Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang

Makanan yang tidak boleh dimakan bersama pisang


Ramai yang mengemari makan pisang tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak. Ini kerana pisang merupakan sejenis buah yang biasa dan senang didapati di mana-mana saja. Ia bukan sahaja sedap dimakan malah dapat membekalkan banyak khasiat terhadap badan kita.

Pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral yang penting seperti vitamin C, vitamin B kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium. Akan tetapi, tahukah anda terdapat pantang larang ketika makan pisang bersama makanan lain. Marilah kita sama-sama mengetahui lebih lanjut tentangnya.

1. Tembikai Susu (Honeydew)

Ketika makan tembikai susu bersama dengan pisang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik, ia juga akan menambah sakit tenat terhadap pesakit sendi.

Kepada sesiapa yang suka membuat salad buah dengan menggunakan tembikai susu bersama pisang, harus diingatkan bahawa kedua-dua buah itu tidak boleh dicampurkan sekali.

Ini kerana tembikai susu mengandungi lebih kurang 15% gula dan kandungan kalium yang cukup tinggi. Pisang juga sangat kaya dengan kandungan kalium, ia mengandungi 283-472 mg kalium per 100 gram.

Oleh itu, sesiapa yang mengalami masalah kencing yang kurang mungkin disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Mereka adalah disarankan supaya tidak boleh makan tembikai susu bersama dengan pisang, di mana kedua-dua buah tersebut mempunyai kandungan kalium yang tinggi.

2. Yogurt

Seperti yang diketahui umum, yogurt dapat menurunkan tahap kolesterol. Perut kosong akan menghasilkan jus gastrik dengan keasidan yang tinggi di dalam perut kita. Maka minum yogurt semasa perut kosong akan menyebabkan bakteria asid laktik dalam yogurt sukar bertindak balas di dalam jus gastrik. Ini kerana keasidan yang tinggi di dalam perut akan mengurangkan khasiat yogurt terhadap kita.

Pisang merupakan makanan yang sesuai untuk peristalsis usus iaitu proses pencernaan dalam perut kita. Sesetengah orang yang menghidapi kelemahan limpa dan perut serta mudah mengalami cirit-birit, dinasihatkan jangan makan pisang bersama yogurt.

Ketika minum yogurt yang baru dikeluarkan dari peti sejuk, bersama dengan pisang atau makanan dibuat daripada pisang, lebih cenderung kepada masalah seperti sakit perut dan cirit-birit.

Oleh itu makan pisang bersama yogurt akan memburukkan kesihatan kit

3. Ubi Kentang

Ubi kentang merupakan makanan yang sering dimasak bersama lauk lain seperti sup ubi kentang bersama ayam, ubi kentang dimasak ayam kicap dan sebagainya.
Manakala pisang adalah buah yang digemari dan dimakan oleh orang ramai.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang ia akan membawa kesan sampingan sekiranya kedua-dua makanan itu dimakan bersama. Unsur-unsur yang terdapat di dalamnya akan bertindak balas secara kimia dan menghasilkan toksin tertentu dalam tempoh masa 15 minit.

Toksin ini terpaksa keluar dari badan dan menimbulkan bintik hitam pada kulit. Nasihat diberi kepada mereka yang suka menjaga kecantikan kulit, jangan makan kedua-dua makanan ini dengan masa yang sama. Masa yang sesuai adalah selang selepas 15 minit.

4. Ubi Keladi

Ubi keladi kaya dengan protein, kalsium, fosforus, zat besi, kalium, fluorin, maagnesium, natrium, karotena, niasin, vitamin C, vitamin B, saponin dan bahan-bahan lain. Di antara mineral-mineral tersebut, kandungan fluorin yang agak tinggi boleh bertindak balas dengan pisang dan hasilnya akan menjadi sakit perut dan kembung serta boleh menyebabkan keracunan.

5. Ubi Keledek

Ubi keledek merupakan sejenis makanan yang bukan setakat elok untuk kesihatan malah boleh juga dijadikan sebagai ubat. Ia mengandungi lebih daripada 10 jenis unsur mineral seperti serat makanan, karotena, vitamin A, B, C dan E, kalium, zat besi, tembaga, selenium serta kalsium.

Ubi keledek mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, diklasifikasikan oleh pakar nutrisi sebagai makanan yang mempunyai khasiat paling seimbang.

Bahan sebati yang tidak diingini akan dihasilkan atas tindak balas kimia di dalam perut jika pisang dimakan bersama dengan ubi keledek. Bahan sebati itu akan menyebabkan ketidakselesaan fizikal seperti perut mudah berkembung disertai dengan asid refluks di dalam perut.

Proses pencernaan akan terjejas Jika kedua-dua makanan tersebut dimakan terlalu banyak, menyebabkan ia susah dihadam dan disimpan di dalam perut dengan masa yang lama dan akhirnya menyebabkan penyumbatan perut.

Apabila asid dalam perut atau kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut). Oleh itu, ubi keledek dimakan bersama pisang akan menyebabkan keracunan secara kronik.

6. Tembikai

Dari perspektif pemakanan Tradisional Chinese Medical, buah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sejuk dan panas. Tembikai merupakan sejenis buah dikategorikan sejuk, sesuai dimakan untuk mereka yang panas dalaman badan. Ia dapat mengurangkan haba badan, membantu detoksifikasi dan mengharumkan bau mulut yang menyengat. Akan tetapi makan tembikai berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan cirit-birit.

Kedua-dua pisang dan tembikai merupakan buah-buahan kategori sejuk, oleh itu tidak digalakkan dimakan bersama.


7. Aspirin

Aspirin merupakan sejenis ubat tahan sakit untuk kesakitan tahap ringan ke sederhana. Ia mudah diperolehi tanpa preskripsi daripada doktor.

Sekiranya Aspirin dimakan bersama buah-buahan manis seperti kelapa, buah delima, buah persik, anggur, pisang dan sebagainya akan membentuk satu bahan sebati. Bahan sebati itu akan mengganggu kadar penyerapan ubat di dalam usus dan sukar bertindak untuk aspirin tersebut.


8. Daging Lembu

Daging lembu bukan setakat enak dimakan, malah mengandungi banyak khasiat di dalamnya. Ramai di antara kita tidak ketahui tentang keracunan atau cirit-birit akan terjadi sekiranya daging lembu dimakan bersama pisang. Setelah makan daging sup, stik daging yang sedap ataupun sup tulang, jangan sesekali makan pisang dengan segera.