Kerana Diberi Gelaran Gergasi Oleh Rakan Di Sekolah, Bakar Semangat Wanita Turun Berat Badan 80KG

 

Hanya kerana berbadan besar, Nur Dini Nabila Ezam, 22, diberi gelaran gergasi oleh rakan di sekolah.

Malah, Dini yang mempunyai berat 150 kilogram (kg) pada ketika itu turut menjadi mangsa buli dan ejekan hingga tidak bersemangat ke sekolah.

"Saya sebenarnya simpan perkara ini sebagai rahsia. Kiranya orang yang baru kenal memang tak tahu dulu saya macam mana. Cuma kawan, rakan sekolah mungkin kenal. Apa yang saya tak kena masa di sekolah. Saya dibuli sebab gemuk, kena ejek sampai 'down' tak nak pergi sekolah dan macam-macam lah. Size baju susah nak cari.

"Setiap kali cari baju mesti terpaksa beli mahal sebab baju besar-besar harga semua mahal. Pergi mana-mana mesti orang akan tanya 'tak nak ke kurus'. Siapa tak nak kurus cantik. Sedih sangat kalau pergi mana-mana orang tanya macam tu dan tengok tengok diri kita. Setiap hari nangis pada mak dan ayah, tanya kenapa saya tak kurus macam orang lain," katanya.


Menurutnya, dia nekad untuk menurunkan berat badan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2019 dan kini memiliki berat 70kg.

Dini berkata, dia mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat selama empat tahun.

"Habis SPM memang saya senyap lama dari media sosial. Sebab masa itu konon nak 'glow up'. Apa saya buat, setiap hari saya bersenam dan paksa diri ke arah itu. Sebab sedih setiap kali kena ejek.

"Selain senaman, perkara yang paling klise kita dengar kalau nak kurus adalah kurangkan kalori. Ini paling utama sekali. Ya, saya makan sikit saja tapi kerap. Selain itu saya tidak ambil makanan dan minuman bergula. Saya dah berapa tahun tak minum manis sampai sekarang. Rutin saya, saya memang kawal secara disiplin bab pemakanan," katanya.

Menurutnya, dia berharap mereka yang senasib dengan dirinya dan dalam proses menurunkan berat tidak mudah berputus asa.

"Saya cuma harap mereka yang 'plus size' comel-comel ni tak putus asa dengan proses diet ini. Buktikan pada orang yang suka membuli tu kalau badan besar boleh kurus. Kalau mulut memang tidak ada insurans suka mengejek dan membuli ni susah nak ubah. Jangan putus asa dengan apa kita buat.

"Saya bermula dengan berat 150kg hampir 200kg, tapi saya dah berjaya buktikan pada semua orang yang pernah buli saya dulu yang saya berjaya kurus. Terima kasih untuk kata-kata yang pernah mengguris hati saya. Saya akan ingat sampai bila-bila kerana dengan kata-kata yang negatif itu lebih memberi semangat kepada saya untuk saya meneruskan perjalanan ini," katanya.

Sumber HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.