Cara mudah untuk mengeluarkan cincin yang ketat pada jari
Adakah anda pernah rasa sakit apabila terpaksa mengeluarkan cincin pada jari anda? Cincin yang ketat dipakai pada jari itu adalah sukar dikeluarkan walaupun terpaksa memusingkannya dengan sekuat-kuatnya. Namun ia boleh mencederakan dan terasa kesakitan yang amat serta menyebabkan jari anda merah berbengkak.
Jangan risau, di sini saya akan mengajar cara mudah untuk mengeluarkan cincin yang ketat itu tanpa berasa sakit terkena pada jari. Terdapat dua cara akan ditunjukkan seperti berikut.
Cara pertama : Menggunakan cecair sabun
- Sediakan satu bekas air sejuk.
- Rendamkan jari tangan yang memakai cincin ketat tersebut ke dalam air sejuk selama 2-3 minit. Jari tangan akan mengecut ketika direndam di dalam air sejuk.
- Sedangkan jari tangan direndam di dalam air sejuk, pusingkan cincin tersebut ke kiri dan ke kanan beberapa kali untuk melonggarkan sikit ruang supaya mudah dikeluarkan kemudian nanti.
- Keluarkan jari tangan itu dan picitkan sedikit cecair sabun ke atas permukaan cincin.
- Pusingkan cincin dengan perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan, dengan masa yang sama tarik keluar dari jari tangan.
- Akhirnya cincin dapat dikeluarkan dengan mudah tanpa mencederakan kulit pada jari tangan.
Video: Cara mengeluarkan cincin dengan menggunakan sabun
Cara kedua : Menggunakan benang
- Air sejuk disediakan di dalam satu bekas.
- Rendamkan jari tangan yang memakai cincin ketat selama 2-3 minit.
- Jari tangan akan mengecut setelah direndam di dalam air sejuk dan boleh dikeluarkan setelah 2-3 minit.
- Sebelum jari tangan kembali berkembang semula, masukkan satu hujung benang itu menerusi cincin yang ketat. Tarikkan benang sepanjang 3cm seperti ditunjukkan gambar di bawah.
- Lilitkan benang yang selebihnya pada jari tangan di hujung yang sebelah lain dengan mengikut arah ikut jam.
- Tampalkan tape pada hujung benang itu pada jari tangan.
- Tarik benang yang terlebih 3cm supaya cincin boleh berpusing dengan mengikut arah lawan jam sehingga cincin berada pada tape kecil itu.
- Cincin berjaya dikeluarkan dengan mudah.
Video: Cara mengeluarkan cincin dengan menggunakan benang