Cara mudah D.I.Y untuk membunuh anai-anai
Anai-anai merupakan masalah untuk kebanyakan rumahtangga di seluruh dunia.
Membunuh perosak ini adalah perkara terdesak bagi kebanyakan orang, pilihan utama bagi mereka adalah meminta bantuan daripada syarikat pengendali kawalan serangga (pest control).
Akan tetapi kos pengendalian untuk membunuh serangga itu agak mahal dan bukan mudah ditanggungi oleh ramai orang. Terdapat senjata rahsia yang biasa digunakan oleh sesetengah orang yang agak berkesan dan murah iaitu menggunakan cuka.
Langkah pertama
Sediakan 2 biji lemon dan picitkan jus lemon itu ke dalam botol sembur.Campurkan separuh cawan (150ml) cuka dengan jus lemon itu. Goncangkan campuran itu serata.
Langkah kedua
Semburkan campuran itu ke atas permukaan, lubang, dinding atau gundukan pasir yang mempunyai kesan anai-anai. Anda juga boleh menyembur campuran itu ke atas permukaan yang akan terancam oleh anai-anai seperti struktur kayu, papan, bumbung rumah atau pagar taman di sekitar rumah.
Campuran tersebut akan diresap masuk melalui celahan dan lubang supaya dapat membunuh anai-anai di sekitar kawasan yang disembur itu.
Langkah ketiga
Selepas beberapa hari kemudian, tengok dan periksa semula kawasan disembur itu sama ada anai-anai telah dibunuh. Kalau bilangan anai-anai dapat dikurangkan, maka ulangi langkah-langkah tersebut.