Jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout

Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gout


Penyakit gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan sukar disingkirkan dari badan akan berkumpul di dalam sendi dan menyebabkan kesakitan yang sangat di bahagian jari kaki, tapak kaki ataupun lutut.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Manakala ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Pesakit gout biasanya dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan kegemukan. Faktor utama yang menyebabkan penyakit gout berpunca daripada cara pemakanan yang tidak sihat.

Baca lagi : Cara mengurangkan asid urik berlebihan di dalam badan

Sebenarnya gout adalah sejenis penyakit yang boleh sembuh, pesakit boleh mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya menerusi rawatan perubatan dan cara pemakanan yang sihat.

Antara faktor utama pesakit gout mengalami kesakitan dengan tempoh yang lama adalah disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat. Dengan menjaga berat badan, pesakit perlu tahu apa jenis makanan yang sesuai dimakan dan makanan yang perlu dielakkan.

Makanan sesuai dimakan SEDERHANA (kurangkan / jarang makan) seperti:

1. Makanan bergoreng
2. Kuah berdaging
3. Kacang panggang
4. Roti putih
5. Bijirin oat
6. Daging (dimakan secara sederhana)
7. Ikan tuna
8. Ikan salmon
9. Ikan halibut
10. Sosej atau stik
11. Buah-buahan (buah berbiji keras dan besar tidak dibenarkan)
12. Beras bijirin gandum penuh
13. Daun teh cina
14. Produk tenusu (susu, keju, yogurt)
15. Ubi kentang
16. Halia dan kunyit
17. Nenas
18. Lemon

Makanan perlu DIELAKKAN (jangan makan) seperti:

1. Organ dalaman haiwan (hati, paru-paru, ginjal, perut dan otak)
2. Ikan bilis
3. Ikan kembung
4. Ikan sardin
5. Telur ikan, telur masin
6. Ekstrak daging, ragi (marmite) dan kiub rebusan daging
7. Tiram
8. Ketam
9. Udang
10. Produk Gula-gula (kek, coklat, ais krim)
11. Daging merah / tidak dimasak sepenuhnya
12. Minuman manis (air paket, minuman kedai makan)
13. Semua jenis kacang
14. Cendawan
15. Produk Kopi (minuman atau makanan)
16. Produk Tauhu (produk soya)
17. Bunga kobis
18. Sayur bayam
19. Sayur Asparagus
20. Tomato
21. Raisin
22. Roti gandum
23. Mee segera
24. Air Teh (bungkusan siap atau kedai minum)
25. Daging cincang
26. Minuman alkohol / beer
27. Makanan jeruk (sayur jeruk, ikan jeruk)
28. Ubi Keladi, keledek
29. Buah-buahan berbiji keras dan besar (mango, zaiton, almond, durian)