Siapa tak kenal pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang selalu tampil dengan pelbagai video masakan.
Popular dengan resipi pada bulan Ramadan, influencer yang terkenal dengan tagline ‘hai, whats up guys’ itu bakal memasuki usia 31 tahun pada September ini.
Bicara perihal calon isteri, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu menyatakan dirinya bujang tapi belum bersedia.
Ujarnya, buat masa ini dirinya belum bersedia untuk mencari pasangan kerana masih penat untuk menyeimbangkan tentang dunia content creator dan perniagaan.
Tegasnya, dia baru tiga tahun berniaga, ada dua tiga kilang untuk dijaga dan buat masa sekarang, hanya lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.
Katanya lagi, apabila sudah tiba masanya, dia akan umumkan tarikh untuk makan nasi minyak (kahwin).
“Status saya sekarang masih single tapi belum available. Saya pasti umumkan berita gembira (perkahwinan) kepada orang ramai kerana kalau tak umum boleh jatuh fitnah,” jelasnya.
Sementara itu, influencer kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyatakan dia tidak pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak seperti dirinya.
Dia yang juga seorang usahawan berkata, dirinya bersifat terbuka untuk menggalaskan tanggungjawab di dapur memandangkan sudah mempunyai kemahiran memasak sejak kecil lagi.
“Jadi, untunglah dia (bakal isteri) tak perlu memasak… biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka masak. Tiada masalah.
“Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak… saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak interview pasangan tanya pandai masak atau tidak. Benda boleh belajar,”ujarnya.
Tambahnya, ia tidak menjadi satu kesalahan sekiranya bakal isterinya tidak pandai memasak kerana perkara itu boleh dipelajari seperti mana orang ramai belajar menerusi video perkongsian resepinya di media sosial.
Dalam pada itu, Khairul Aming menitipkan pesanan buat semua content creator di luar sana untuk meletakkan batasan terutama bercerita mengenai kehidupan peribadi secara umum, selain menegaskan dirinya mahu menjaga privasi keluarga.
Sumber mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.