Lepas Ni Janji Tak Buat Lagi, Akhirnya Dapat Jawapan Mengapa Minyak Kereta Cepat Habis

BARU sahaja empat hari lepas isi minyak kereta full tank, tapi sudah berkelip-kelip!

Bagi yang setiap hari perlu berulang alik ke pejabat, mahu pening kepala jadinya kalau minyak kereta hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Tapi pernahkah anda terfikir, jarak bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan minyak kereta cepat habis.

Sebenarnya, perkara ini turut disumbangkan oleh tingkah laku pemanduan seseorang yang kurang berhemah.

Menerusi perkongsian seorang TikToker yang banyak berkongsi tip penjagaan kereta, @pakwee_eo, mengubah habit pemanduan juga salah satu tip untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol.

minyak 2

1) Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, jangan tekan minyak sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi. Buang tabiat ini!

2) Apabila memandu, sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu laju sehingga 160 km/j. Cukup sekadar 120km/j ataupun mengikut halaju yang ditetapkan di lebuh raya.

3) Servis kenderaan tepat pada masanya. Gunakan minyak hitam yang bersesuaian dengan enjin serta pastikan angin tayar diisi dengan PSI yang betul.

4) Penggunaan gear yang sesuai. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan seperti berbukit atau mendatar.

Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas.

enjin 1

Selain itu, terdapat juga beberapa tip lain yang boleh diamalkan sebagaimana perkongsian di laman Hargaminyak.co:

1) Kurangkan beban atau berat kenderaan anda.

- Keluarkan barangan yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

2) Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

- Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan.

Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

3) Merancang perjalanan

- Kalau boleh, elakkan memandu dalam situasi yang sesak. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.