Cara Buat Rambutan Asam Boi, Peminat Asam Mesti Suka

Musim rambutan sekarang, selalu buah ini kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh buat rambutan asam boi pula. Peminat asam kena cuba. Caranya dikongsi oleh Ani Zam.

Resipi rambutan asam boi

Bahan-bahan

Buah rambutan

Asam boi

Serbuk asam boi

Limau kasturi

Cili padi

Garam dan gula

Cara membuat
  1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.

2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.

3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.

4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.

5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam

6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Sumber  FB Ani Zam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.