Faktor-faktor Menyebabkan Nyamuk Suka Menggigit Anda

Faktor-faktor Menyebabkan Nyamuk Suka Menggigit Anda


Ada orang pernah tertanya-tanya, kenapa dia asik dijadikan sasaran digigit nyamuk walaupun bersama rakan-rakan lain. Adakah dia disebabkan bau badan yang busuk atau dia dikenali sebagai 'mesra nyamuk'?

Sebenarnya ini disebabkan hembusan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh tubuh manusia atau binatang lain, ia akan memberi 'signal' terhadap nyamuk bahawa organisma itu masih hidup. Selain itu, nyamuk juga akan mengesan haba tubuh atau peluh yang mengandungi asid laktik yang digemari nyamuk. Oleh itu nyamuk akan menumpu terhadap sasarannya, mendekati organisma tersebut dan cuba menghisap darahnya.

Jika anda selalu dijadikan sasaran digigit nyamuk berbanding orang lain yang bersama anda, ia sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut.

1. Saiz badan
Gas karbon dioksida akan dibebaskan dari badan kita sewaktu pembakaran tenaga menerusi proses metabolisme. Jumlah karbon dioksida yang banyak akan dibebaskan oleh mereka mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding orang lain. Nyamuk akan mengesan sasaran mereka dengan menggunakan gas karbon dioksida yang dibebaskan dari badan manusia walaupun dari jarak jauh 50 meter. Maka lebih basar badan anda, lebih besar peluang untuk digigit nyamuk.

2. Jenis darah
Jika anda mempunyai darah jenis O, maka anda lebih digemari oleh nyamuk. Menurut satu kajian, mendapati bahawa darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Ini kerana darah jenis O tersebut adalah lebih manis berbanding darah jenis lain. Sebaliknya jika anda mempunyai darah jenis A, peluang anda digigit nyamuk juga akan lebih rendah.

3. Pakaian gelap
Kita semua tahu bahawa nyamuk suka hinggap dan sembunyi di dalam kawasan yang gelap seperti pasu bunga, lubang tandas, dapur, taman bunga di luar rumah dan sebagainya. Ia juga suka melekat pada permukaan yang gelap dan hitam, berbanding dengan warna yang terang. Warna yang paling banyak memantul semula cahaya seperti warna terang merupakan warna yang tidak digemari nyamuk. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya memakai pakaian yang terang untuk mengelakkan digigit nyamuk.

4. Wanita yang hamil
Hembusan gas karbon dioksida yang lebih banyak turut berlaku pada wanita yang sedang mengandung. Menurut satu kajian di Afrika, wanita yang mengandung adalah 2 kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk atas sebab tersebut. Wanita sarat mengandung akan membebaskan 21% lebih banyak gas karbon dioksida berbanding wanita biasa.

5. Aktiviti fizikal yang keterlaluan
Kekerapan menghembus nafas iaitu kadar pernafasan yang lebih laju akan menarik perhatian nyamuk. Maka aktiviti fizikal seperti sukan atau bersenam akan menghembus banyak karbon dioksida berbanding orang lain. Senaman juga akan meningkatkan haba tubuh yang turut mengundangkan tarikan gigitan nyamuk. Bagi mereka yang menjalankan aktiviti fizikal yang kuat juga akan mengalami kuat berpeluh. Salah satu faktor tarikan kepada nyamuk adalah badan yang berpeluh.

6. Badan kuat berpeluh
Peluh merupakan cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia termasuk manusia. Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kalenjar di dalam tubuh kita. Semua orang juga akan berpeluh, sama ada kuat atau kurang berpeluh berdasarkan tubuh manusia masing-masing. Oleh itu, orang yang kuat berpeluh lebih cenderung menarik perhatian nyamuk untuk menggigitnya.

7. Unsur-unsur lain
Nyamuk tertarik dengan asid laktik yang dikesan dalam peluh kita. Kadar asid laktik akan meningkat ketika aktiviti seperti kegagalan jantung, jangkitan teruk atau kejutan. Ia akan mengurangkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan. Kadar asid laktik juga boleh meningkat apabila hati mengalami kecederaan atau penyakit yang teruk kerana hati adalah organ yang secara normal menguraikan asid laktik. Oleh itu, pesakit yang mengalami penyakit kronik tersebut lebih mudah terdedah kepada gigitan nyamuk.