6 cara untuk menangani anak anda kerap terjaga malam
Kita sebagai ibu bapa, akan melindungi anak pada bila-bila masa saja walaupun pada waktu tengah malam. Kekadang anak-anak akan terjaga pada waktu malam, sama ada meminta susu ataupun secara terkejut dan menangis. Maka perkara ini akan berterusan dan menyebabkan masa tidur ibu bapa tidak mencukupi, kualiti kehidupan juga akan terjejas.
Perkara ini berlaku pada anak-anak yang tidur di bilik berasingan atau sebilik dengan ibu bapa. Menurut pakar pediatrik, terjaga malam merupakan sebahagian daripada kitaran tidur yang biasanya dialami semua orang termasuk kanak-kanak. Bagi mereka yang dewasa dan terjaga, tahu bagaimana untuk kembali tidur tanpa bantuan. Malangnya kanak-kanak adalah sukar untuk menanganinya.
Sekiranya anak terjaga tidur dan perkara pertama yang akan dia fikir adalah jumpa ibu bapanya. Dia akan masuk ke dalam bilik ibu bapanya dan mengejutkan mereka di tengah malam. Ada yang tengah menangis dan ada juga yang senyap dalam keadaan ketakutan. Itu tandanya mungkin mereka memerlukan bantuan daripada ibu bapanya supaya boleh kembali lelap.
Bagi kanak-kanak yang menangis minta susu, itu perkara biasa berlaku pada semua keluarga. Namun jikalau kanak-kanak dalam ketakutan seperti mimpi ngeri dengan raksasa, hantu atau benda lain yang boleh membuatkan anak sukar untuk tidur kembali.
Kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun, lebih cenderung untuk berlari keluar dari bilik tidur mereka apabila terjaga dari mimpi buruk pada waktu tengah malam. Pada pengalaman saya, 5 cara yang perlu diamalkan untuk membantu anak saya menangani masalah terjaga pada waktu tengah malam. Kekerapan pun semakin berkurangan sejak umurnya berusia 2 tahun.
Cara-cara untuk membantu ibu bapa menangani perkara tersebut.
1. Membantu anak anda mengatasi masalah takut keseorangan
Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah tidur berseorangan, mereka rasa tidak selesa setelah terjaga malam dan tiada bantuan tidur atau sokongan di tangan. Sokongan atau dikenali sebagai teman bagi mereka adalah seperti patung haiwan, bantal panjang, bantal peluk yang disukainya atau barangan istimewa bagi kanak-kanak. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan supaya meletak barangan tersebut di atas katil, jadikannya sebagai rutin dan kebiasaan bagi mereka.
Amalkan lampu tertutup waktu tidur sejak umur anak berusia 1 tahun. Akan tetapi pastikan terdapat tingkap di bilik tersebut supaya dia berasa tidak kesunyian dan berada dalam bilik tertutup. Secara psikologi, manusia yang berada dalam keadaan satu bilik tanpa sebarang tingkap akan menimbulkan kerisauan dan berasa tidak selesa.
2. Jangan bermain keterlaluan pada siang hari
Kanak-kanak suka bermain sama ada dengan orang dewasa atau kanak-kanak yang lain. Ketika anak jiran atau anak saudara-mara yang datang melawat, pastinya mereka akan berkumpul untuk bermain antara satu dengan lain. Mereka akan kejar-mengejar, nyanyi bersama-sama, menjerit dan sebagainya. Adakalanya kanak-kanak ini bermain kertelaluan sampai tidak melepaskan yang lain selepas pemergian masing-masing. Ada juga yang bermain sampai berpeluh-peluh, ini akan menyebabkan mereka bermimpi ngeri dan terjaga secara terkejut pada waktu tengah malam
3. Mengamalkan waktu tidur yang pendek pada siang hari
Amalkan masa tidur yang pendek bagi kanak-kanak. Selepas anak saya balik dari tadika, makanan ringan kegemarannya disediakan untuk mengisi kelaparan tengahari. Kemudian saya akan memandikan anak saya sebelum disuruh pergi tidur untuk seketika sama ada 2 jam atau 3 jam. Mengikut piawaian pakar pediatrik, kanak-kanak memerlukan masa tidur selama 10 - 11 jam sehari.
Kanak-kanak harus disuruh supaya masuk bilik tidur pukul 8 malam dan bangun pukul 7 pagi pada hari berikutnya. Namun kanak-kanak zaman sekarang hanya akan tidur selepas pukul 10 malam, ada yang tangguh masa tidur sampai pukul 12 larut malam. Oleh itu kanak-kanak perlu menggantikan masa tidur tersebut pada waktu petang sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari.
4. Pujukan atau tawaran
Kadangkala anak akan terjaga tidur secara mengejut mungkin disebabkan mimpi ngeri atau terdengar bunyi kuat di luar rumah. Sebagai contoh anak saya akan terkejut bangun oleh bunga api yang kuat pada musim perayaan. Setelah terjaga tidur dengan terkejut, anak akan menjadi mamai dan menangis tanpa henti. Untuk memujuk anak kembali ke katil dia, saya berjanji akan membeli patung haiwan atau kartun kegemaran dia pada hari keesokannya. Selain itu, tawaran untuk memberi sebotol susu menjadi cara yang paling efisen dan berkesan supaya kembali tidur dengan sendiri.
5. Tiada gajet untuk waktu tidur
Kanak-kanak akan bermimpi bahawa mereka seakan-akannya berada dalam situasi tengah bermain dengan gajet mereka pada siang hari. Secara tiba-tiba mereka akan terjaga dan mencari gajet mereka pada waktu tengah malam.
Ketagihan gajet itu merupakan "penyakit" kepada semua kanak-kanak zaman sekarang.
6. Amalkan kasih sayang setiap malam
Setiap malam waktu tidur, saya akan memastikan anak saya mengucap kepada ibu bapanya. Pastikan anak memberi ciuman dan memeluk ibu bapanya supaya dia mengetahui ibu bapanya sentiasa berada di sisinya. Maka anak akan kembali ke katil mereka walaupun terjaga pada waktu malam.
Kadang-kala saya juga akan berkongsi bilik tidur dengan anak pada masa-masa tertentu. Ia akan membuat anak berasa dia sentiasa berada dalam kasih sayang ibu bapanya. Maka kekerapan terjaga tidur akan berkurangan mengikut tahap usianya yang meningkat.
Adalah disarankan untuk ibu bapa supaya tidur bersama anak anda terutama pada waktu anak masih bayi. Namun apabila anak anda semakin berginjak usianya, anda mungkin perlu membuat pengasingan bilik tidur untuknya. Sebagai pandangan atau pengalaman, saya akan cuba mendukung dan memindahkan ke bilik tidurnya secara perlahan-lahan pada permulaannya.