Zul Ariffin Kini ToIak Tawaran Berlakon Drama Seksi, Peluk Wanita

 

Umum mengetahui pelakon tampan, Zul Ariffin telah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada Jun lalu.

Ekoran itu, jejaka berusia 37 tahun itu kini menyatakan dirinya tidak mahu lagi terlibat dalam watak seksi dan adegan peluk wanita.

Pun begitu, bintang filem J Revolusi itu mengakui dirinya masih lagi terlibat dalam dunia lakonan.

Perkara tersebut dikongsi penerbit, Fadzil Teh sebentar tadi di laman Facebooknya.

“Dua tiga hari sudah aku dok bersembang dengan aktor Haji Zul Ariffin. Duk offer la watak-watak untuk drama siri baru.

“Zul bagitau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak watak seksi, peluk-peluk semua.

 

“Aku kata okey ambik watak ni dia tak ada rogol, gomoi perempuan, dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cerita-cerita macam ni.

“Lepas tu aku terfikir dan aku pula malu sendiri. Aku pun terus telefon orang kuat TV tu minta kita buang plot story yang agak seksi. Depa setuju.

“Aku pernah janji dengan diri aku tak nak dah terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi tu la kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia glamour ni. Terima kasih haji Zul Ariffin,” coretnya.

Zul sebelum ini sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah sejak Ogos tahun lalu dan pernah dilaporkan, merancang untuk berhijrah ke Kota Mekah.

Alhamdulillah! Tahniah Zul Ariffin moga istiqamah.

Sumber FB Fadzil Teh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.