Caj QR Duitnow Bermula 1 November Buat Ramai Tak Puas Hati, 15 Fakta Berkaitan Perlu Anda Tahu

 

ISU pengenaan yuran transaksi QR DuitNow ke atas peniaga mulai 1 November ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

Masakan tidak, ramai yang menyuarakan kebimbangan caj tersebut akan mendorong kepada kenaikan harga barangan.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet):

1-Pada 26 September 2023, beberapa media dalam talian dan arus perdana telah membuat liputan mengenai sebuah institusi perbankan tempatan yang memaklumkan pelanggannya mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow OR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 November 2023.

2-Berita itu turut memetik beberapa bank kononnya tidak tahu menahu perkara ini. Pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memberikan penjelasan.

3-Ujar pihaknya, liputan tersebut tidak tepat menggambarkan dua jenis e-pembayaran berbeza sebagai satu yang sama. Satu sebenarnya berkenaan e-pembayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada mana-mana peniaga. Ini biasanya dikenakan kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate’ (MDR) yang dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran.

4-Seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR. Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (‘waiver’) MDR pada pembayaran QR. Mulai 1 November 2023, penepian MDR untuk pembayaran QR DuitNow ini akan ditarik balik.

5-Sebaliknya, yuran RM0.50 untuk urus niaga melebihi RM5,000 yang dinyatakan dalam berita tersebut adalah sebenarnya untuk pemindahan dana rakan-ke-rakan’ atau ‘peer-to-peer’ daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.


6-lni sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang tersebut dalam perenggan di atas dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama dalam apa-apa situasi.

7-Untuk jenis pembayaran pertama yang disebut di atas, MDR terkumpul akan dikongsi antara PayNet dan bank pemeroleh yang berkaitan atau pemeroleh pihak ketiga. la adalah bagi menampung penyelenggaraan rangkaian, kos ditanggung oleh bank dan pemeroleh pihak ketiga untuk memperoleh penyertaan peniaga menikmati perkhidmatan itu.

8-Sebagai insentif galakan penggunaan ketika tempoh pengenalan pembayaran QR pada 2019, MDR telah diketepikan. Penepian ini dilanjutkan lagi berikutan penularan wabak Covid-19. la bukanlah suatu yuran barn mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 November 2023 adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan yang lalu.

9-Dana rizab bakal diwujudkan dengan MDR yang dikutip oleh PayNet untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada para peniaga kecil. Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.

10-Dalam hal ini, peniaga perlu menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka. Caj RM0.50 sen adalah untuk pemindahan dana melebihi RM5,000 menggunakan QR DuitNow peribadi. Adalah tidak tepat untuk menyatakan caj RM0.50 dikenakan ke atas pembayaran yang dibuat kepada peniaga. Begitu juga hal berkaitan MDR dicaj untuk pemindahan dana menggunakan QR peribadi, ia adalah tidak tepat.


11-Berkaitan kebimbangan bahawa kos MDR akan dipindahkan kepada pengguna, PayNet menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR. Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga yang sama dengan pembelian tunai.

12-Oleh itu, pihaknya menjangkakan perkara yang serupa dan tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan.

13-Berkaitan dakwaan bahawa urus niaga secara tunai adalah percuma, PayNet ingin menjelaskan bahawa kajian oleh Roubini Thoughtlab pada 2018 mengesahkan bahawa tanggapan ini jauh tersasar kerana anggaran faedah dari tanpa penggunaan tunai kepada para perniagaan jauh melebihi kos.

14-Bagaimanapun, Maybank Banking Bhd (Maybank)  dan Public Bank memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

15-Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Sumber Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.