Roti Bakar Cheese Sosej Bersama Telur
Bahan-bahan seperti berikut:
- Telur 4 biji dikacau sebati
- Roti 4 keping dengan empat tepi roti dipotong
- Cheese 2 keping
- Mozzarella cheese dikisar serpihan halus (Cheddar cheese pun boleh juga)
- Sosej ayam dipotong keping nipis
- Telur 2 biji
Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
1. Sediakan 4 keping roti putih.
1. Sediakan 4 keping roti putih.
2. Potong empat bahagian tepi roti itu
3. Sediakan 4 biji telur dan dikacau dengan sebati di dalam satu mangkuk.
4. Celupkan satu demi satu roti itu ke dalam telur yang siap dikacau hingga sebati tadi.
5. Pastikan semua bahagian roti itu dicelup dengan sepenuhnya.
6. Letakkan kepingan roti pertama di atas permukaan bersih.
7. Kemudian letak sekeping cheese di atasnya.
8. Tambah dua keping sosej ayam yang siap dipotong nipis.
9. Letakkan kepingan roti kedua di atas sosej ayam itu.
10. Taburkan serpihan Mozzarella cheese atau Cheddar cheese ke atas permukaan roti kedua itu. Ikut kesukaan hati masing-masing taburan Mozzarella cheese dengan banyak atau sedikit.
11. Tambahkan sebiji telur ke atas permukaan Mozzarella cheese itu tanpa memecah telur kuning.
12. Ulangi langkah yang sama roti ketiga dan keempat.
13. Masukkan set roti itu ke dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 20 minit.
14. Potong set roti itu kepada 2 bahagian.
15. Boleh dimakan dengan sos cili atau sos tomato.
Sandwich sosej cheese bersama telur telah siap dimasak. Selamat menjamu selera sarapan pagi anda.