Perkara P4ntang Tentang Bilik Tidur Kita

Perkara P4ntang Tentang Bilik Tidur Kita


Mengidamkan sebuah rumah tidak semestinya sangat besar, tapi ia mesti cukup selesa dan boleh menyenangkan hati. Setelah balik dari kerja dengan rasa penat, stress dan tambahan pula dengan keadaan traffic jam ataupun sedang menaiki LRT, saya berasa tidak sabar-sabar hendak balik rumah dan baring atas katil.

Ketika saya mengalami emosi yang tidak stabil, kurang mood, tengah marah atau berasa ingin menenangkan diri, bilik tidur merupakan 'perawat' untuk segala-galanya. Yang pentingnya perhiasan bilik mesti mempunyai unsur-unsur yang sesuai dan menenangkan diri kita.

Seperti contoh warna dinding, kipas gantung, pintu, almari, tingkap dan cermin akan memainkan peranan penting dalam menenangkan emosi diri kita. Ketika merancang interior bilik tidur, kita juga harus mengutamakan aspek keharmonian dan kesihatan.

Berkaitan dengan aspek keharmonian dan kesihatan, ternyata ada beberapa perkara pantang yang telah lama diviralkan di kalangan masyarakat seharusnya dijadikan rujukan. Ada di antara mereka mempercayai bahawa jika melanggar pantangan tertentu, ia akan membawa aura negatif dan seterusnya menggangu ketenangan dan keharmonian di bilik tidur. Namun ramai yang bersikap tidak mengendahkan pantangan tersebut sehingga menyebabkan kesihatan diri terganggu, maka langkah untuk pemulihan akan mengambil masa yang agak lama.

Apa itu aura? Aura adalah arus electromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar tubuh badan kita yang memiliki getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada Minda, Emosi serta Fizikal pada kita.

Aura yang sihat dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya. Manakala aura yang nipis dan lemah akan memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidak-seimbangan tenaga berlaku. Faktor utama ketidak-seimbangan tenaga pada aura kita adalah disebabkan tekanan hidup atau stress.


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa perkara pantang di dalam bilik tidur.

Apakah perkara p4ntang yang harus kita elakkan?

1. Katil menghala terus pintu bilik tidur
Perkara ini adalah pantang dan dipercayai oleh khalayak ramai terutamanya golongan warga tua. Orang tua selalu memesan bahawa katil tidur dilarang menghala  pintu bilik tidur.
Menurut pemahaman ilmu Feng Shui, posisi meletakkan katil tidur menghala terus dan satu garis lurus dengan pintu bilik tidur, akan membuat aura positif anda disedut habis. Lama-kelamaan aura dalam badan akan digantikan oleh aura negatif dan seterusnya menyebabkan kesihatan terganggu.

2. Pantang menghadapkan katil ke pintu tandas
Sekiranya anda meletakkan katil menghadap pintu tandas, adalah dinasihatkan supaya mengalihkan katil tersebut dengan segera. Maklumlah ramai yang bekerja di pusat bandar, kebanyakannya menyewa bilik atau rumah berdekatan tempat kerja mereka. Terutamanya bagi mereka menyewa bilik master yang mempunyai bilik tandas di dalam biliknya, sama ada pernah diubahsuai atau secara normal.

Ramai mempercayai bahawa posisi katil yang menghadap pintu tandas, ia boleh membawa pengaruh buruk atau kesan negatif pada diri kita. Secara logik, tandas merupakan area yang lembap serta menyimpan bau-bau yang tidak sedap. Udara yang lembap akan diserap oleh tubuh kita dan mengakibatkan berbagai penyakit badan seperti sakit lutut, sakit kepala, kekejangan tapak kaki dan lain-lain.

Oleh itu katil tidur berhadapan terus terhadap pintu tandas, akan mengganggu kesihatan dan qualiti tidur kita. Kekerapan terjaga tidur juga akan dielakkan sekiranya posisi katil diletakkan secara betul.
3. Dilarang meletak cermin berlebihan di dalam bilik tidur
Adalah p4ntang meletak banyak cermin atau cermin yang besar di dalam bilik tidur. Ketika membuat renovation, sesetengah orang suka meletak cermin yang besar pada dinding bilik tidur. Ada juga yang menempah almari pakaian atau wardrobe yang mempunyai cermin lebar dan tinggi meliputi seluruh pintu almari itu. Mereka berasa ia akan memberi satu khayalan bahawa bilik tidur tersebut bertambah besar.

Sebenarnya cermin yang begitu besar akan membuat aura positif terpantul keluar daripada bilik itu dan meninggalkan aura negatif  di dalamnya. Sekiranya aura negatif yang terkumpul semakin lama semakin banyak, maka penghuni yang tidur di dalam bilik itu akan berasa suasana semakin tidak menyenangkan. Selain itu, hubungan suami isteri juga akan terjejas dan menyebabkan pergaduhan jika cermin berlebihan terletak di dalam bilik tidur.

Mengikut Feng Shui, cermin merupakan unsur logam yang akan bertindak sebagai pelindung rumah ataupun penghalang 'benda kotor'. Oleh itu cermin berlebihan akan membuat penghuni mengalami kejutan daripada tidur dan terjaga dengan kerap waktu tengah malam. Dengan jangka masa panjang, daya tumpuan perhatian penghuni akan semakin lemah disebabkan tiada qualiti tidur yang elok.

4. Warna dinding

Warna memainkan peranan penting dalam mengawal emosi seseorang, ia juga mendorong untuk menambahkan kekuatan aura positif pada seseorang. Seperti contoh, warna yang terang akan menarik banyak aura positif dan berkumpul di dalam bilik. Sebaliknya bilik yang mempunyai warna gelap akan menarik aura negatif atau 'benda kotor' terhadapnya.

Warna dinding yang terang juga akan memberi semangat dan kita akan berasa sentiasa ceria ketika bangun tidur. Manakala warna gelap pada dinding akan menarik perhatian nyamuk, menyebabkan kita susah bertidur pada waktu malam.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Travelodge, mendapati bahawa warna yang menenangkan fikiran adalah seperti warna kuning, biru atau hijau pada dinding bilik tidur akan memperolehi kualiti tidur paling baik bagi kita.

Setakat ini saya berkongsi tentang beberapa perkara pantang mengenai bilik tidur, adakah anda akan mempercayainya?