14 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan hatinya masih lagi terbuka untuk mendirikan perkahwinan untuk kali kedua.
Pun begitu, Siti Nordiana atau Nana memaklumkan statusnya kini masih lagi single dan tidak ada mana-mana lelaki istmewa yang berada di ruang hatinya ketika ini.
“Buat masa ni status saya masih lagi solo…tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa. Saya masih belum berkahwin lagi.
“Keinginan untuk berkahwin tu mestilah ada tapi bukanlah dalam masa terdekat.
“Masih belum ada lelaki yang sedang saya kenali buat masa ini…doakan saya,” katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza di Kuala Lumpur, semalam.
Jelas pelantun lagu Amaran itu lagi, bukan mudah sebenarnya menggalas status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang semakin meningkat dewasa.
Katanya lagi, dia usia yang sudah menjengah 38 tahun, dia hanya mahukan sosok lelaki yang boleh memahami dirinya.
“Saya mencari seorang lelaki yang boleh fahami dan bertolak ansur dengan saya.
“Sebab itulah untuk nak kembali berkahwin lagi ni, ia mengambil masa yang agak lama. Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya.
“Mungkin ada yang cuba mendekati tapi saya tidak perasan,” ujarnya.
Sebelum ini Nana berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006. Mereka bercerai pada 2009.
Sumber URTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.