Cara mengurangkan asid urik berlebihan

Cara mengurangkan asid urik berlebihan

Asid urik merupakan hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purine dan ia akan disingkirkan menjadi najis atau urine. Ia dihasilkan apabila badan mensistesiskan nuklotida purine menerusi makanan yang dihadam oleh perut kita.

Dalam badan kita, kira-kira 70% dari buangan asid urik berlaku melalui buah pinggang, asid urik yang berlebihan dalam badan kita akan menyebabkan penyakit kronik seperti gout. Asid urik yang berlebihan itu disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik, dan gagal menjalankan perkumuhan kepada hyperuricemia. Hasilnya, air kencing pesakit akan menjadi lebih pekat kerana air kencing bertakung dalam salur ureter dan pundi kencing.

Badan kita akan memperolehi 1/3 purine melalui makanan dalam seharian, yang tinggal 2/3 purine akan dihasilkan menerusi proses metabolisme dalam badan kita.

Ramai orang masih tertanya-tanya, makanan apa yang perlu dielakkan oleh pesakit asid urik berlebihan?


Soalan : Saya seorang pesakit asid urik berlebihan, saya masih keliru tentang cara pemakanan seharian untuk mengelakkan daripada menjadi makin teruk. Apakah jenis makanan yang perlu saya elakkan?

Dalam cara makanan seharian, pesakit ini tidak payah pantang sangat terhadap semua makanan. Makanan seperti nasi, bubur, mee, roti, sayur- sayuran, jenis ubi, produk tenusu dan buah- buahan boleh diambil secara biasa dan sederhana. Makanan tersebut penting untuk membekalkan khasiat dan tenaga kepada badan kita. Cuba mengamalkan cara pemakanan dengan kalori yang tidak berlebihan dan menjaga diet.

Ramai orang berpendapat bahawa pesakit asid urik berlebihan itu akan mengalami gout yang teruk.

Apakah itu gout? Penyakit gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Gout akan menyerang ibu jari kaki, menjadi merah,panas, bengkak dan tersangat sakit.

Gout berkaitan rapat dengan berat badan yang gemuk, mengambil purine berlebihan, diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan minum beer.
Biasanya pesakit gout dinasihati supaya mengamalkan makanan purine yang rendah. Akan tetapi hampir semua makanan mempunyai tahap purine yang berlainan. Maka pesakit diminta makan diet yang sesuai dan sambil mengambil ubat untuk mengurangkan tahap asid urik berlebihan dalam badan.

Namun mengikut kajian, ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Manakala ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Pesakit asid urik berlebihan dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan berbentuk kacang dan cendawan. Ini kerana makanan berbentuk kacang dan cendawan mengandungi protein yang tinggi, dan akan menghasilkan purine yang tinggi juga. Maka ia tidak sesuai dimakan berlebihan.

Sebenarnya dengan pengambilan cara pemakanan yang sesuai dan secara sederhana terhadap makanan tersebut adalah penting untuk mengawal dan mengurangkan risiko mengalami penyakit gout.

Adalah penting supaya pesakit itu cuba mengurangkan pengambilan makanan berbentuk daging, organ dalaman, makanan laut berbentuk cengkerang, dan sayur-sayuran yang mengandungi purine tinggi. Elakkan daripada minuman keras seperti beer, kurangkan makanan berminyak dan makanan berbentuk goreng.

Pada masa yang sama, pesakit perlu minum air sebanyak 8-12 cawan sehari untuk membantu penyingkiran asid urik dengan lancar. Berat badan juga merupakan faktor penting bagi menjaga diet pemakanan dengan sihat. Pesakit juga dinasihatkan supaya bersenam selalu sekurang-kurangnya 1-2 jam dalam sehari seperti naik tangga, jogging atau berjalan-jalan.

Kadang kala pesakit telah hilang kawalan, makan makanan yang tinggi purine secara berlebihan. Ini kerana kita sebagai manusia, tidak tahan dengan pelbagai makanan yang sedap disediakan di depan mata, selepas itu barulah menyesal.
Perkara itu sering berlaku pada pesakit gout, dan akan ditegur oleh doctornya.

Bagi pesakit yang sedang mengambil GC (GoutCare), iaitu 2 dos pil GC yang disyorkan oleh doctor. Jika pesakit telah makan makanan tinggi purine (walaupun secara sederhana) selepas mengambil ubat GC, pastikan pesakit mengikutinya dengan 2 dos pil GC setiap hari dengan meminum air masak berlebihan dalam beberapa hari akan datang untuk membantu mengimbangi peningkatan tahap asid urik di dalam tubuh.

Ingat, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, minum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout. Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Rujuk senarai untuk mengetahui makanan yang sesuai dimakan dan makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit asid urik berlebihan.