Madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.
Memilih madu lebah dari Mesir dikatakan memiliki kekuatan lima kali ganda daripada madu lebah ternak biasa, JF Best Solution Sdn Bhd mengambil inisiatif memperkenalkan tiga produk madu utama di bawah jenama Madduna iaitu madu asli, madu sitrus dan madu habatussauda bagi mempromosi gaya hidup yang mementingkan kesihatan secara keseluruhannya.
Menurut pengasas Madduna, Jadwa Abu Bakar atau mesra disapa Puan Jard,48, Madduna merupakan syarikat tempatan yang optimis memperkenalkan pelbagai pilihan madu yang diimport dari Mesir.
“Madduna ditubuhkan sekitar 2022 tetapi mula diperkenalkan kepada umum sekitar Ogos 2023. Sejak kecil lagi saya sering diajar oleh ibu bapa untuk mengamalkan madu kerana khasiatnya cukup luar biasa.
“Antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
“Selain itu, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan sakit kepala serta madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil “pinocerin” yang hanya terdapat dalam madu,”katanya.
Puan Jard turut berhasrat untuk mendidik masyarakat Malaysia terutama golongan muda mengamalkan madu setiap hari sebagai makanan tambahan dalam diet kesihatan.
“Kami mahu mendidik golongan muda terutamanya untuk mengamalkan madu kerana ia baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan.
“Kami juga nak bantu rakyat Malaysia mengamalkan madu dari kecil supaya kita boleh hidup dengan gaya yang lebih sihat selain mengelakkan diri dijangkiti virus kerana dunia sekarang terlalu banyak penyakit dan penting untuk kita tingkatkan imuniti badan dengan Madduna,” ulasnya kepada media.
Mensasarkan target jualan 10,000 kotak sebulan, katanya Madunna hanya dijual secara dalam talian dan kini membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai pasukan jualannya.
“Sebagai permulaan target Madduna adalah untuk menjual 10,000 kotak sebulan dan kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah.
“Produk Madduna terbukti asli dan berkualiti tinggi. Malah kami juga sudah mendapat pengiktirafan sijil dari Kementerian Kesihatan Mesir dan disahkan halal,” katanya.
Sumber Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.