Datuk Aishah membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku menjadi mangsa santau yang dihantar menerusi perkhidmatan kurier.
Jelas Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin,58, dia menerima sebuah bungkusan yang disangkakan barangan alat ganti motosikal anaknya.
“Ketika menerimanya saya hampir membuka bungkusan tersebut, tetapi anak saya pesan untuk tunggu dia pulang ke rumah baru buka bungkusan tersebut.
“Cuma, tak sempat nak tunggu anak saya pulang, saya dah rasa sakit perut. Ia seperti menangkap (memulas) sampai rasa nak berguling di lantai. Rasa seram sehingga rasa ada sesuatu yang tarik di perut.
“Keadaan itu berlaku sebaik saya bawa bungkusan tersebut masuk dalam kawasan pagar rumah. Saya pelik sebab nama saya tertera di bungkusan tersebut tapi nama pengirim tak ada pula ditulis,” katanya.
“Lama kelamaan ia makin teruk sebab benda ni hanya mereka yang pernah ‘kena’ sahaja tahu. Saya mimpi banyak benda buruk seperti ada orang terkam dan sebagainya.
“Saya jarang mimpi tapi ada satu malam tu, saya mimpi seorang lelaki yang mukanya sangat familiar tapi saya tak kenal.
“Apabila saya pasang ayat ruqyah dan mengaji, rasa sakit-sakit itu hilang sekejap,” kongsinya pada majlis memperkenalkan 10 peserta All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Tambah Aishah, dia bertindak membuang bungkusan tersebut di tong sampah luar rumah dan keadaannya kembali okay seperti biasa.
“Sebenarnya orang luar tak dapat nak bezakan tegas dengan sombong. Saya ada pergi berubat untuk pulihkan diri saya.
“Saya rasa ia tak kena pada badan tapi ‘ada’ di rumah. Kalau saya keluar rumah, diri saya okay saja tapi bila pulang ke rumah, saya jadi lemah dan malas sehingga pernah tak bangun solat Subuh.
“Selepas masuk waktu Asar, saya jadi depresi dan rasa gelap. Saya jadi paranoid apabila bercerita semula kejadian ini. Saya tak sangka, zaman ini ada juga orang hantar sihir melalui kiriman kurier,” ujarnya.
Sumber URTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.