Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna
Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Sumber Agensi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.