“Capai jubah untuk tutup aurat” - Heliza Helmi Kongsi Detik Cemas Rasai Gegaran Gempa Bumi 7.4 Magnitud Di Indonesia

 

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi yang berada di Indonesia berdepan detik cemas susulan gempa bumi yang berlaku di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, Indonesia, awal pagi ini.

Menurut Heliza atau Nur Heliza Helmi,37, gegaran gempa bumi yang sangat kuat itu dapat dirasai dari hotel penginapannya.

“Saya tiba-tiba terjaga dari lena sebab penginapapan kami bergoyang kuat. Mula-mula saya ‘blur’ tak tahu apa yang berlaku tapi hotel bergoyang ke kiri dan kanan.

“Gegaran agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi,” katanya yang tidak berkongsi secara lanjut lokasi penginapannya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.


Heliza berkongsi pengalaman merasai sendiri bencana alam itu menerusi Instagram miliknya.

Tambah Heliza lagi, dia bertanya dengan pihak pengurusan hotel dan mereka memberitahu ada berlakunya gempa bumi.

“Benda pertama saya capai ialah jubah untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku.

“Selepas itu saya menghubungi pihak hotel dan bertanya, mereka kata ada gempa bumi.

“Selepas beberapa minit buat carian di Internet, sahih ada gempa bumi.

“Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini Alhamdulillah,” tulisnya.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok di Indonesia kira-kira jam 2.55 pagi, hari ini.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

FacebooTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare