Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita

Khasiat Chicken Essence terhadap tubuh kita

(Gambar hiasan daripada watsons)

Ramai di antara kita mesti pernah dengar apa itu jus pati ayam, atau lebih dikenali sebagai chicken essence. Ia mempunyai khasiat yang tinggi bagi membekalkan tenaga, memulihkan imunisasi badan, menambah daya pengingatan, meningkatkan daya penumpuan, menghilangkan kepenatan dan sebagainya.

Di dalam setiap 100ml chicken essence terdapat 8 hingga 9 gram protein (kalogen) dan peptida, 0.3 gram asid amino serta lemak. Kita memerlukan 50-70 gram protein dalam sehari, maka kita akan mendapat melalui pelbagai makanan dalam seharian. Walaupun kandungan protein dalam setiap botol chicken essence adalah sikit, tapi ia adalah mencukupi bagi orang yang mengalami imunisasi yang lemah.
(Nota: sebiji telur cuma mengandungi lebih kurang 7gram protein.)

Label makanan yang terdapat pada setiap botol chicken essence telah mencatatkan maklumat pemakanan lengkap untuk menunjukkan senarai jumlah tenaga dan jenis nutrisi seperti protein, lemak dan asid amino. Kandungan aktif dalam chicken essence kebanyakan terdiri daripada BCAA, karnosin (carnosine) dan anserine.

Apa itu BCAA, karnosin dan anserine?

BCAA (Branched-Chain Amino Acid) terdiri daripada tiga jenis asid iaitu asid amino leucine, isoleucine dan valine. Ia mampu meningkatkan prestasi otot, melambatkan kelesuan otot dan meningkatkan kadar pemulihan otot.

Karnosin merupakan blok pembangunan protein yang diproduksi secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia dikelaskan sebagai dipeptida (sebatian terdiri daripada dua molekul asid amino yang dikaitkan). Ia tertumpu pada tisu otot dalam badan dan juga di otak. Karnosin dapat membantu merawat atau mencegah beberapa masalah kesihatan termasuk autisme, katarak, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang serta komplikasi yang berkaitan dengan diabetes. Di samping itu, karnosin dikatakan boleh merangsangkan sistem imunisasi, meningkatkan mood, meningkatkan daya pengingatan, mengurangkan kedutan kulit dan menjaga penglihatan dengan baik.

Anserine adalah dipeptida yang mengandungi beta-alanine dan histidine, ia boleh didapati di otot rangka dan otak manusia. Pengkajian saintis juga mendapati ia tertumpu pada otak mamalia dan burung. Ia adalah sejenis antioksidan yang dapat membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan daya penumpuan.

Secara am, khasiat tersebut boleh didapati menerusi cara pemakanan yabg seimbang, ia mudah diperolehi dalam semua jenis daging atau sayur-sayuran. Akan tetapi asid amino diperolehi dalam daging dan sayur-sayuran perlu dihadamkan untuk menukarkan kepada protein dan peptida yang diperlukan oleh sel-sel badan. Ia akan mengambil masa yang lama supaya asid amino tersebut dapat ditukarkan kepada BCAA, karnosin dan anserine yang diperlukan oleh tubuh kita.

Soalan : Adakah khasiat seperti yang disebutkan itu akan bertindak segera sekiranya saya telah minum chicken essence?


Jawapan : Sebenarnya iklan komersial chicken essence boleh dijumpai melalui tv, radio, newspaper atau mana-mana saluran media. Kita mudah dipengaruhi oleh iklan yang memberi gambaran serta info yang mengelirukan.

Pakar nutrisi telah mengesahkan bahawa kesan-kesan tersebut yang baik untuk tubuh kita akan mengambil tempoh masa yang agak lama. Ini bermakna kita perlu minum chicken essence dengan kerap dan jangka masa dalam beberapa bulan.

Khasiat dalam chicken essence akan diserap oleh sel-sel badan kita dengan jangka masa tertentu barulah ia akan bertindak dengan berkesan. Disarankan supaya minum chicken essence setiap malam sebelum tidur atau diminum ketika perut masih kosong pada waktu pagi.