"GAJI kecil, memang hampir mustahil nak menyimpan!"
Demikian antara keluhan yang sering didengari apabila menjadikan gaji yang kecil sebagai alasan untuk sukar membuat simpanan.
Tidak dapat dinafikan dengan peningkatan harga barangan ketika ini, sedikit sebanyak situasi tersebut membuatkan duit semakin 'menipis' biarpun baru masuk pertengahan bulan.
Namun sampai bila kita mahu terus membiarkan diri terbiasa dengan alasan 'gaji kecil susah untuk membuat simpanan' atau menganggap hanya mereka yang bergaji besar sahaja dapat menghasilkan simpanan yang banyak.
Perlu diingat, gaji sebesar RM5,000 sebulan pun boleh jadi tidak mencukupi sekiranya tidak diuruskan dengan betul.
Pokok pangkalnya adalah bijak menguruskan kewangan.
Perancang kewangan, Dr Adam Zubir berkongsi tip bagaimana caranya untuk menyimpan atau menabung khusus buat mereka yang bergaji RM1,500 atau ke bawah.
Menurut Dr Adam, golongan ini boleh menabung dengan mempraktikkan Teknik 3 Bank.
Ini bermakna, perlu ada tiga bank yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza.
Bank 1
- Khususnya bank ini untuk gaji masuk dan wang di dalamnya hanya untuk keperluan harian seperti membeli barang dapur, bayar sewa rumah, pinjaman perumahan, minyak kereta, tol dan lain-lain komitmen.
Bank 2
- Khusus untuk entertaiment yang mana duit yang diperuntukkan di dalam bank ini digunakan untuk reward diri sendiri seperti menonton wayang, makan di luar, melancong dan lain lain lagi.
Bank 3
- Khusus untuk simpanan dan pelaburan. Wang di dalam bank ini tidak boleh digunakan sama sekali.
Peratus untuk agihan duit gaji kepada tiga bank ini?
1) 10 peratus untuk bank 2 bagi kegunaan entertaiment iaitu RM150 daripada RM1,500
2) 10 peratus untuk bank 3 bagi simpanan dan pelaburan iaitu RM150 daripada RM1,500
3) Baki 80 peratus daripada wang gaji iaitu RM1,200 adalah untuk komitmen serta keperluan harian
Cuba congak, selama 10 bulan sekiranya kita disiplin, wang di dalam Bank 3 sudah berjumlah RM1,500. Duit ini boleh digunakan untuk dilaburkan seperti di unit trust, emas dan sebagainya.
Tapi beringat ya, disiplinkan diri dan jangan menyentuh wang di dalam Bank 3 untuk membeli beg tangan, menukar telefon bimbit dan sebagainya.
Pokok pangkalnya adalah disiplin dan berbelanjalah mengikut kemampuan.
Mudah, bukan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sumber mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.