  • 1 sudu Gula pasir
  • Sengkuang 300 g
  • Sayur kobis 200 g
  • Timun hijau 200 g
  • 1 biji Lemon kuning
  • 3 biji Mango 1 kg
  • Cashew nut 100 g
  • Mangkuk besar
  • Sarung tangan plastik nipis pakai buang
  • Pengisar
Terlebih dahulu, sengkuang dan timun hijau dikisar menjadi halus. Sayur kobis dikoyak dengan menggunakan tangan menjadi cebisan kecil. Semuanya disimpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ini kerana sengkuang, timun dan sayur kobis tersebut akan menjadi lebih kenyal ketika dimakan nanti.

Cara menyediakan Salad mango cashew nut


1. Letakkan cuka beras putih bersama gula pasir ke dalam satu mangkuk besar. Masukkan sayur kobis dan timun hijau ke dalam mangkuk itu.
2. Buah mangga dipotong halus, ia boleh dijadikan panjang halus atau cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang sama. Ketika memotong mangga, biarkan jus mangga menitik ke dalam mangkuk supaya campuran itu akan menjadi basah dan berair sedikit.
3. Kemudian masukkan sengkuang yang siap dikisar itu.
4. Diikuti dengan kacang cashew nut.


5. Sekiranya anda rasa mangga tidak mencukupi, boleh memotong sedikit lagi.
6. Picitkan jus lemon kuning ke dalam campuran itu. Bagi mereka yang kurang menyukai perisa masam sangat, maka jus lemon itu boleh dipicit dengan sedikit saja.
7. Dengan menggunakan sarung tangan plastik, perlahan-lahan gaulkan semua bahan tersebut dengan tangan.

Bagi mereka yang suka sos mayonis, boleh menambahkan sos mayonis di atas permukaan campuran itu dan digaulkan sekali lagi dengan serata. Di sini saya tidak berapa menyukai perisa mayonis, maka saya akan skip langkah itu.

Selepas digaulkan selama 5 minit, hidangkan salad mango cashew nut yang siap itu di dalam beberapa mangkuk yang lebih kecil supaya dapat dimakan bersama ahli keluarga.
Selamat menjamu selera dengan salad mango cashew nut bersama keluarga anda ketika berada di rumah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Stay home stay safe dan stay healthy.