Ini Khasiat Yang Anda Tak Tahu, Ramai Tak Percaya Makan Burung Merpati Boleh Jadi Cantik

 

MASYARAKAT Melayu sememangnya kaya dengan petua sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan.

Diperturunkan daripada nenek moyang dahulu kala, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bersifat alami atau natural.

Baru-baru kecoh di media sosial selepas seorang wanita berkongsi petua amalan memakan burung merpati untuk tujuan kecantikan.

Menurut wanita berkenaan, sejak kecil burung merpati peliharaan bapanya sering dijadikan lauk untuk dimakan bersama dengan nasi.

Bagaimanapun perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi negatif daripada warga maya dengan menyatakan haiwan berkenaan tidak sesuai untuk dimakan malah disamakan seperti 'tikus' (rat of the sky).

Persoalannya, benarkah burung merpati mampu membuatkan seseorang awet muda atau cantik?

merpati 2

Memetik carian di laman The Guardian, daging merpati (wood pigeon) merupakan sumber protein dan dapat membantu tubuh badan memperbaiki serta menghasilkan sel baharu.

Selain itu, ia juga kaya dengan mineral khususnya zat besi, yang penting untuk pengeluaran tenaga dan sistem imun yang teguh.

Sementara itu laman Healthy Food Near Me merumuskan daging merpati kaya dengan protein semulajadi yang bermanfaat seperti asid amino, vitamin dan mineral.

Ia turut mengandungi jumlah kalsium, magnesium, zat besi, zink, vitamin A, C, PP dan kumpulan B yang mencukupi sekali gus sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Laman Petua Tradisional.com pula menyebut amalan memakan merpati jantan dapat membantu penyakit kebas tubuh badan dan lumpuh, malah khasiatnya sangat sesuai untuk wanita.

Dikatakan pada zaman Rom kuno, mereka memburu burung merpati dan menghidangkannya untuk tetamu bangsawan.

Masyarakat ketika itu menganggap daging merpati sebagai hidangan istimewa.

Walaupun ketika ini ia bukan daging yang dinikmati setiap hari seperti ayam, namun ia merupakan daging tipikal untuk masakan tradisi di beberapa wilayah di Eropah.

Sekadar maklumat tambahan, menurut portal Maktabah Al-Bakri, burung merpati termasuk dalam jenis burung yang halal untuk dimakan, dengan syarat ia disembelih terlebih dahulu sebagaimana sembelihan yang dikehendaki oleh syarak.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.