"Saya keras hati pun tak tahan sebak" - Kejutan Undang Air Mata, Suami Isteri Bertemu Personaliti Tv3 Seiras Arwah Anak Sulung

 

Kejutan wanita ini buat ibu bapanya mengundang air mata warga maya. Pemergian anak sulung, Mohd Afiq Adnan dua tahun lalu mengakibatkan kerinduan yang tidak berpenghujung kepada kedua-dua orang tuanya.

Demi mengubati duka di hati ibu dan ayah, pengguna TikTok Qieyla Adnan mengundang personaliti TV3, Muhammed Ahmad Hamdan seiras dengan arwah abang sulungnya yang telah meninggaI dunia.

“Alhamdulillah hari ini rezeki dia datang sebagai tetamu istimewa kami. Along, ini yang kami mampu buat untuk mak dan ayah tersenyum kembali.

“Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah,” titipnya.

Pertama kali menatap penyampai berita dan pengacara Money Matters itu, ibunya terkejut, sebak dan memeluk Muhammed.

“Mak peluk seolah-olah tak nak lepas langsung.

“Ayah orang yang paling susah menangis juga menitiskan air mata. Dia (Muhammed) dan ibunya sangat baik,” titip beliau.

Menurut salah seorang adik-beradik itu, difahamkan Qieyla telah menghantar pesanan ke TikTok personaliti berkenaan untuk menjemputnya ke rumah selepas genap dua tahun pemergian abang mereka.

BIarpun pertemuan yang singkat, kerinduan ahli keluarga itu terubat.

Bapa kepada arwah meluahkan kesedihan dan tidak dapat menahan sebak.

“Saya ayah kepada Qieyla. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu kerana ini semua planning anak-anak. Saya yang memang keras hati ini pun tak dapat menahan sebak.” luahnya.

 Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut sempat memuji keperibadian Muhammed dan berharap agar hubungan silaturahim mereka terus berkekalan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kesedihan menyaksikan kejutan diterima kedua-dua warga emas itu bertemu dengan lelaki persis anak mereka yang sudah tiada.

Ujar mereka:

– “Kak sebaldi airmata saya…”

– “Hikmah ALLAH menciptakan tujuh orang yang seiras dengan kita.”

– “Rindu kepada yang telah tiada memang menyakitkan.Terima kasih @amadhamdan mengubati kerinduan mak ayah arwah.”

– “Memang ada iras, aku pula yang menangis beria-ia.”

– “Ya ALLAH. I feel you sis. Arwah abang saya meninggal, tapi ada sepupu yang mirip arwah. Beginilah emak saya setiap kali sepupu datang ke rumah.”

– “Saya turut mengalirkan air mata, sebak melihat mak dan ayah ceria dalam duka.”

Sumber TikTok @qieylaadnan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.