Cara untuk menukar 'Page Name' di Facebook
Ramai di antara kita pernah cuba menukar nama glamor mereka bukannya sekali tapi mungkin beberapa kali. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka suka menukar nama 'Page Name' dalam tempoh 6 bulan sekali, atau 3 bulan sekali.
Ada juga yang menukar nama dengan kerap dalam jangka masa yang pendek, iaitu sebulan sekali. Pihak Facebook bukannya tidak bagi, akan tetapi tertalu kerap untuk menukar nama akan menimbulkan kecurigaan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut. Pihak Facebook menganggap bahawa akaun Facebook tersebut merupakan 'spammer".
Apa maksud 'spammer'? Spammer merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki oleh penerima. Ia biasa dihantar menerusi e-mel, Facebook dan media social yang lain.
Akaun Facebook tersebut mungkin digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebar berita palsu, gambar atau video lucah, mempromosikan sesuatu seperti iklan, menjalankan kegiatan haram seperti menjual dadah dan judi, serta menjadi platform untuk serangan siber.
Serangan siber merupakan senjata baru yang akan mengancam keselamatan negara. Serangan siber juga boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bo, e-mel, spam, gangguan, ancaman penggodam,serangan virus, penafian perkhidmatan dan pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan maklumat sulit syarikat mahu pun kerajaan.
Sebab itu lah pemilik akaun Facebook tersebut suka menukar-nukar nama 'Page Name' mereka dengan lebih kerap supaya tidak mudah dikesan oleh pihak tertentu.
Oleh itu syarat-syarat untuk menggunakan Facebook telah ditingkatkan dan dikuatkuasakan dari masa ke semasa supaya dapat menjamin keselamatan maklumat peribadi akaun pemilik atau akaun penerima.
Kenapa saya tidak boleh menukar 'Page Name' Facebook saya
Penukaran nama boleh dilakukan menerusi komputer riba (laptop) ataupun telefon bimbit (handphone). Namun sejak Januari 2020, ramai orang telah merungut bahawa tidak dibenarkan berbuat demikian lagi menerusi telefon bimbit mereka. Skrin akan menunjukkan 'Content Not Found' menunjukkan pertukaran nama TIDAK dibenarkan seperti gambar di bawah.
Pertukaran nama TIDAK dibenarkan menerusi aplikasi Facebook
1. Buka browser chrome dan tekan "m.facebook.com" seperti gambar berikut. Tekan username dan password untuk login masuk akaun Facebook anda seperti biasa.
4. Pilih page yang diperlukan untuk menukar nama.
2. Selepas login masuk akaun Facebook anda, tekan butang sebelah atas di kanan.
3. Tekan "Pages" untuk memilih page anda.
5. Setelah memilih page yang diperlukan, tekan butang "More".
6. Pilih butang "Edit Page" untuk menukar nama seperti gambar di bawah.
7. Seterusnya tekan "Page Info".
8. Masukkan nama baru di dalam petak "Name".
9. Setelah nama baru dimasukkan, fikir dengan teliti adakah nama dipilih itu betul sebelum menekan butang "Continue". Baca teliti tentang syarat-syarat yang tertera di sebelah bawah.
10. Ia akan dihantar untuk proses pengesahan dan biasanya akan mengambil masa 2-3 hari. Kadang-kala maklumat tambahan diperlukan untuk proses seterusnya. Jika tiada masalah besar, nama baru "Page Name" anda akan ditukar dalam masa 2 jam sahaja.